Mula yakin kepada lelong.com.my

10

Wednesday, 30 November 2011
Keywords : , ,

Siapa yang tidak pernah membuat pembelian secara online di lelong? Aku dah lama dengar kewujudan website ni sejak aku dibangku sekolah. Waktu dulu, ada juga khabar angin yang mengatakan lelong ni tipu orang? Aku iyakan saja waktu tu.

Hari berganti-hari, tahun berganti tahun. Ceh! dah berpuitis pulak. Bila usia dah meningkat dewasa, baru la aku beranikan diri untuk guna perkhidmatan yang disediakan di website lelong. Setelah berkenan di mata, buat kali pertama aku cuba beli jam tangan berjenama Hugo Boss.


Perkhidmatan pembelian barangan secara online ni memang berisiko kerana mudah ditipu. Namun, aku cuba yakinkan diri untuk membeli secara online. Bidaan yang aku buat membuahkan hasil. Lesap RM60 daripada akaun maybank aku gara-gara nak bayar duit jam ni. Memang terbaik perkhidmatan daripada lelong. Aku hanya menunggu selama 2 hari sebelum jam tangan ni sampai ke rumah. Penghantaran dibuat menggunakan pos laju.

Akhir kata, serba sedikit dapat la juga mengurangkan keraguan aku untuk berbelanja secara online. Diharap perkhidmatan sebegini bertambah selamat dan telus. Chow..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sesat di kubur kerana niat tidak baik

6

Tuesday, 29 November 2011
Keywords : , , ,

"Sesat jalan tak mau bertanya.."

Tak salah kalau aku katakan masyarakat Melayu masih ramai yang mengamalkan kegiatan khurafat. Betul tak? Ketagihan nombor ekor secara tidak langsung boleh memesongkan akidah umat Islam. Kenapa aku cakap macam tu? Jom sama-sama kita baca artikel di bawah ni.

*****

KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.

Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

Sumber: Harian Metro

Janganlah kita terlalu taksub untuk menjadi kaya dengan jalan mudah. Jauhkan diri daripada menjalankan perkara khurafat. Minta diri aku ni dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini. Serammm meyhh!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sokongan berterusan kepada skuad Harimau Muda

3

Monday, 28 November 2011
Keywords : , , ,

Siapa semalam (27 November 2011) tak menonton perlawanan Malaysia menentang Bahrain? Serius rugi siapa yang tak tonton aksi pemain Malaysia. Dalam perlawanan penting bagi mencari kemenangan pertama kelayan Olimpik London, skuad Harimau Muda negara mendahului Bahrain 2 gol sebelum pasukan Bahrain berjaya menyumbat 3 gol berharga untuk pasukan mereka.

Sebagai penyokong skuad Harimau Muda, aku sendiri kecewa dengan kekalahan menentang Bahrain kerana kita telah mendahului dengan bergaya pada 60 minit perlawanan. Namun begitu, aku tetap berbangga dengan kemajuan bola sepak negara. Nampak lebih matang dalam mengatur serangan.


Jaringan tercantik yang dihasilkan oleh Nazmi Faiz Mansor yang berusia 17 tahun.

Keputusan Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Sepanjang aku melihat aksi pemain skuad Harimau Muda di kaca televisyen, ada sedikit kekurangan pada skuad negara. Pasukan kita kuat, tapi mudah hilang fokus di saat-saat akhir permainan. Yang paling ketara apabila pemain mendapat bola. Mereka seolah-olah tidak merasai kehadiran pemain lawan di bahagian belakang. Mudah je pasukan lawan merampas bola.

Andai kata ada orang penting skuad Harimau Muda baca blog aku ni, di harap perkara sebegini dapat diambil perhatian. Selagi pengadil belum meniupkan wisel penamat, jangan hilang fokus. Kalau dalam EPL, 2 minit terakhir tu pun boleh dapatkan gol.

~Sekali lagi, dah macam pengulas sukan..Aummm!!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Blog kemas dan cantik

10

Friday, 25 November 2011
Keywords : , ,

Setiap orang yang membina blog menginginkan blog yang cantik dan kemas. Pasti ada yang tercari-cari template blog yang cantik-cantik untuk digunakan sebagai template blog sendiri. Blog yang kemas secara tidak langsung, ianya dapat memberi kepuasan ketika berblogging dan juga kepuasan untuk pembaca blog itu sendiri.

Namun, ada diantara kita terlalu ghairah untuk menjadikan blog mereka cantik dan sedikit demi sedikit kekemasan blog diabaikan. Terlalu banyak widget yang tidak penting digunakan di dalam blog dan susunannya pula tidak tersusun.

Aku ada terjumpa blog yang sangat huru-hara dengan widget-widget yang tidak penting digunakan dalam blog tersebut. Kita perlu tahu, semakin banyak widget yang digunakan semakin berat blog tersebut. Jangan jadikan blog korang obesiti.

Tips buat blog kemas dan cantik
1. Gunakan template yang mesra pengguna.
2. Gunakan warna latar belakang blog yang dapat memfokuskan teks entri blog.
3. Gunakan widget yang penting sahaja untuk blog. Komputer sudah ada jam dan kalendar. Jadi, tidak perlu untuk kita memasang widget jam dan kalendar di dalam blog.
4. Gunakan font (font standard) yang sesuai untuk pembaca membaca. 
5. Rujuk mana-mana tutorial berkaitan CSS. Korang akan lebih faham bagaimana menjadikan blog korang lebih kemas.

Pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Singgah lah seberapa banyak blog yang ada dan belajarlah sesuatu daripada blog-blog tersebut untuk menjadikan blog kita kemas dan cantik tetapi jangan abaikan kandungan blog.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Harimau Muda semakin mengganas di arena bola sepak Asia Tenggara, tapi apa yang kurang?

16

Tuesday, 22 November 2011
Keywords : ,

Tahun 2011 adalah tahun bermakna kepada skuad bola sepak negara kerana telah berjaya mengekalkan emas dalam sukan bola sepak di Sukan Sea 2011 di Indonesia. Stadium Gelora Bung Karno saksi kepada kemenangan skuad Harimau Muda yang turut disaksikan oleh lebih 100 ribu penyokong Indonesia. Malaysia menang 4-3 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 dengan Indonesia.

Tahniah aku ucapkan kepada skuad Harimau Muda kerana telah berjaya mengharumkan nama negara dan secara tidak langsung telah mematikan tomahan penyokong fanatik Indonesia yang terlalu ego bila berada di tempat sendiri. Secara peribadi aku bangga melihat semangat juang yang dipamerkan oleh skuad Harimau Muda Malaysia. Memang ada peningkatan dari segi permainan setiap anak didik Ong Kim Swee.

Sepanjang temasya Sukan Sea 2011 ni, aku lihat skuad Harimau Muda kurang dari segi penyudah (finishing). Andai kata para pemain kita memiliki penyudah yang baik, aku percaya Malaysia akan terus digeruni oleh pasukan lawan di Asia Tenggara mahupun di Asia. Siapa yang tahu kan?

Akhir kata, semoga pasukan bola sepak negara akan terus maju dari tahun ke tahun. Biar sampai Malaysia melangkah ke World cup! Tidak mustahil semua tu. Malaysia boleh!!!!



~dah macam pengulas sukan.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Pengubahsuaian sidebar blog onceitalk.com

2

Friday, 18 November 2011
Keywords : ,

Aku suka blog yang kemas sebab rasa selesa bila nak membaca penulisan blogger. Sehubungan itu, aku mohon maaf kepada korang semua yang tercari-cari di mana ruangan sembang blog ni. Aku telah buat pengubahsuaian sidebar blog onceitalk. Harap-harap rupa sidebar yang baru ni boleh diterima semua. Happy blogging.


S: Apa yang berlaku apabila ikon di klik?
J: Sidebar akan toggle (terbuka ke bawah).

S: Apa akan berlaku apabila ikon yang sama di klik sekali lagi?
J: Sidebar akan di sorok (hidden).

Kalau dah klik ikon-ikon tu, klik la like fan page onceitalk sekali. hihi. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Pendidikan hari ni dari kaca mata aku.

10

Thursday, 17 November 2011
Keywords : , ,

Semua kita nak berjaya dalam pelajaran. Semua nak dapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sudah menjadi satu trend, pergi ke sekolah ataupun Universiti adalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang walau apa pun caranya. Ilmu yang dituntut adalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi memastikan diri laku bila berada di dunia luar sana.

Aku sempat berborak dengan rakan sekerja aku yang merupakan salah seorang pelajar matrikulasi penghujung 90-an. Dia kata, buang masa masuk matrikulasi. Dah sah-sah pelajar-pelajar ni pandai, kenapa tak masuk terus ke Universiti? Itu berdasarkan pengalamannya. Ada betul juga katanya.

Sekarang ni, ramai siswazah yang menganggur. Aku pernah juga rasa pengalaman menganggur, tapi hanya 2 minggu. Alhamdulillah. Sebagai anak yang dah berjaya ke menara gading, agak tertekan bila tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Memang dalam dilema.

Bila mengadu kepada pihak yang berwajib, alasan yang diterima senang saja. Siswazah jangan memilih kerja. Kalau itu alasannya, mengapa tidak semua IPTA / IPTS menawarkan hanya kursus keusahawanan? So, siswazah yang dilahirkan dapat jalankan bisnesnya sendiri dengan pengalaman selama 4 tahun belajar di menara gading. Agak sedih juga bila memiliki segulung ijazah tetapi bekerja diluar bidang yang diimpikan. Ataupun, adakah kami salah memilih jurusan?

Pada pandangan aku, kan lebih baik IPTA dan IPTS dikhususkan hanya satu bidang sahaja untuk IPTA tersebut. Universiti ni, khas untuk kejuruteraan. Universiti ni pula khas untuk Sains Komputer dan sebagainya. Bila semua universiti menawarkan kursus yang sama, maka banyak la pula lambakan mahasiswa dan akhirnya golongan ini juga yang dipersalahkan kerana terlalu memilih kerja.

Kalau dulu-dulu, sesiapa yang berjaya ke menara gading, keluarga buat kenduri kesyukuran satu kampung. Tapi sekarang, itu semua perkara biasa. Pendidikan diperingkat tinggi sekarang ni seolah-olah sudah menjadi satu bisnes.

p/s: Tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011.


READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Gambar cubaan mencuri motorsikal.

6

Wednesday, 16 November 2011
Keywords : ,

Kejadian ni berlaku pada diri aku sendiri di mana motorsikal aku telah dicuba untuk dicuri oleh seseorang. Dah tengok dari CCTV, tapi tak dapat nak assume pulak bangsa apa yang buat kerja jahat ni.


Seorang lelaki tak dikenali datang menghampiri motorsikal aku.



Tengah khusyuk buat dajal.


Cover line sikit.


Tak berjaya nak mencuri.


Bangsa apa ni? Rasa nak belasah cukup-cukup.


Dia berpatah balik. Sedih la tu tak dapat curi.


Anjing ni saksi kejadian. Sampai sekarang aku tak jumpa anjing ni. Anjing yang nak mencuri tu pun aku tak jumpa lagi kat sini.


Menurut pemerhatian aku, lelaki tu cuba membuka box motorsikal aku. Namun tak berjaya. Kalau dia berjaya buka pun, ada sepasang stokin busuk, payung dan helmet RM30 je. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Blog zalinstory.

6

Tuesday, 15 November 2011
Keywords :

Assalamualaikum pembaca semua. Sebenarnya, aku ada satu lagi blog. Blog kedua ni wujud kerana aku nak lebih bebas menulis. Bahasa dalam blog ni agak kesat sikit. Mohon maaf kepada golongan yang lebih berusia daripada aku. Harap pembaca dapat menerima cara penulisan aku dalam blog tersebut.

Klik banner bawah ni untuk ke blog zalinstory.

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Re-post : Cahaya

4


Keywords : ,

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam..Dalam sebuah rumah, tinggal seorang ibu dan dua orang anaknya yang masih bersekolah rendah.


Angah : mak..cepat la ajar angah mengaji.

Mak : sabar ngah..mak nak sediakan makanan abah dulu ni..Adik!!! ikut angah ngaji!

Adik : alaaa..malas la mak.

Mak : Adik..janganlah malas-malas..ngaji tu kan penting..kalau adik tak mahu mengaji masa kecil ni, nanti dah besar malu kalau tak tahu mengaji..adik tak malu?

Angah : A'ah adik..jom la mengaji sama-sama ngan angah ni..kang boleh kita sambung tengok TB..

Adik : xmau!!! x mau!!!! xmau!!!! 

Si adik hampir menangis..mak sedaya upaya memujuk adik supaya mengaji..tetapi adik tetap berdegil. Tetap tidak mahu mengaji..Leka dengan televisyen.

Mak : Adik..jomla mengaji..jom mak ajar adik..mak boleh ajar adik ni..esok lusa x tahu boleh ajar adik atau tak..jom la dik..nanti mak belikan jajan nak?

Adik : xmau!!! adik nak tengok TB..cite ni best!!!...

Puas mak memujuk adik tetapi dia tetap berdegil. Tiba-tiba...tupp!! Suasana menjadi gelap gelita..sunyi sepi..Adik terus berlari ke arah mak dan terus memeluk mak.

Mak : Adik takut ye...? Kenapa adik takut...?

Adik : A'ah..adik takut..gelap...huuuu...

Mak : Adik..cahaya penting dalam kehidupan kita..tanpa cahaya, terbatas pergerakan kita..adik patut bersyukur kerna adik dikurniakan cukup sifat..ada tangan,kaki,mata,telinga..cuba bayangkan mereka yang cacat penglihatan..Mereka tidak dapat melihat apa yang kita dapat lihat walaupun ada cahaya disekeliling mereka..Adik bersyukur tak dilahirkan sempurna?

Adik : Adik bersyukur la..

Mak : Haaa..kalau adik tak mahu mengaji, sama la macam adik hidup dalam kegelapan..Sebagai umat Islam, kita patut membaca Al-Quran..Al-Quran menjadi panduan untuk kita, adik..adik faham? Adik nak hidup adik bila dah tua nanti gelap macam ni?

Adik : Tak nak mak..

Mak : Kalau tak nak, jangan malas mengaji ye..Terangi diri adik dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran..Moga anak mak ni dapat hidup tenang, senang, sejahtera pd masa sekarang dan masa hadapan nanti.

*****

Mak : Adik..Adik?....Laaa..dah tido rupanya..bertuah punya anak..Takpe2..penat ye anak mak ni..Moga anak mak ni diberi cahaya..Nur oleh-Nya...amin...

*TB = Televisyen 
Mengaji = Membaca
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tahap sentimental kebanyakan manusia.

15

Wednesday, 2 November 2011
Keywords :

Bila tiada, lahirlah perasaan sayang yang dulunya tak diberi.


Sekadar meluahkan rasa hati. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.