Wednesday, 16 May 2012
Keywords :
dianiaya
,
ditipu
,
kereta terpakai
Assalamualaikum.
Entri kali ni aku nak berkongsi sedikit kisah sedih yang menimpa kawan aku baru-baru ni. Ceritanya begini. Kawan aku berhasrat untuk membeli kereta terpakai di syarikat kenderaan terpakai berhampiran dengan tempat tinggal aku. Sewaktu kawan aku pergi lihat kereta tu, aku ada bersama.
Jurujual kereta tersebut memberitahu kami, kereta tersebut didaftarkan pada tahun 2008. Perbincangan demi perbincangan, perbualan demi perbualan sehingga sampai la ke topik cat kereta. Kawan aku tanya jurujual tu, kenapa kereta ni macam baru cat? Jurujual tu cakap.."ooo..kereta second memang kena cat dulu ma..kalau tak, kita tak boleh jual.."
Timbul persoalan dalam fikiran aku. Kenapa perlu cat? Nak tutup kesan accident ke? Seolah-olah nak tutup sesuatu masalah je. Lama kemudian, kawan aku pun bayar RM500 untuk tujuan tempahan kereta tersebut. Aku diberitahu, jika nak pandu uji kereta terpakai di kedai kereta tersebut, pelanggan kena membayar RM500 sebagai tempahan sebelum proses pinjaman dengan bank dilaksanakan. Entah la. Aku tak ada pengalaman beli kereta lagi.
Kelmarin, pihak bank telefon kawan aku yang nak beli kereta tu. Pihak bank beritahu, pinjaman yang berjaya diluluskan hanya 7 tahun sahaja kerana kereta tersebut didaftarkan pada tahun 2007! (Jurujual tu cakap 2008). Kesan daripada berita yang tidak menyenangkan tu, kawan aku terus berang. Dia terasa diri dia ditipu oleh penjual kereta terpakai tu. Akibat rasa tak puas hati, kawan aku pergi ke kedai kereta terpakai tu tetapi sebaliknya pihak penjual menyalahkan kawan aku. Siap suruh report polis jika kawan aku tak berpuas hati kerana pihak penjual sudah ada hitam putih.
Cadangan yang diberikan oleh pihak penjual, "u pilih la kereta lain kat sini..". Cadangan lain.."kalau u tak mau, duit lima ratus tu burn!"
Bila dengar luahan kawan aku, terasa sangat diri dia dianiaya. Adakah ini strategi marketing yang sering dijalankan oleh syarikat kenderaan terpakai?



adus sakit hati jgk kalo kena camtu...mna taknya...cam kena main2kn pla...kena berhati2 ble berurusan yg pnting2 ni..thanks for the share zalin~
@krole
btol krole..kena lebih berhati2...
ish..
geram nye..
x suke betol ngn org gitu..
cuba la jujur sikit..
x mo r tipu2...
@hana
kita sebagai pelanggan memang akan rasa marah dan kecewa bila berlaku camtu..
Hishh, buat aduan kt pengguna je... Dorg kalo kite lembik2 skit, naik tocang, haihh
@Melati Qistyna's Mummy
bgus jugak cadangan akak tu..tp dah ada black n white la kak..
wahhh. ni anaiya org nin. tak patut betul. lepas ni kene hati2 kalau nak beli kereta terpakai.
@Puteri Iqa Izyan
btol2..kne hati2..
eh..macam tu ke??sebelum ni ada jugak nak bli kereta tpakai ni.memang ada kna bayar booking gan duit urusan.tp bile xjd dia pulang blik..mane boleh dia amek...tipu ni..tapi mmg serius,beli kete terpakai sangat rumit.bli kete baru je ea...proton ok je :)