Saturday, 6 October 2012
Keywords :
beli komputer
,
betulkan komputer
,
cara lihat spesifikasi komputer
,
tips jaga komputer
,
tutorial komputer
Salam.
Boleh dikatakan, setiap seorang daripada rakyat di Malaysia terutamanya remaja akan memiliki sebuah komputer ataupun laptop sendiri. Bagi golongan lelaki, mungkin tidak sukar untuk mengetahui spesifikasi komputer ataupun laptop yang dibeli. Bagi golongan perempuan, mungkin sukar sedikit untuk memahami spesifikasi sesebuah komputer yang bakal dibeli ataupun yang telah dibeli.
Ada cara mudah untuk kita mengetahui spesifikasi komputer kita. Perisian CPU-Z boleh membantu. Perisian ni memaparkan secara terperinci spesifikasi komputer ataupun laptop kita setelah perisian ini di install di dalam komputer kita. Antara yang dipaparkan adalah spesifikasi untuk processor, motherboard, RAM, kad grafik dan lain-lain. Dengan adanya perisian ini di dalam komputer kita, secara tidak langsung ianya dapat memberi maklumat mengenai komputer kita dengan lebih jelas.
Apa yang bagus tentang perisian ni, ianya dapat membantu kita mengenal pasti komponen komputer kita jika kita ingin upgrade / membaiki komputer kita apabila rosak kerana perisian ini menyediakan fungsi untuk membolehkan penyimpanan report spesifikasi komputer kita. Jadi, report tersebut boleh disimpan di dalam smartphone, pendrive dan sebagainya sebagai bahan rujukan. Bila komputer kita mengalami kerosakan, mudah untuk kita membeli barangan komputer kita.
Jadi, mudah bagi kita untuk berurusan bila menghadapi masalah kelak. Sekian.





aku selalu gune mende alah ni.. nice tips ;)
@MéuzAngelo™ XXIII
tq..guna selalu..
thank..info berguna
wuahhh nice bro....serius..krole baru tau..thanks~
@Myzul
terima kasih..semoga bermanfaat bro..
@krole
yeke bro? harap2 entri ni bermanfaat untuk bro..
wassalam..
ohh, baru tau ni. thanks bro :D
@Syat0za Zai
welcome bro..