Nak rokok yang mana satu?

20

Thursday, 29 December 2011
Keywords : , ,

Seseorang perokok susah nak berhenti merokok. Betul tak perokok? Bukan senang nak berhenti. Mujur aku bukan seorang perokok. Aku lihat kawan-kawan aku yang merokok ni, badan mereka cepat lesu jika tidak dapat menghisap rokok. Jom lihat gambar yang mempunyai mesej yang tersirat di bawah ni.


Tayangkanlah apa-apa ilustrasi di kotak rokok sekalipun, tiada membawa kesan kepada pemikiran perokok.  Setuju tak? Macam ilustrasi pada kotak Deng Dang ataupun Tora. Tertera ayat sebegini, "Gambar dikotak hanya ilustrasi sahaja".
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Mesej berguna disebalik cerita Tentang Dhia

23

Tuesday, 27 December 2011
Keywords : ,

Siapa yang layan cerita Tentang Dhia ni? Minggu terakhir cerita ni semakin banyak pula pergolakan yang terjadi. Sebelum cerita ni tamat, aku nak korek sedikit mesej berguna melalui pandangan aku sendiri.


Kenapa mulut Mak Zikir jahat tahap gaban?
Berdasarkan pemerhatian aku terhadap watak mak Zikir, mulut ni memang merupakan senjata yang sangat tajam. Lebih tajam daripada pedang yang tajam. Fitnah boleh memporak perandakan sesuatu hubungan terutama dalam institusi kekeluargaan. Oleh kerana itu, Allah murka terhadap orang yang suka memfitnah.

Kenapa Azmi tak dapat berkahwin dengan Dhia sedangkan mereka saling mencintai?
Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun kita sayang seseorang tu namun jika tiada jodoh, kita tak dapat bersama.

Oh no! Melly akhirnya berubah jadi baik.
Manusia sebenarnya seringkali lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya. Kita ni kebanyakannya akan sedar bila diri ditimpa kesusahan yang sangat berat untuk ditanggung. Pada masa tu, baru la kita insaf dan kesal di atas kesilapan yang telah kita lakukan.

Kenapa mak Zikir jadi busuk hati sehingga tergamak menganiaya Dhia dan keluarganya?
Kita ni kadang-kadang terlalu mengejar kebendaan dunia. Siapa yang tak mahu jadi kaya dan hidup mewah bukan? Jika nafsu mengawal diri, manusia akan sanggup buat apa sahaja asalkan apa yang dihajatkan tercapai. 

Mak Zikir bomohkan mak Dhia dan ayahnya!
Aku rasa, masyarakat Melayu kita masih lagi ada yang membuat perkara sebegitu. Hanya selesih faham, sanggup bomohkan mereka sehingga menyebabkan mangsa hidup sengsara. Janganlah kita buat perkara sebegitu kerana perkara sebegitu menyesatkan kita.

Banyak betul mesej dalam cerita Tentang Dhia ni. Hati wanita manakah yang mampu menahan duka tatkala diri dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?. Apa pula pengajaran yang korang dapat setelah menonton cerita ni? Mana yang baik dijadikan teladan. Mana yang tak baik tu dijadikan sempadan dan pengajaran.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Penangan awek cun

5

Monday, 26 December 2011
Keywords : ,

Nak kata kelakar ada juga. Nak kata kesian pun ada jugak. Haih..Nak kata bangang pun ada jugak. Tapi sedih la bila melibatkan orang lain yang tak bersalah. Jom lihat video bawah ni.



Apa korang rasa? READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Gambar jangkaan masa akan datang jika hidup 24 jam bersama komputer

14

Friday, 23 December 2011
Keywords : ,

Satu contoh yang mungkin akan berlaku jika kita terlalu lama menghadap komputer setiap hari tanpa melakukan aktiviti-aktiviti lain. Perkara sebegini biasanya berlaku kepada programmer. Khusyuk sangat taip coding, sampai lupa perut semakin ke depan.


Oleh itu, jangan terlalu khusyuk menghadap komputer ataupun laptop. Lakukan juga aktiviti-aktiviti lain. Jangan lupa beriadah.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kepala batu

6

Thursday, 22 December 2011
Keywords : , , ,

Kadang-kadang bila kita berpangkat, kita ada sedikit ego terhadap orang lain terutamanya kepada orang bawahan. Kita nak orang hormat kita. Walaupun tak semua macam tu, tapi masih yang ada sebegitu.


Kita ni umpama zarah-zarah kecil je. Tak perlu la kita terlalu bangga, bermegah dengan title yang kita ada di dunia ni. Bila mata terpejam selama-lamanya, kain putih juga yang membalut jasad kaku kita.

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Contoh pengulas sukan yang buat penonton hilang stres

6

Wednesday, 21 December 2011
Keywords : , ,

Pengulas sukan yang kelakar boleh menceriakan lagi suasana perlawanan bola sepak yang ditonton secara langsung oleh orang ramai. Jom saksikan video di bawah ni. Serius seronok.



Kredit to bro Imran di atas perkongsian video ni. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Antara printer Canon dan HP yang mana jadi pilihan?

20

Monday, 19 December 2011
Keywords : , ,

Mungkinkah ni satu kebetulan? Hari ni aku dapat dua pertanyaan daripada sahabat aku. Mereka tanya kepada aku berkaitan printer (pencetak).

Sahabat pertama: "Bro Z, katrij Canon 810 n 811 berapa harga?"

Sahabat kedua : "Bro Z, aku nak beli printer la. Mana yang terbaik?"

Untuk menjawab soalan sahabat pertama, harga katrij printer Canon mahal. Rasa macam tak berbaloi jika nak beli katrij printer Canon ni. Lebih baik beli printer baru kerana harga katrij dah nak sama mahal dengan printer baru.

Bagi menjawab soalan sahabat kedua, aku cadangkan beli printer HP. Dari segi kualiti cetakan dan prestasi printer, memang lebih kurang sama dengan printer Canon. Harganya pun memang berpatutan. Apa yang penting, kos penyelenggaran printer HP lebih murah berbanding printer Canon.

Korang pula, ada cadangan lain? Kongsikan di sini ye.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

I love you

13

Saturday, 17 December 2011
Keywords : , , , ,




Hargailah setiap pertemuan. Usah dipersia apa yang dimiliki.

No Women No Cry

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kenapa blog mereka cantik blog aku tidak?

18

Friday, 16 December 2011
Keywords : , , ,

Siapa pernah rasa blog mereka tak cantik seperti blog orang lain? Hari ni aku kongsikan sedikit tips untuk mengupas permasalahan yang dialami oleh segelintir blogger. Serius, bila kita ada sebuah blog, kita akan teruja dan ghairah untuk mencantikkan blog.

Seperti perkongsian ilmu daripada rakan-rakan blogger yang lain, pemilihan template, pemilihan widget dan susunannya memang penting dalam sesebuah blog. Bayangkan rumah kita ada pelbagai perabot cantik tapi jika kita tidak pandai menyusun atur semua perabot tersebut, rumah kita tetap akan nampak serabut dan tidak selesa. Sama juga seperti blog. Tapi itu perkara biasa yang blogger perlu tahu.

Ada satu lagi faktor yang boleh digunakan oleh blogger untuk mencantikkan blog sendiri iaitu kita kena bijak memilih warna untuk digunakan ke dalam template blog kita. Pemilihan warna yang sesuai akan menyerlahkan lagi blog kita walaupun blog kita hanya sebuah blog yang simple. Jangan terlalu banyak memilih warna untuk digunakan dalam sesuatu blog dan pilihlah warna yang boleh merehatkan mata dan minda pembaca di saat mereka membaca entri blog kita.

Rasanya, cukup perkongsian ilmu untuk kali ini. Jika ada sebarang masalah, jangan segan-segan tanya ye. Kalau nak tanya zalin pun boleh.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sahabat

24

Thursday, 15 December 2011
Keywords : , , ,





Sahabat bukan sekadar ada apabila kita senang, bukan sekadar teman berbicara, bergelak tawa dan bergurau-senda. Sahabat juga akan ada ketika kita susah. Pabila kita berada dalam kesusahan, dia tidak teragak-agak untuk membantu. Itulah sahabat sebenar.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Antara punca banjir kilat di Kuala Lumpur

6


Keywords : , ,

Tidak sampai seminggu, Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sebanyak dua kali. Fuhh..Memang menyedihkan. Kelmarin (13 Disember 2011) di Jalan Tun Razak, semalam di Pudu. Akan datang, di mana pula ye? Bila buka akaun facebook, ramai yang mengatakan masalah ni. Ada yang menyalahkan pihak yang bertanggungjawab membuka terowong SMART.

Banjir kilat di Jalan Tun Razak


Apa yang aku lihat, ada beberapa punca mengapa banjir kilat mudah berlaku.
1. Taburan hujan yang melebihi tahap biasa. Semakin banyak kuantiti hujan. (Semakin lebat)
2. Semakin kurang kawasan tadahan hujan.
3. Pembangunan yang terlalu padat di kawasan bandar.
4. Masih banyak lagi sampah sarap di sungai-sungai dan di longkang-longkang sekitar Kuala Lumpur.

Masyarakat Malaysia hanya prihatin persekitaran di darat, lalu mengabaikan persekitaran yang lain seperti contoh di sungai, longkang-longkang ataupun terusan. Setuju atau tidak?
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Contoh 5 design blog yang terbaek

12

Wednesday, 14 December 2011
Keywords : , ,

Blog-blog yang menjadi pilihan aku ni sentiasa membuat aku teruja dan rasa macam nak bagi penumpuk pada skrin laptop aku kerana aku rasa design blog ni semua sangat menarik.

Tangga ke-5

Tangga ke-4

Tangga ke-3

Tangga ke-2

Tangga Pertama

Kesemua blog ni memang ternyata menarik, kemas dan sememangnya telah popular di Malaysia. Walaupun aku tak mengenali depa semua ni, tapi blog mereka selalu je aku terjah. Kadang-kadang blog-blog ni menjadi pencetus idea untuk aku design blog onceitalk.com. Sambil membaca, sambil melihat, curi la ilmu sikit. Terbaek be..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tempat mengadu zaman moden

10

Tuesday, 13 December 2011
Keywords : ,


Selain daripada facebook, Twitter antara salah satu laman sosial yang semakin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila smartphone yang semakin laris dipasaran sekarang ni. Boleh dikatakan, twitter adalah laman sosial yang mesra pengguna kerana ianya memang mudah digunakan.

Dan kerana itulah, pengguna twitter bebas mengadu secara maya apa yang mereka sedang rasa, fikir dan pendam. Tempat luahkan perasaan yang semakin popular di hati masyarakat Malaysia mahupun dunia. Dan tak terkecuali, twitter juga menjadi medan peperangan phycology kerana ianya juga dijadikan tempat untuk memaki hamun yang semakin mendapat perhatian (Berdasarkan pemerhatian).

Aku cadangkan, kaunselor memiliki akaun twitter kerana senang nak berkomunikasi dengan client. Kadang-kadang manusia malu untuk meluahkan perasaan secara berdepan dan lebih selesa meluahkannya secara maya.

Oleh itu, gunakan twitter dengan baik dan berhemah kerana teknologi sebenarnya dibangunkan kerana ingin memudahkan kehidupan manusia tetapi malangnya manusia menyalahgunakan teknologi yang dibangunkan dan sama-samalah kita merasai evolusi peradaban manusia.

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cara kaburkan gambar dalam blog

11

Thursday, 8 December 2011
Keywords : , , ,

Jom belajar cara kaburkan gambar semasa mouse pointer dihalakan ke gambar.

Langkah-langkah untuk kaburkan gambar semasa mouse pointer dihalakan ke gambar

1. Login ke blogger.com > Design > Edit HTML .
2. Tekan kekunci Ctrl dan F  pada keyboard untuk buka find bar. 
3. Taipkan a img pada ruangan find bar tu. Jumpa tak a img?
4. Copy coding di bawah dan paste ke coding a img.

a img{
       opacity: 1;
}
a img:hover{
       opacity: 0.6;
}

5. Klik Save Template. Selesai. Mudah je.

Hasilnya nanti, lebih kurang gambar di bawah ni.



* Perigatan: opacity tu, semakin kecil nilainya (berhampiran 0), semakin kabur gambar.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Thank you sir

6

Wednesday, 7 December 2011
Keywords : , , , ,

Jika diberi pilihan antara kenderaan sendiri ataupun pengangkutan awam, yang mana akan aku gunakan? Sudah tentu aku pilih kenderaan sendiri sebab lebih selesa dan mudah untuk aku ke sana ke mari. Tapi hari ni aku terpaksa gunakan pengangkutan awam sebab rindu nak naik bas dan LRT.

Jarum jam tepat pukul 4.30 petang. Namun, LRT tak muncul-muncul. Makin lama menunggu, makin ramai yang datang. Dalam fikiran aku cuma satu, "sudah..ramai la pulak..confirm berhimpit-himpit ni kang.."

Sabar itu separuh daripada iman. Tak lama lepas tu, datanglah LRT yang aku tunggu-tunggu. Aku melangkah masuk ke LRT dan mujur, ada dua tempat duduk kosong.

"Aahhh..cantik..tempat kita ni bro.." ujar aku pada bro zack.

Aku pun duduk. Legakan sedikit kaki yang lenguh berjalan. Satu stesen ke satu stesen LRT berhenti. Sampailah satu stesen ni, datang 4 orang pelancong perempuan tua ke dalam LRT. Mereka mencari-cari tempat duduk. Berhampiran tempat duduk aku, ada 2 tempat kosong. Dua orang pelancong tu tak dapat duduk.

Aku kasihan melihat perempuan tua tu. Lantas aku dan bro zack bangun dari tempat duduk dan berikan mereka berdua duduk.

"Thank you sir.." salah seorang pelancong tu berkata dan mengukir senyuman.
"You're welcome.." ujar aku selepas tu.

Maka selepas tu, aku pun berdiri selama hampir 15 minit di dalam LRT. Bagi aku, itu perkara kecil. Bukan nak membangga diri. Aku harap, mereka akan bawa berita baik ke negara mereka.

"Malaysian people is good"
"Islam is not terrorist.."

 Itu harapan aku.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sikap bermegah akhirnya memalukan diri. Eksen tak bertempat

13

Monday, 5 December 2011
Keywords : ,

Kadang-kadang, kita ni bermegah dengan apa yang kita ada. Ada yang suka nak menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita ada. Maka, tergolonglah kita di dalam golongan orang yang bangga diri tak tentu pasal kerana tak sedau hidup dalam dunia ni sementara je.

Pagi tadi, sewaktu aku nak ke tempat kerja, sewaktu di lampu isyarat berlaku la satu peristiwa yang aku boleh kategorikan sebagai peristiwa yang serius bodoh. Siapa yang tak tahu bahawa isyarat berwarna merah tanda berhenti? Ya, ada yang masih tak tahu sebenarnya.

Ada la sebuah kereta Suzuki Swift yang dipandu oleh pemuda ni seolah-olah tidak sabar untuk masuk ke simpang. Darah muda kot. Pedal minyak ditekan-tekan lalu mengeluarkan bunyi deruman enjin standard. Sekali sekala gayanya seperti ingin memecut laju.

Entah macam mana bodoh pemuda tu, dia pun memecut laju untuk masuk ke simpang tapi tak berjaya kerana ada kereta tak sempat mengelak dan terus langgar kereta Suzuki Swift tu. Pemuda yang eksen tu terus memecut laju sebab gabra.

"Haha..aku dah agak dah memang kereta ni bertembung dengan kereta lain. Bodoh.." aku cakap dalam hati.

"Ayo macha..memalukan gua aja.." mungkin itu yang diucapkan oleh seorang lelaki dihadapan aku.

Dan mungkin mangsa kejadian memaki hamun dari dalam kereta. Aku kelakar melihat ragam pengguna jalan raya. Apa yang nak dikejarkan sangat? Kalau lampu isyarat merah, tunggu jela sampai warna hijau. Itu kan perkara mudah. Buat apa nak kejar traffic jam kat depan tu?

Pengajaran yang aku dapat dari peristiwa tu adalah "Janganlah kita bermegah dengan apa yang kita ada dihadapan orang lain. Kelak malu sendiri.."

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa pemandu kereta / bas perlu tahu mengenai penunggang motorsikal ketika hujan

14

Friday, 2 December 2011
Keywords : , , , ,

Sejak kebelakangan ni, cuaca tak menentu. Pagi cerah, petang pula hujan sampai ke malam. Hujan yang sangat-sangat lebat sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku. Itu antara kesan pembangunan yang terlalu pesat di negara kita. Sekarang mudah sangat berlaku banjir. Betul tak?

Aku nak share dengan korang ni. Waktu hujan memang menjadi masalah kepada penunggang motorsikal. Selain daripada kebasahan hujan, penunggang motosikal juga terdedah kepada kemalangan jalan raya kerana jarak penglihatan terhad oleh pengguna jalan raya yang lain ketika hujan. Jadi, tidak hairanlah jika hujan, penunggang motorsikal akan menyalakan lampu signal kiri ataupun kanan sewaktu menunggang motorsikal.

Kenapa mereka berbuat begitu? Ini kerana, penunggang motorsikal ingin mengingatkan pengguna jalan raya terutama pemandu kereta, lori ataupun bas tentang kewujudan mereka di tengah jalan raya. Jadi, pengguna jalan raya yang lain dapat mengetahui adanya motorsikal di hadapan mereka. Secara tidak langsung dapat mengelakkan kecelakaan jalan raya.

Jika pemandu kereta berdepan situasi sebegini, janganlah memaki penunggang motorsikal tu dek kerana tidak membelok ke kiri ataupun ke kanan setelah melihat lampu signal motorsikal dinyalakan.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Perisian yang superb best untuk kembalikan partition hard disk yang musnah

2


Keywords : , ,

Pernah tak korang mengalami situasi di mana partition hard disk komputer korang musnah atau lebih mudah disebut 'corrupt'? Apa perasaan korang bila mengalami situasi sebegitu? Senyum lebar ataupun tension?

Kini korang boleh tersenyum lebar sekiranya berhadapan situasi sebegitu kerana partition hard disk korang boleh dikembalikan dengan menggunakan perisian EaseUs Partition Recovery. Mungkin ada diantara korang telah mengenali perisian ni sebelum ni. Perisian ni memang sangat mudah untuk digunakan dan aku boleh katakan perisian ni memang mesra pengguna.

Jom lihat beberapa screenshot berkaitan perisian di bawah ni.

Komputer mengesan kapasiti keseluruhan hard disk komputer

Mulakan pencarian partition yang hilang

Perisian akan memaparkan partition yang telah musnah.

Bilangan partition yang berjaya dikesan oleh perisian ni.

Kalau korang perasan, perisian ni dapat mengesan partition yang telah musnah sebelum ni seperti gambar ketiga yang dipaparkan di atas. Sekiranya korang ingin kembalikan partition tersebut kepada keadaan asal, korang perlu klik checkbox yang disediakan dan sekiranya sektor partition tersebut digunakan, partition yang sedia ada akan dipadam.

Secara keseluruhan, aku sangat suka guna perisian ni kerana memang sangat-sangat membantu aku. So, kalau korang rasa nak cuba guna perisian ni, link bawah ni untuk download secara percuma.

Download free EaseUs Partition Recovery READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.