Wednesday, 25 April 2012
Keywords :
cara jaga laptop
,
cara jaga skrin laptop
,
skrin LCD laptop
,
tips jaga skrin laptop
Apa khabar? Kali ni aku nak berkongsi pula sedikit tips untuk menjaga skrin LCD laptop bagi mengelakkan ianya cepat rosak. Untuk pengetahuan semua, perkakasan elektronik ni kita tidak boleh menjangka bila ianya akan rosak dan berapa lama jangka hayatnya secara tepat. Bagi langkah berjaga-jaga, elok la kita jaga perkakasan elektronik ni daripada mendapat kerosakan dengan cepat.
Ok, untuk jaga skrin LCD laptop ni bukannya susah. Apa yang perlu kita buat adalah:
1. Jangan letak benda berat di atas laptop apabila kita tidak menggunakan laptop tersebut.
2. Jika skrin LCD laptop kotor, lembapkan sapu tangan yang lembut / kain yang lembut dan lapkan skrin LCD laptop tu dengan perlahan. (Peringatan: lakukan ketika laptop OFF sahaja).
3. Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa mengelap. Biarkan seketika dan lapkan menggunakan sapu tangan / kain lembut yang bersih dengan perlahan. Cukup sekadar untuk mengeringkan skrin LCD laptop tu.
4. Sekiranya tidak lagi ingin menggunakan laptop tu, tutup skrin laptop tu dengan cermat.
5. Jangan letak apa-apa barang lain pada keyboard laptop kerana khuatir korang akan tutup skrin latop tanpa sedar ada barang di atas keyboard. Skrin LCD laptop mahal harganya.
Rasanya, cukup 5 tips untuk menjaga skrin laptop. Oh ya. Jika korang sedang marah ataupun sakit hati dengan gf / bf, jangan la pergi tumbuk skrin laptop tu ye. Nanti tangan sakit, skrin laptop pun berkecai. Duit pula melayang. Hihi..



Gd tips, kalau tv leh buat gitu gak ke? :)
@Melati Qistyna's Mummy
kalau tv, tips no 2 n 3 relevan kak..
@zalin onceitalk
ok, k.. nanti akak try kt tibi lak :P
@Melati Qistyna's Mummy
jangan simbah dgn air sudah kak..