Friday, 24 February 2012
Keywords :
background color Dreamweaver
,
tukar warna latarbelakang dreamweaver
,
Tutorial
Assalamualaikum.
Pernah guna perisian Adobe Dreamweaver? Bagi yang tak pernah, perisian ni adalah antara perisian yang popular di kalangan programmer / developer / designer untuk membuat pengaturcaraan. Aku jarang guna perisian ni sebab dah boleh taip sendiri coding kalau nak design page. Dah hari-hari bermain dengan coding. Bagi sesiapa yang dah biasa, anggaplah ini satu perkongsian berguna. Kali ni aku nak berkongsi cara untuk menukar warna latarbelakang (background color) paparan coding (code view) di dalam perisian Adobe Dreamweaver CS5. Mungkin ada di antara kita yang keletihan mata untuk melihat warna putih sepanjang tempoh menaip coding dalam perisian ni. Ada yang sampai sakit mata kerana terlalu lama melihat warna latar belakang yang cerah.
Paparan di bawah adalah paparan asal sebelum diubah.
1. Klik Edit.
2. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Klik Preferences.
3. Kemudian, klik code coloring. Pilih language yang ingin ditukar. Seperti contoh, HTML. Pilih warna yang diinginkan seperti paparan di bawah. Sekiranya selesai, klik OK.
4. Paparan di bawah adalah hasil selepas warna latar belakang ditukar.
Mudah je kan? Selamat mencuba!








Saya kena buat sistem guna dreamweaver ni utk fyp. Pening jugak nak belajar sbb takde basic. :D
@sarah mohamad
ada banyak tutorial kat web..kena rajin cari..rajin2 blaja..good luck 4 your fyp..
try2x dreamweaver tapi end-up tutup sebab surrender...xpe xpe,cuti sem nnti boleh study lgi.
@ecadwinkyasha
study2..