Apa dosa budak tu?

7

Wednesday, 29 February 2012
Keywords : , , , ,

Assalamualaikum.

Ada baca akhbar pagi ni tak? Memetik berita daripada akhbar Harian Metro, gara-gara tidak puas hati dengan majikan, pengasuh di sebuah pusat asuhan kanak-kanak tergamak menampal mulut bayi dengan pita pelekat dan dibedung ketat. Klik sini untuk ke artikel tersebut. Tampal mulut bayi

Semalam, aku ada juga melihat video berkaitan perkara ni yang di kongsi oleh kawan-kawan facebook. Tidak ada otakkah manusia pada zaman yang serba canggih ini? Di manakah letaknya kasih sayang dan kewarasan akal fikiran kita sebagai khalifah di muka bumi ni?

Alangkah sedihnya bila kesilapan dan kesalahan orang lain, mereka yang tak berdosa menjadi mangsa. Bayi  dan kanak-kanak yang tak berdosa dijadikan alat pemuas nafsu kemarahan terhadap orang lain. Cuba kita bayangkan perasaan mereka yang diperlakukan sedemikian? Aku cadangkan kepada ibu bapa agar berhati-hati apabila menyerahkan anak-anak untuk dijaga oleh orang lain kerana manusia ni di depan kita nampak baik, di belakang kita belum tentu lagi. Kalau aku jadi seperti kanak-kanak tu aku lebih rela dijaga dan dibelai oleh ibu aku sendiri. Lagi erat hubungan antara ibu dan anak tu nanti. 

Jika ibu-ibu bekerja, mungkin boleh mengupah jiran yang rapat dengan kita untuk menjaga anak kecil kita tapi kena la kenal jiran kita sendiri kan? Pepatah ada mengatakan, "tangan ibu yang membuai buaian mampu menggoncang dunia.." Haa..nak dunia bergoncang tak? Jaga anak baik-baik. Sekadar pandangan.

Sekian.


READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Request tutorial

2

Tuesday, 28 February 2012
Keywords : ,

Assalamualaikum.

Pada zaman teknologi yang serba canggih sekarang ni, semua maklumat dan ilmu boleh diperoleh dalam sekelip mata sahaja. Dengan adanya kemudahan internet, apa yang nak dicari, mudah untuk diperoleh asalkan rajin mencari dan membaca.

Sejak akhir-akhir ni, banyak pula keyword tutorial singgah ke blog ni. Ada tutorial tukar saiz sidebar, tutorial untuk scrollbar dan lain-lain. Ada juga yang mencari cara nak buat blog cantik! Jika korang nak cari tutorial dalam blog ni, boleh klik di sini. Sekiranya korang nak request apa-apa tutorial, boleh la bagi cadangan. Jika berkesempatan, aku akan buatkan tutorial tu. Berkongsi ilmu tu lebih baik daripada biarkan ilmu tu membeku. Hihihi.

Selamat blogging semua.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Siapa yang tercari-cari giveaway di blog ni?

4


Keywords : ,

Assalamualaikum.

Terlebih dulu, aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ni banyak memberi sokongan untuk aku dalam penulisan blog ni. Untuk makluman semua, buat masa ni blog ni tidak menganjurkan apa-apa giveaway.

Kepada sesiapa yang telah join giveaway yang pernah aku anjurkan setahun yang lepas, aku mohon maaf ye di atas kesulitan yang berlaku. Mungkin kalian terlepas pandang dengan tarikh dan juga pengumuman yang terdapat pada entri tu. Nak tengok entri tu, klik sini.

Walaubagaimanapun, terima kasih aku ucapkan kerana kalian semua sudi juga join walaupun telah setahun berlalu. Hihi.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cara tukar warna latar belakang code view untuk Dreamweaver

4

Friday, 24 February 2012
Keywords : , ,

Assalamualaikum.

Pernah guna perisian Adobe Dreamweaver? Bagi yang tak pernah, perisian ni adalah antara perisian yang popular di kalangan programmer / developer / designer untuk membuat pengaturcaraan. Aku jarang guna perisian ni sebab dah boleh taip sendiri coding kalau nak design page. Dah hari-hari bermain dengan coding. Bagi sesiapa yang dah biasa, anggaplah ini satu perkongsian berguna. Kali ni aku nak berkongsi cara untuk menukar warna latarbelakang (background color) paparan coding (code view) di dalam perisian Adobe Dreamweaver CS5. Mungkin ada di antara kita yang keletihan mata untuk melihat warna putih sepanjang tempoh menaip coding dalam perisian ni. Ada yang sampai sakit mata kerana terlalu lama melihat warna latar belakang yang cerah.

Paparan di bawah adalah paparan asal sebelum diubah.



1. Klik Edit.


2. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Klik Preferences.


3. Kemudian, klik code coloring. Pilih language yang ingin ditukar. Seperti contoh, HTML. Pilih warna yang diinginkan seperti paparan di bawah. Sekiranya selesai, klik OK.




4. Paparan di bawah adalah hasil selepas warna latar belakang ditukar.



Mudah je kan? Selamat mencuba! READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa akan jadi jika kita tidak pandai mengawal nafsu?

8

Tuesday, 21 February 2012
Keywords : , , ,

Tersinggah pula keyword tu pada blog aku hari ni. Soalannya, apa akan terjadi jika kita tidak dapat mengawal nafsu?

Nafsu? Ada bermacam-macam nafsu dalam diri manusia ni. Nafsu makan, minum, tidur, nafsu serakah, nafsu binatang dan sebagainya. Banyak jenis nafsu kan? Oleh itu, kita kena kawal nafsu dalam diri kita.

Berbalik kepada soalan di atas tu. Jawapannya senang je. Jika kita tidak dapat mengawal nafsu, nafsu akan mengawal kita. Jika ini berlaku, akan ada kesan-kesan positif dan negatif dalam hidup kita. Jika kita bernafsu kepada benda yang positif, maka positif la yang akan kita dapat dan begitulah sebaliknya.

Bak kata Najwa Latif dalam Cinta Muka Bukunya. "Banyak persoalan yang berada di minda..Banyak tanda tanya dan juga kata kerja..Otak kata jangan hati pula kata ya..Hidup tak menentu adakah ini cinta..~~" Yeahh..sing with me..Melalut pulak. 

Terlanjur pulak cerita tentang nafsu kali ni, apa nafsu korang sekarang ni? Hehehe..

"Berpuasa boleh mengawal nafsu manusia"
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Selain cover dari Najwa Latif, ni lagi terbaik!

6

Friday, 17 February 2012
Keywords :



Dah lama layan lagu-lagu cover dari mamat ni. Seperti biasa, fret gitar je yang nampak. Tapi tetap terbaik. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

0


Keywords : , , ,

Assalamualaikum. 

Masih belum terlambat rasanya untuk berkongsi info berguna kepada korang semua. Di sini ada sedikit info berkaitan panggilan temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 bagi tahun 2012 untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari IPTA. Menurut sumber, panggilan temuduga ni akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 sehingga 16 Mac 2012.


Maklumat lanjut boleh lawat ke Portal SPP.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Senarai terkini ranking IPTA dan IPTS di Malaysia

9

Thursday, 16 February 2012
Keywords : , , , , , , , , ,

Pasti ada yang tercari-cari IPTA dan IPTS terbaik untuk melanjutkan pelajaran kan? Di mana kedudukan IPTA dan IPTS yang pernah, sedang dan akan korang pelajari? Jom sama-sama kita lihat senarai terkini ranking IPTA dan IPTS di Malaysia dan dunia.


Alhamdulillah, IPTA tempat aku menuntut ilmu dulu berada di ranking pertama di Malaysia sekarang! Nice. Teruskan prestasi terbaik warga UPM.

Sumber: webometrics READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sikap pengguna jalanraya di Malaysia

6

Tuesday, 14 February 2012
Keywords : ,

Sikap pemandu Malaysia secara jujur aku katakan masih ditahap kelas bawahan. Masih ada yang mementingkan diri sendiri. Terasa ego apabila memandu kenderaan beroda empat.

Pagi tadi, aku dapat saksikan gelagat dua orang pemandu kereta yang masing-masing tidak mahu mengalah untuk memberi laluan ketika baru keluar daripada simpang. Jika diikutkan daripada undang-undang jalanraya, pemandu perempuan berbangsa( bukan Melayu) salah dari segi undang-undang. Sudah lah memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas, malah dia pula yang sibuk-sibuk mengambil gambar kereta seorang pemuda Melayu yang sememangnya berada di lorong yang betul. Mungkin dia rasa tercabar dengan gelagat pemandu lelaki tu yang sesekali me'remmm' kenderaannya di hadapannya. Aku gelak je daripada belakang bila melihat gelagat mereka.

Teringat sewaktu ambil lesen kereta dulu. Cikgu marah kalau memandu secara melulu dan tidak mengikut peraturan. Silap sikit, "haa..ni makan dia.."

Korang jangan salah tafsir pula entri aku kali ni ye. Bukan nak memburukkan mana-mana bangsa, tapi itu la pengguna jalanraya di Malaysia.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tutorial cara menukar perkataan show all pada senarai bloglist untuk blogspot

6

Saturday, 11 February 2012
Keywords : , ,


1. Login ke blogger.com
2. Klik Design.
3. Klik Edit HTML.
4. Klik Expand Widget Templates.
5. Tekan kekunci Ctrl dan F pada keyboard untuk search perkataan pada langkah ke-6.
6. Taip <data:showAllText/> dan tekan kekunci Enter.

Sekiranya berjaya, hasilnya adalah seperti di bawah ni.


Untuk menukar perkataan show all, taipkan perkataan yang diinginkan pada ruangan yang di highlight di atas tu. Jika korang ingin menukar perkataan show 5, taipkan perkataan yang diinginkan pada ruangan yang di highlight pada gambar di bawah pula.


Saya sarankan, klik button preview terlebih dahulu sebelum klik button Save Template. Sekiranya telah selesai menukar perkataan yang diinginkan, teruskan dengan langkah seterusnya.

7. Klik Save Template.

Selamat mencuba ya. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Giler betul : Upah jiran untuk hamilkan isteri

11

Friday, 3 February 2012
Keywords : , , , , ,

STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.
Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kehebatan telefon rumah yang orang tak tahu.

18

Thursday, 2 February 2012
Keywords : , ,



Suka? Like la..haha.. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.