Wednesday, 25 January 2012
Keywords :
tutorial blog
,
tutorial tukar warna link
Assalamualaikum. Kali ni saya nak berkongsi tutorial yang sangat simple cara bagaimana hendak menukar warna link untuk blog. Caranya mudah sahaja.
1. Login ke blogger.com
2. Klik Design
3. Klik Edit HTML
4. Tekan papan kekunci Ctrl + F. Search a. Contoh seperti di gambarajah bawah.
Sebelum tu, korang tahu ke apa maksud coding yang di highlight tu? Huruf 'a' bermaksud 'anchor' di mana fungsinya adalah untuk membuat link ke dokumen lain dengan menggunakan atribut href. Seperti contoh <a href="....">Pergi ke dokumen lain</a>.
Untuk mengubah warna link, korang hanya perlu mengubah kod warna HTML sahaja. Untuk dapatkan kod warna tersebut, boleh cari di sini .
5. Copy kod warna HTML tersebut dan paste ke coding template blog korang. Seperti gambarajah di atas, paste pada #000000. Sekiranya kod warna yang korang pilih adalah F5F5F5, selepas di paste, hasilnya akan menjadi color : #F5F5F5;
6. Kemudian, cuba preview. Sekiranya telah berpuas hati, klik save template. Selesai.
Mudah je kan? Selamat mencuba.




Comments (0)
Post a Comment