Thursday, 2 August 2012
Keywords :
iri hati
,
kita hari ini
,
masyarakat majmuk malaysia
,
mencari kejayaan
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian dalam sesebuah negara yang bermasyarakat majmuk bukanlah mudah. Tapi, sebagai rakyat Malaysia aku tetap bersyukur kerana negara ni masih lagi aman walaupun ada pihak yang cuba menganggu-gugat keamanan negara.
Kita sebagai manusia ingin hidup kita maju dari masa ke semasa? Ada ke manusia yang inginkan hidupnya sentiasa susah? Namun, ada perkara yang membuatkan aku kecewa bila melihat sikap diri kebanyakan daripada kita. Kita kebiasaannya akan iri hati dengan kejayaan seseorang. Pantang dengar orang lebih daripada kita, maka akan timbullah rasa kurang senang dalam hati. Jika iman tidak kuat, mungkin jalan penyelesaiannya adalah untuk menjatuhkan orang tersebut.
Itu antara ciri-ciri manusia yang tidak bermotivasi. Kita terlalu runsing dengan kejayaan orang lain. Kenapa tidak kita berusaha untuk memajukan diri kita sendiri agar kita juga berjaya seperti mereka tanpa sedikit pun menganggu kehidupan orang lain. Lihatlah masyarakat kita hari ini.
Sempena bulan baik ni, mari kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik. Kejayaan yang datang daripada usaha sendiri tanpa menganggu kehidupan orang lain adalah lebih bermakna daripada kejayaan yang datang dengan menjatuhkan orang lain.
Sekadar pandangan. Sekian.



Comments (0)
Post a Comment