Giler betul : Upah jiran untuk hamilkan isteri

Friday, 3 February 2012
Keywords : , , , , ,

STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.
Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’

Comments (11)

Kisah manusia sekarang ini semuanya pelik-pelik belaka. Hai mintak2 lah kes2 pelik seperti ini tak berlaku di Malaysiakan zalin? Hurmm singgah petang Jumaat di sini.

Reply To This Comment

@Zaki Muhammad
Harap2 macam tu la zaki..Salam Jumaat..

Reply To This Comment

ini macam pon ada ye.

Reply To This Comment

@Syukri Kamaruddin
ada syuk..

Reply To This Comment

hahahaha.... akak ada terbaca dah ritu, siasat punye siasat, si jiran pon mandolll.... haruuuuu

Reply To This Comment

@Melati Qistyna's Mummy
kantoi perkara lain pulak kan?

Reply To This Comment

hahaha..dia juga mandul rupanya?adoii kantoi bini dia.

Reply To This Comment

Zaman skrg ni tak mustahil jd benda2 pelik mcm ni.. huhu

bw kat sini.. jmput sggh ke blog time2 free ;)

Reply To This Comment

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
kantoi bini dia..

Reply To This Comment

@Zamani
betul tu..

Reply To This Comment

tipah tertipu..

Reply To This Comment