Salam Ramadhan

6

Friday, 20 July 2012
Keywords : , , ,

Assalamualaikum.

Cepat betul masa berlalu. Kini bulan Ramadhan menjelma kembali. Esok semua umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ni, kita semua dapat perbanyakkan amalan kita. 

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun islam yang ketiga. Oleh itu, sebagai umat Islam, janganlah kita meninggalkan ibadah ini dengan sewenang-wenangnya. Banyak manfaat yang kita peroleh dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Jangan terlalu membazir di bulan puasa ni ye.

Di sini, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Sekian. 
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa perlu dibuat untuk menghalang komen-komen negatif dipaparkan di blog?

2

Monday, 16 July 2012
Keywords : , ,

Bagi seorang blogger, komen-komen yang diberikan oleh pembaca adalah merupakan satu penghargaan kepada mereka di atas entri yang telah mereka hasilkan. Namun, ada di antara komen-komen yang diberikan tidak berkaitan dengan tajuk entri yang telah dihasilkan dan lebih dari itu, blog tersebut dijadikan bahan untuk tempat komentar meluahkan perasaan, cacian dan penghinaan yang tiada kaitan langsung dengan isi entri yang dibaca.

Ada sesetengah blogger tidak menghiraukan situasi sebegini. Tapi jika ada blogger yang mengambil berat dengan situasi sebegini, aku cadangkan supaya guna function 'Comment Moderation' yang telah disediakan untuk blogger.



Cara guna function Comment Moderation.
1. Login ke blogger.com
2. Klik Settings.
3. Klik Comments.
4. Pada pilihan Comment Moderation, pilih Always.
5. Klik Save Settings.

Kini, function tersebut akan berfungsi dan korang perlu approve komen yang telah diberikan oleh pembaca sebelum ianya dipaparkan diruangan komen entri korang. Moga blog korang bersih daripada sebarang komen yang tidak berkaitan.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Umpama kek

0

Tuesday, 10 July 2012
Keywords : , ,

Bertemu kembali.

Umpama kek ni bukan nama kek yang baru ok. Haha. Siapa peminat kek? Aku kurang minat makan kek sebab cepat muak. Kek ni seolah-olah telah menjadi simbolik bagi sesebuah majlis. Ada majlis besar, kek kena ada. Tak ada kek, macam tak lengkap majlis tu terutamanya majlis persandingan. Ok, jangan buat apa-apa andaian dulu.

Sumber gambar: Blog resipi

Bukan aku nak cerita tentang bertapa enaknya kek dalam entri ni. Just untuk kita fikirkan bersama..'Umpama kek'. Jika kita ada sebuah kek yang besar, agih-agihkan la kek tu sorang sedikit. Kita tak mampu nak habiskan semua kek tu seorang diri ketika tu. Korang mampu ke? Kalau mampu, itu adalah sesuatu yang ajaib.

*******

"Woww..sedapnya kek tu! " ayat biasa yang mungkin lahir dari hati seseorang (terutama perempuan) walaupun belum rasa kek tu.

Agih-agihkan kek tu. Apa salahnya jika kita cuba buat semua orang ketika tu gembira dengan memberi mereka merasa sedikit keenakan kek tu. Kita suka, orang lain pun suka.

Samalah dalam kehidupan kita. Jika kita ada rezeki lebih dan rezeki tu terlalu banyak untuk kita, agih-agihkan kepada mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan rezeki kita akan sentiasa bertambah kelak dan secara tak langsung dapat menghindarkan diri kita daripada tergolong dalam golongan orang yang tamak. Biarpun harta setinggi gunung, harta tu tak dirasakan cukup seandainya kita seorang yang tamak. Renung-renungkan.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Dokumentasi sangat penting

6

Monday, 9 July 2012
Keywords : ,

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Terlebih dahulu, jom kita baca sikit apa itu dokumentasi (documentation) yang aku maksudkan pada tajuk di atas tu. Menurut sumber,

Documentation is a term with many meanings, the most common of which are:
1. A set of documents provided on paper, or online, or on digital or analog media, such as audio tape or CDs.
2. The process of documenting knowledge, as in scientific articles.
3. The process of providing evidence.
4. The writing of product documentation, such as software documentation.

(dokuméntasi) himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dan lain-lain)


Itu antara definisi yang merujuk kepada dokumentasi (documentation). Dokumentasi ni sangat penting kerana ianya boleh menjadi bahan rujukan kepada kita untuk kita merujuk kembali perkara-perkara penting yang kita telah laksanakan.

Hari ni baru la aku sedar bertapa membantunya dokumentasi ini sekiranya kita laksanakannya. Contohnya dalam bidang IT. Setiap perisian mempunyai tetapan-tetapan (setting) tertentu untuk membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan baik. Manusia tidak mampu mengingati semua perkara. Jadi, langkah terbaik adalah dengan melakukan dokumentasi terhadap langkah-langkah yang telah kita laksanakan semasa menggunakan perisian tersebut terutamanya semasa membuat installation.

Nak dijadikan cerita, laptop aku baru je buat masalah dan terpaksa format baru. Segala setting untuk perisian yang aku guna untuk programming terpaksa aku lakukan semula bermula daripada A sehingga Z. Disebabkan aku tak buat dokumentasi berkaitan setting-setting tu, kerja-kerja aku sekarang jadi kompleks dan menyusahkan.




Jadi, kepada rakan-rakan yang membaca entri ni, aku nasihatkan agar laksanakan dokumentasi terhadap perkara penting yang kita telah buat. Memang nampak remeh tapi bila masalah datang pada kita, kita senang nak selesaikannya sekiranya kita buat dokumentasi.

Sekian.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tolong kawan unlocked smartphone kita bila kita lock via patern.

6

Wednesday, 4 July 2012
Keywords : , , , ,

Kali ni entri funny-funny sikit la ye. Sesiapa yang ada smartphone, mungkin smartphone korang semua jadi bahan rebutan oleh kawan-kawan yang tak ada smartphone. Untuk privacy, tentu empunya smartphone pasang lock screen. Jom kita kenakan kawan kita.

Cara-caranya.
1. Capture screen smartphone korang.
2. Edit la apa-apa yang patut dan kemudian save.
3. Set gambar yang telah di edit tadi sebagai wallpaper untuk lock screen.


Harap-harap kawan korang tu teruja dengan lock screen smartphone korang tu. Jangan sampai dia stress sudah ler. Tak pasal2 berkecai pulak smartphone korang. Hahaha.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.