Rasional lukisan cawan

Friday, 20 April 2012
Keywords : , ,

Pada suatu hari, cikgu Amin menyuruh anak muridnya melukis cawan dan piring pada sehelai kertas. Tanpa membuang masa, semua murid-murid mula melukis gambar cawan dan piring. 15 minit masa yang diberikan oleh cikgu Amin kepada murid-muridnya dan pelbagai ragam lukisan yang dilukis oleh anak didiknya. Dia tersenyum.


Kebanyakan lukisan yang dilukis daripada murid-muridnya adalah seperti di atas.


Namun, ada juga anak muridnya yang melukis seperti gambar di atas. Lantas cikgu Amin pun berkata pada murid-muridnya. "Murid-murid!!..Semua lukisan daripada kamu semua ni adalah betul! Walaupun ada perbezaan pada lukisan yang dilukis. Ada yang lukis cawan dalam keadaan tertangkup, ada yang melukis cawan yang dalam keadaan terbuka. Semuanya betul. Tahniah. Kamu semua faham apa yang cikgu maksudkan.

Sebelum cikgu terlupa, ada satu perkara yang cikgu nak cakapkan di sini. Dalam kehidupan kita, setiap manusia itu mempunyai pandangan dan cara berfikir yang berbeza daripada orang lain walaupun tujuannya adalah sama. Jadi, sesekali cubalah fikir diluar kotak fikiran kamu semua agar kamu semua unik berbanding orang lain."

Comments (2)

Think out of the box menjadikan Kita lebih menonjol dr org lain, tp x sumenye mampu....

Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummy
xsalah kalau berusaha ke arah tu kak..

Reply To This Comment