Cita-cita kegemaran kanak-kanak

21

Sunday, 29 January 2012
Keywords : ,

Semua orang pasti mempunyai pelbagai cita-cita sewaktu kecil dulu. Siapa yang selalu bertanya tentang cita-cita kita sewaktu kecil? Ibu bapa pasti kurang bertanya mengenai cita-cita kita ni. Mereka hanya berharap kita manjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak.

Mereka yang selalu bertanya tentang cita-cita ni tak lain tak bukan adalah cikgu-cikgu di sekolah.

"Dah besar nanti nak jadi apa murid-murid..!!!" 

Cita-cita yang menjadi kegemaran kanak-kanak kebanyakkannya adalah polis, askar, ahli bomba, pensyarah, cikgu. Kerana apa kanak-kanak lebih menggemari pekerjaan sebegini? Haaa.. Pada pandangan saya, ini semua disebabkan oleh pendedahan awal kepada kanak-kanak tu sendiri. Mereka di ajar mengenal siapa itu polis, askar, doktor dan sebagainya.

Bila dah meningkat dewasa, cita-cita yang dulunya pernah disebut-sebutkan kebanyakkannya akan berubah. Walaupun ada di antara kita masih mengimpikan kerjaya sedemikian. Saat itu, pasti senyuman terukir, gelak tawa mula mengilai. Haha....

Saya pun tak menyangka kerjaya saya sekarang jauh daripada apa yang dicita-citakan sewaktu bergelar murid sekolah dulu. Nak tahu apa cita-cita saya? Saya nak jadi tentera laut. Haha.  
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Awas wanita!

5

Friday, 27 January 2012
Keywords : , ,

Haha..Sejauh mana kebenarannya? Cuba tanya mereka yang dah berkeluarga. Saja nak takut-takutkan wanita-wanita kat luar sana tu yang tak tahu apa erti ketakutan sebenar.

Bila sedang berjalan kaki ataupun duduk termenung, cuba cari maksud tersirat disebalik kata-kata saya di atas tu ye. Hehehe. Sori.. READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Oi nuffnang!

12

Keywords : ,

Cet! Tajuk entri kali ni boleh mengundang kemarahan ni. Saya sebenarnya masih menunggu jawapan daripada pihak nuffnang berhubung dengan status nuffang saya. Tetiba je bertukar jadi status biasa (bukan eksklusif) dan dalam erti kata lain, bukan berstatus glitterati.

Kenapa ini semua terjadi? Saya sebenarnya konfius bila status nuffnang saya bertukar kepada status biasa. Nak kata saya klik laju-laju iklan yang terpapar pada blog saya, tak juga. Nak kata saya pasang iklan daripada syarikat pengiklanan lain seperti advertlets atau sebagainya, tak juga. Nak kata blog ni tiada pengunjung, itu memang tak la. Ada la 100 orang yang datang sehari.

Jadi, sesiapa yang arif tentang perkara sebegini, boleh tolong tak? Nak tunggu nuffnang tolong, entahkan bila. Haha.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cuba teka ni gambar siapa?

18

Wednesday, 25 January 2012
Keywords : , ,

Rasa-rasa korang kenal ke tu gambar siapa? Kalau ada yang berjaya meneka, memang ada iras la lukisan saya ni. Hehehe. Lukisan ni dilukis guna Photoshop. READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cara tukar warna link dalam blog

0

Keywords : ,

Assalamualaikum. Kali ni saya nak berkongsi tutorial yang sangat simple cara bagaimana hendak menukar warna link untuk blog. Caranya mudah sahaja.

1. Login ke blogger.com
2. Klik Design
3. Klik Edit HTML
4. Tekan papan kekunci Ctrl + F. Search a. Contoh seperti di gambarajah bawah.

Sebelum tu, korang tahu ke apa maksud coding yang di highlight tu? Huruf 'a' bermaksud 'anchor' di mana fungsinya adalah untuk membuat link ke dokumen lain dengan menggunakan atribut href. Seperti contoh <a href="....">Pergi ke dokumen lain</a>.

Untuk mengubah warna link, korang hanya perlu mengubah kod warna HTML sahaja. Untuk dapatkan kod warna tersebut, boleh cari di sini . 

5. Copy kod warna HTML tersebut dan paste ke coding template blog korang. Seperti gambarajah di atas, paste pada #000000. Sekiranya kod warna yang korang pilih adalah F5F5F5, selepas di paste, hasilnya akan menjadi color : #F5F5F5;

6. Kemudian, cuba preview. Sekiranya telah berpuas hati, klik save template. Selesai.

Mudah je kan? Selamat mencuba.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Persembahan pilihan Raja Lawak 6 (Minggu 2)

0

Saturday, 21 January 2012
Keywords : ,

Gelanggang Raja Lawak Musim ke-6 ni nampak macam slow sikit la. Mungkin ini baru permulaan kot. Saya tak berkesempatan tonton secara live persembahan setiap peserta pada minggu ni. Nasib baik ada kemudahan internet di rumah sewa ni.

Berdasarkan daripada semua persembahan peserta musim ni, saya tertarik dengan persembahan kumpulan ni. Jom tengok video persembahan depa.

Tema Minggu ke-2 : Hutang

Hahaha..Kelakar kumpulan CUIT ni.

~ Respon penonton macam kurang memberangsangkan walaupun ada lawak-lawak daripada peserta-peserta memang kelakar.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup

2

Friday, 20 January 2012
Keywords : , , ,

Di atas muka bumi ni terdapat pelbagai ragam manusia. Ada yang elok perangainya, ada yang membuatkan kita sakit hati apabila melihat tingkah lakunya. Ada saja perkara yang menjengkelkan yang dapat kita rasakan bila berhadapan dengan orang lain. Namun harus diingat, tiada manusia yang sempurna (bersih daripada melakukan dosa kecil / besar samaada sedar / tidak sedar).

Saya seronok mendengar ceramah ringkas daripada ustaz sebelum menunaikan Solat Jumaat tadi. Jika kita berkawan, jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada kawan tersebut kerana kita akan kecewa. Manusia memang susah untuk memuji seseorang. Jika kita mengharapkan pujian-pujian indah daripada sahabat-sahabat kita, memang hidup kita tak akan bahagia kerana asyik menunggu pujian-pujian manis daripada mereka.

"Bila dia nak puji aku ni..bila ni..? puji la..puji la.." Sampai ke sudah tidak dapat-dapat pujian. Akhirnya, diri sendiri kecewa frust menonggeng.

Jika kita tergolong dalam manusia sedemikian, cuba kita ubah sikap tersebut. Moga hidup kita akan lebih ceria, bahagia dan tenang. Muka pun nampak muda..kan?

Sekian.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Bila Hati Berbicara

6

Thursday, 19 January 2012
Keywords : , ,

Assalamualaikum. Agak lama blog ni tidak di update. Kali ini saya hanya nak update entri ringkas. Buat tatapan pembaca semua, ini header yang saya design untuk penulis blog Bila Hati Berbicara iaitu mamanurin.

Jika ada sesiapa yang ingin menempah header daripada saya, klik sini.

Jom kita ziarah ke blog mamanurin. READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tempahan header dibuka!

6

Monday, 16 January 2012
Keywords : , , ,

Assalamualaikum.

Seperti yang pernah saya war-warkan sebelum ni, hari ni saya buka tempahan header blog kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat, boleh la buat tempahan. Harga satu header RM10 je. Jika berminat, email kepada saya maklumat berkaitan header yang ingin ditempah.

Contoh header

Contoh maklumat yang saya perlukan.

Saiz header: 1000px x 100px
Transparent: ya / tidak
Ciri-ciri header: Nak header yang simple n cantik. Tulisan nama blog nak warna merah. Lepas tu, ada gambar ni dan gambar yang tu.
Perkataan yang nak ditulis dalam header: blog onceitalk. blog yang bervariasi.

Email ke: blogonceitalk@yahoo.com

Gerenti siap dalam masa tak sampai seminggu. Bayaran boleh dilakukan dengan bank in ke akaun maybank saya.

READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Maybank Malaysia Open 2012 & rekod pertemuan Lee Chong Wei dan Lin Dan

0

Thursday, 12 January 2012
Keywords : , , ,

Pada 10 - 15 Januari 2012 , saat ini sedang berlangsung Kejohanan Badminton Terbuka Maybank / Maybank Malaysia Open di Stadium Putra Bukit Jalil. Sesiapa yang berkesempatan, jom la sama-sama tonton aksi-aksi pemain terhebat dunia.

Sumber gambar: maybankbadmintonopen

Saya sempat juga menyaksikan perlawanan yang membabitkan jaguh badminton nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan, Chen Jin. Aksi yang mereka semua tunjukkan memang sangat hebat. Tabik la pada Chong Wei. Tak rugi saya habiskan RM10 untuk menyaksikan perlawanan yang berlangsung semalam. Saya kagum dengan kehebatan beliau. Namun, saya rasa barisan pelapis negara masih belum cukup kuat untuk menggantikan tempat Lee Chong Wei.

Di sini ada sedikit info terkini berkaitan sukan badminton setakat 11 Januari 2012.

Sumber Gambar: BWF
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Galaxy transform ke 'lesung batu'!

3

Tuesday, 10 January 2012
Keywords : , ,

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli. Baca artikel selanjutnya..

Ini adalah salah satu contoh penyalahgunaan internet. Apa yang boleh saya sarankan kepada semua, jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu. Selidik dahulu latarbelakang syarikat tersebut sebelum membuat pembelian secara online. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Kepada yang tertipu, jadikan ini suatu pengajaran yang berguna untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kepada penipu, ingatlah bahawa negara ini ada undang-undang yang boleh menyusahkan anda kelak.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS

4

Monday, 9 January 2012
Keywords :

Assalamualaikum.

Siapa yang tidak teringin untuk melanjutkan pelajaran diperingkat tertinggi bukan? Walaupun ada yang kata tak mahu, tapi mungkin pernah terlintas untuk menjadi orang yang berjaya. Sewaktu kecil dulu, pasti ada rasa nak jadi orang yang pandai.

Untuk adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS, abang cadangkan supaya adik-adik memilih jurusan yang menjamin masa depan adik-adik. Jangan terima sebarang jurusan yang adik sendiri tidak pasti akan jaminan kerjaya adik pada masa akan datang. Ceh! ber 'abang-abang' pula.

Baiklah, saya cadangkan sebelum melanjutkan pelajaran, lakukan sedikit kajian mengenai peluang pekerjaan jurusan yang di pilih tu. Jangan main tangkap muat saja. Jangan ambil jurusan tersebut hanya kerana ingin sangat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Kelak nanti, diri sendiri juga yang menyesal kerana tiada peluang pekerjaan dalam jurusan yang telah diambil.

Ini berdasarkan pengalaman saya la. Baru je tadi seseorang datang ke ofis untuk ditemuduga. Dukacita, kelulusan yang ada tidak membantu untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Sedih tau. Saya pernah rasa.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Gadget impian

4

Keywords : , ,

Saya teruja untuk memiliki gadget yang best seperti Samsung Galaxy Note ni. Saya teruja sebab Samsung Galaxy Note ni boleh digunakan untuk melukis. Jadi, tak payah la saya susah-susah nak melukis dalam Adobe Photoshop. Ada sesiapa yang sudi untuk hadiahkan saya tak? Kalau ada, saya takkan menolak. Hihi.

Gadget yang bawah ni pun best jugak.

Bila la dapat guna gadget canggih sebegini. Sob sob sob.. READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Perlawanan Sumbangsih Kelantan vs Negeri Sembilan

11

Saturday, 7 January 2012
Keywords : ,

Pada malam ni (7 Januari 2012) akan berlangsung perlawanan di antara Kelantan menentang Negeri Sembilan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung di RTM1 dan Astro 801 pada pukul 8.45 malam ni.

Saja kasi penyokong Kelantan panas.

Adakah skuad bimbingan Peter James Butler dapat mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah? Adakah sukad bimbingan Azraai mampu membuatkan penyokong-penyokong Kelantan menangis tak berlagu? Sama-sama kita saksikan.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Anonymous seorang yang pengecut!

14

Keywords : , ,

Assalamualaikum.

Anonymous dalam dunia blogging ni merujuk kepada pengomen yang memberi komen terhadap artikel penulis blog. Saya akui ada di antara komen daripada anonymous ni berguna dan bernas tetapi kebanyakannya lebih kepada komen yang menindas, mencaci, menghina pelbagai pihak.

Saya sendiri geli hati bila membaca komen-komen daripada anonymous yang selalunya mengarut. Tidak salah jika saya katakan yang pengomen anonymous ni adalah seorang yang pengecut. Mereka berani mencaci, menghina, mengherdik sesiapa sahaja tetapi berselindung disebalik nama yang tanpa sebarang URL. Jika berani memberi komen, kenapa tidak berani tunjukkan siapa diri anda?

Kita kena berani. Berani suarakan pendapat dan berani perkenal siapa diri kita. Ayuh anonymous, jangan jadi pengecut. Kasi blogger kenal siapa diri anda. 
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Nada Skema : Perancangan blog untuk tahun 2012

6

Friday, 6 January 2012
Keywords : , , , ,

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca onceitalk? Ada sihat ka? Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga kehidupan tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.

Jika dimbau kembali kenangan berblogging pada tahun lepas, tiada yang terindah melainkan keihklasan pembaca membaca hasil penulisan blog oncetalk ni. Terima kasih diucapkan di atas kesudian kalian berkunjung ke blog yang serba kekurangan ni.

Nak dipendekkan cerita, untuk awal tahun ni, saya bercadang untuk membuka kembali tempahan header blog kepada semua. Jadi, jika sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, boleh la membuat tempahan selepas saya mengesahkan pembukaan tempahan header tu. Mungkin juga saya akan membuat tempahan template blog. Itu masih lagi dalam perancangan.

Saya mengharapkan komen dan cadangan daripada kalian untuk saya memperbaiki penulisan saya. Terima kasih semua.