Kepulangan yang dinanti

Friday, 17 August 2012
Keywords : , ,

Kedatangan Syawal kian terasa. Ramai yang sedang sibuk mengemas barang sebelum balik ke kampung halaman masing-masing. Apa yang aku lihat, Kuala Lumpur yang kebiasaannya sesak dengan kenderaan, hari ni lengang sikit. Tak sesak seperti hari biasa. Ramai yang dah pulang ke kampung.

Bagi sesiapa yang ingin pulang ke kampung, pandu kenderaan dengan berhati-hati. Jangan memandu terlalu laju kerana ianya akan membahayakan diri dan keluarga kita sendiri. Sebelum pulang ke kampung, pastikan rumah berkunci, suis-suis peralatan elektrik dimatikan dan maklumkan kepada jiran supaya tengok-tengokkan rumah korang sebelum pulang ke kampung.

Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat walau di mana jua korang berada. Semoga kedatangan Syawal ni disambut dengan baik. Petang ni nak balik Melaka. Doakan ye!

Salam.

Comments (0)