Monday, 27 August 2012
Keywords :
Hari Raya
Assalamualaikum.
Masih tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua! Dah seminggu beraya, mood untuk bekerja dah semakin kurang. Seronok bila dapat cuti seminggu sebab dapat hilangkan stress bekerja dalam bidang IT. Tapi hari ni, dah start kerja balik. So, stress tu dah dekat dah ni.
Walaupun masih dalam mood raya, amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan baik. So, kembalikan momentum untuk bekerja mencari rezeki. Cari duit, bukan cari makan untuk membulatkan badan. Hehe..
Suasana kat Kuala Lumpur ni pun dah seperti biasa. Jalan raya penuh dengan kenderaan. Tak seperti di kampung yang bebas dengan kesesakan lalu lintas. Untuk aku, raya tahun ni ada kelainan sikit jika dibandingkan dengan raya tahun-tahun yang lepas kerana dikesempatan raya tahun ni aku ambil untuk mengikat tali pertunangan. Korang semua doakan kebahagiaan untuk kami ok.
Sebelum aku tutup cerita kali ni, ingin aku nasihatkan kepada semua termasuklah diri ni supaya sentiasa berbelanja dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran. Bagi yang nak memandu jauh tu, hati-hati di jalan raya.
Sekian.



back to normal.. hehehe
blk KL, tempuh jem.. kerja blk.. adus
@Sop Nama Saya
ape boleh buat bro..hehe..
Selamat hari raya zalin. TAHNIAH sebab dah jadi tunangan orang hrheheee
@Mamanurin
Selamat Hari Raya mamanurin..hehe..terima kasih..