Beza belajar dan bekerja dalam bidang IT.

Thursday, 24 May 2012
Keywords : ,

Pejam celik pejam celik, dah nak setahun aku bekerja dalam bidang IT ni. Masa belajar dulu, aku sendiri tak menjangka aku boleh jadi seperti sekarang kerana terlalu banyak teori daripada praktikal sewaktu belajar dulu. "Apa benda la yang lecturer ni ajar aku ni.." Begitu la keluhan yang sering aku lafazkan dalam hati aku. 

Kini, baru aku tahu akan keseronokan apa yang aku dah pelajari dulu. Serius, bila dah bekerja apa yang dipelajari dulu tak digunakan sepenuhnya. Banyak benda baru yang aku belajar selepas bekerja dan ianya sebenarnya mudah je asalkan kita ada minat untuk belajar dan sabar.

Apa yang aku rasakan sekarang, untuk menjadi pengaturcara atau mana-mana jawatan yang berkaitan dengan IT, seseorang tu perlu ada minat, sabar dan bersedia dari segi mental dan fizikal. 

Minat? 
Ya, jika tidak minat, coding akan dianggap sebagai sesuatu yang merumitkan.

Sabar?
Tengah tekun-tekun taip coding, ada pula keluar error. Memang panas hati ni bila berlaku macam tu tapi kena la bersabar. Cuba cari jalan penyelesaian.

Bersedia mental dan fizikal?
Kena la bersedia sebab kita akan berdepan dengan pelbagai ragam user. Dapat user yang ok, untungla tapi jika dapat user yang cerewet, kena la ikut kehendak mereka. Dari segi fizikal, kena la bersedia sebab kerja bukan ikut office hour.

Tak ada kerja yang mudah dalam dunia ni. Semua ada cabaran. Lupa...Entri ni aku hasilkan sewaktu aku sedang mengajar user tentang sistem yang aku sedang bangunkan untuk kemudahan mereka semua. Hihi.

Ada orang cakap, "jangan ambil bidang IT sebab dah banyak lambakan siswazah"

Ini pula yang aku cakap.."Biarpun banyak lambakan siswazah dalam IT, peluang pekerjaan melambak-lambak..Search dalam JobStreet..Setiap hari ada je kerja baru.."

Comments (8)

betul tu, apa2 yg Kita buat, kena Ada minat.... Hb akak belajo akaun kt ump gak, heee... Tp skang keje IT, hr ni dia amik exam VDCA410, akak nengok pong fening... Hehehehe

Reply To This Comment

penah blaja coding tu. susah =.='
coding blog pun terkial2. hehe

Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummy
waaa..dari akaun ke IT? bagus tu kak..banyak ilmu..

Reply To This Comment

@Puteri Iqa Izyan
kalau tiap-tiap hari buat, insyaAllah tak susah...

Reply To This Comment

hurm nk keje bidang IT ni kne ade minat...kne advance...kalo 4-5 thn lepas guna programming language lain, skrg ni melambak2 language baru yg keluar...kne la blaja sendiri kan...

sy pon dl study course lain, skrg ni keje bidang IT...pening...pening...hehehe

Reply To This Comment

@cik panadol
syntax je lain tu..konsepnya n flownya sama je..kan? ni mesti dah power ni..

Reply To This Comment

Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Harry
harry.roger10@gmail.com

Reply To This Comment

sy tgh ambil degree IT skrg. lg 1 thn nk hbes blajar..btol tu. blajar benda ni kne ade minat. kalau tak nanti bila belajar coding bagai tu memang susah nak faham macam sy. haha x.x

Reply To This Comment