Tuesday, 14 February 2012
Keywords :
pengguna jalanraya
,
sikap pemandu Malaysia
Sikap pemandu Malaysia secara jujur aku katakan masih ditahap kelas bawahan. Masih ada yang mementingkan diri sendiri. Terasa ego apabila memandu kenderaan beroda empat.
Pagi tadi, aku dapat saksikan gelagat dua orang pemandu kereta yang masing-masing tidak mahu mengalah untuk memberi laluan ketika baru keluar daripada simpang. Jika diikutkan daripada undang-undang jalanraya, pemandu perempuan berbangsa( bukan Melayu) salah dari segi undang-undang. Sudah lah memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas, malah dia pula yang sibuk-sibuk mengambil gambar kereta seorang pemuda Melayu yang sememangnya berada di lorong yang betul. Mungkin dia rasa tercabar dengan gelagat pemandu lelaki tu yang sesekali me'remmm' kenderaannya di hadapannya. Aku gelak je daripada belakang bila melihat gelagat mereka.
Teringat sewaktu ambil lesen kereta dulu. Cikgu marah kalau memandu secara melulu dan tidak mengikut peraturan. Silap sikit, "haa..ni makan dia.."
Korang jangan salah tafsir pula entri aku kali ni ye. Bukan nak memburukkan mana-mana bangsa, tapi itu la pengguna jalanraya di Malaysia.



tak de tolak ansur..
sume nk mnang je..
@hana
betul tu..
eh betul tu, selalu akak antr anak pepagi, mmg pompuan ni, *walaupon akak pompuan* kalau dia nak masuk, main masuk je, pendek kata, mmg sukasuki makpak dia lah....aritu ms jem, di langgarnya side miror akak,dah la dia yg nak cilok depan akak *ni melayu bertudung* pastu buat dekkk je, akak ci*** kan aje, muahahahaha
Assalamualaikum Zalin
saya setuju sangat
banyak yg kelas bawahan
@hana
Tak kisa lelaki atau perempuan..kalau dah duduk jer atas kerusi keta..terus jadi ganas..seganasnya..
hai zalin...lma dok nmpk..ahaha
betol2..erza xpnh mmndu lg k jln rye.xde lesen gane nk mndu kn..hee