Wednesday, 3 October 2012
Keywords :
keburukan JavaScript
,
kelemahan JavaScript
,
programming
,
validation
,
validation form
Salam.
JavaScript adalah scripting language (bahasa skrip) yang ringan yang direka untuk menambah interaktiviti kepada page HTML.
Tidak dinafikan JavaScript adalah scripting language paling popular didunia. Ianya digunakan meluas dalam server, desktop dan lain-lain.
Berdasarkan pandangan aku, agak tidak praktikal untuk seseorang pengaturcara membina validation dengan menggunakan JavaScript walaupun JavaScript adalah scripting language yang sangat popular. Sebagai contoh, sekiranya pengaturcara ingin membuat validation no.kad pengenalan di mana ianya akan membenarkan nombor sahaja untuk diproses, agak tidak sesuai untuk membuat validation tersebut menggunakan JavaScript.
Contoh Validation form yang ingin dilaksanakan.
Mengapa tidak sesuai?
Web Browser mempunyai fungsi untuk disabled JavaScript ketika pengguna melayari internet. Sekiranya sesuatu sistem / portal menggunakan JavaScript untuk melaksanakan proses validation seperti contoh no.kad pengenalan, sistem / portal yang dibangunkan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, sekiranya pengguna memasukkan huruf di ruangan no.kad pengenalan, sistem/ portal tersebut tidak dapat melaksanakan fungsi validation yang dicipta. Itu antara contoh.
"Many HTML designers are not programmers, but JavaScript is a language with a very simple syntax. Almost anyone can put small "snippets" of JavaScript code into HTML pages." - w3schools




Comments (0)
Post a Comment