Demam, selsema, batuk Euro 2012

Wednesday, 13 June 2012
Keywords : , , , ,

Assalamualaikum.

Kehangatan Euro 2012 sedang dirasai di seluruh dunia. Ada yang sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok aksi pasukan pilihan masing-masing termasuklah aku. Syukur alhamdulillah, sembuh juga demam aku sebelum ni. Kawan-kawan sibuk menyakat.."Ni demam bola ni.." Haa..entri kali ni kita cerita pasal bola jela erk.

Sempena Euro 2012 ni, pasukan pilihan aku adalah Spain! Adakah Spain juara Euro 2012? Korang pilih pasukan apa? Belanda, German, France, England? Jangan Brazil sudah ler. Dek kerana seronok sangat dengan Euro 2012 ni, wallpaper laptop aku pun dah ditukar kepada wallpaper bola. Hihi.


Baru la semangat nak buat kerja. Ok, cuma nak ingat-ingatkan sesama kita, bola-bola jugak ea, jangan sampai abaikan perkara yang sepatutnya kita dahulu kan.

Sekian.

Comments (2)

Smart wallpaper laptop sempena euro 2012..ini baru dikatakan demam bola..hihi.

Reply To This Comment

@afiqazizan
TQ bro..

Reply To This Comment