Thursday, 22 March 2012
Keywords :
hala tuju selepas SPM
,
Keputusan SPM
,
SPM
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. Pasti usaha gigih berbaloi apabila mendapat keputusan cemerlang dan yang paling best bila dapat banggakan ibu bapa sendiri.
Pasti ada diantara kita yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM yang diperoleh. Jangan bersedih terlalu lama. Jadikan semua ni sebagai pemangkin semangat untuk korang berjaya pada masa akan datang. Gagal pada hari ini bukan bermakna korang gagal pada masa hadapan. Teruskan berusaha ke arah kecemerlangan kerana peluang itu sentiasa terbuka jika kita sentiasa berusaha memperbaiki diri
Bagi yang mendapat keputusan kurang cemerlang dan masih berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi, korang boleh cuba ambil STPM, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI ataupun kolej-kolej swasta yang ada usahasama dengan IPTA-IPTA tempatan. Aku dulu pilih politeknik untuk sambung ke Diploma dan akhirnya berjaya ke IPTA. Sekarang dah bekerja pun.
Paling penting, jangan fikir bila kita berjaya pada hari ini kita akan berjaya pada masa akan datang seandainya kita lupa diri.
Akhir kata daripada aku, seandainya kau gagal pada hari ini, jangan marah pada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala-galanya. Sekian.



Comments (0)
Post a Comment