Monday, 9 July 2012
Keywords :
documentation
,
dokumentasi
Assalamualaikum.
Bertemu kembali. Terlebih dahulu, jom kita baca sikit apa itu dokumentasi (documentation) yang aku maksudkan pada tajuk di atas tu. Menurut sumber,
Documentation is a term with many meanings, the most common of which are:
1. A set of documents provided on paper, or online, or on digital or analog media, such as audio tape or CDs.
2. The process of documenting knowledge, as in scientific articles.
3. The process of providing evidence.
4. The writing of product documentation, such as software documentation.
(dokuméntasi) himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yang dapat digunakan sebagai asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dan lain-lain)
Itu antara definisi yang merujuk kepada dokumentasi (documentation). Dokumentasi ni sangat penting kerana ianya boleh menjadi bahan rujukan kepada kita untuk kita merujuk kembali perkara-perkara penting yang kita telah laksanakan.
Hari ni baru la aku sedar bertapa membantunya dokumentasi ini sekiranya kita laksanakannya. Contohnya dalam bidang IT. Setiap perisian mempunyai tetapan-tetapan (setting) tertentu untuk membolehkan perisian tersebut berfungsi dengan baik. Manusia tidak mampu mengingati semua perkara. Jadi, langkah terbaik adalah dengan melakukan dokumentasi terhadap langkah-langkah yang telah kita laksanakan semasa menggunakan perisian tersebut terutamanya semasa membuat installation.
Nak dijadikan cerita, laptop aku baru je buat masalah dan terpaksa format baru. Segala setting untuk perisian yang aku guna untuk programming terpaksa aku lakukan semula bermula daripada A sehingga Z. Disebabkan aku tak buat dokumentasi berkaitan setting-setting tu, kerja-kerja aku sekarang jadi kompleks dan menyusahkan.
Jadi, kepada rakan-rakan yang membaca entri ni, aku nasihatkan agar laksanakan dokumentasi terhadap perkara penting yang kita telah buat. Memang nampak remeh tapi bila masalah datang pada kita, kita senang nak selesaikannya sekiranya kita buat dokumentasi.
Sekian.



berkaitan dengan dokumentasi ni, aku nak cite pengalaman aku..
company aku buat sistem untuk client dia ni..buatlah user manual atau manual pengguna yang lebih tebal dari kamus dewan...malangnya client aku ni tak pandang pun manual pengguna tu..tapi kalau takde dia minta pula
@Faris Adli
Bila xde masalah, user manual tu memang dipandang sepi. Memang penat kita buat. Tapi bila ada masalah, user manual tu la yang dicari.
sume kena dokumentasi kan skrg ne...
@Eca Dwinky Asha
betul tu. kita x boleh ingat semua benda.
@Zalin Mansor
Masalahnya sama ada masalah wujud ke tak, client aku tetap tak nak pandang user manual..
tu bos aku bengang gila..bukan nipis beb user manual tu..
@Faris Adli
kalau develop system, memang kena ada user manual untuk client bro..tapi tu la..bila tak pandang langsung, kita yang buat ni stres gak..