Thursday, 24 May 2012
Keywords :
beza belajar dan bekerja
,
bidang IT
Pejam celik pejam celik, dah nak setahun aku bekerja dalam bidang IT ni. Masa belajar dulu, aku sendiri tak menjangka aku boleh jadi seperti sekarang kerana terlalu banyak teori daripada praktikal sewaktu belajar dulu. "Apa benda la yang lecturer ni ajar aku ni.." Begitu la keluhan yang sering aku lafazkan dalam hati aku.
Kini, baru aku tahu akan keseronokan apa yang aku dah pelajari dulu. Serius, bila dah bekerja apa yang dipelajari dulu tak digunakan sepenuhnya. Banyak benda baru yang aku belajar selepas bekerja dan ianya sebenarnya mudah je asalkan kita ada minat untuk belajar dan sabar.
Apa yang aku rasakan sekarang, untuk menjadi pengaturcara atau mana-mana jawatan yang berkaitan dengan IT, seseorang tu perlu ada minat, sabar dan bersedia dari segi mental dan fizikal.
Minat?
Ya, jika tidak minat, coding akan dianggap sebagai sesuatu yang merumitkan.
Sabar?
Tengah tekun-tekun taip coding, ada pula keluar error. Memang panas hati ni bila berlaku macam tu tapi kena la bersabar. Cuba cari jalan penyelesaian.
Bersedia mental dan fizikal?
Kena la bersedia sebab kita akan berdepan dengan pelbagai ragam user. Dapat user yang ok, untungla tapi jika dapat user yang cerewet, kena la ikut kehendak mereka. Dari segi fizikal, kena la bersedia sebab kerja bukan ikut office hour.
Tak ada kerja yang mudah dalam dunia ni. Semua ada cabaran. Lupa...Entri ni aku hasilkan sewaktu aku sedang mengajar user tentang sistem yang aku sedang bangunkan untuk kemudahan mereka semua. Hihi.
Ada orang cakap, "jangan ambil bidang IT sebab dah banyak lambakan siswazah"
Ini pula yang aku cakap.."Biarpun banyak lambakan siswazah dalam IT, peluang pekerjaan melambak-lambak..Search dalam JobStreet..Setiap hari ada je kerja baru.."
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.










