Di sini aku ingin kongsikan sedikit tips keselamatan yang berguna untuk dipraktikkan. Kadang-kadang kita lupa akan keselamatan diri dan barang berharga kita ketika asyik mengejar masa.
1. Elakkan berasak-asak ketika masuk dan keluar train.
2. Elakkan menunjukkan barang kemas, dompet ataupun telefon bimbit ketika menunggu train ataupun ketika di dalam train.
3. Perhatikan keadaan sekeliling ketika keluar masuk train.
4. Periksa terlebih dahulu diri sebelum keluar daripada train.
5. Simpan barang berharga ditempat yang sukar untuk pencuri atau penyeluk saku melakukan kegiatan jenayah mereka.
Kawan aku baru saja kehilangan telefon bimbit ketika ingin masuk ke dalam train. Selain dia, ada lagi pengguna transit tersebut ditimpa musibah yang sama. Apa yang dia mampu buat hanyalah menjerit "My phone!! My phone!!"
Pada pandangan aku, pihak bertanggungjawab perlu menghadkan jumlah penumpang pada satu-satu masa bagi mengelakkan masalah kecurian ni daripada terus berlaku. Cuba pantau keadaan di tempat menunggu.
Baiklah. Diharap tips di atas dapat membantu serba sedikit mengelakkan kejadian sama yang menimpa kawan aku berlaku pada diri kita semua.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Pengangkutan awam di negara ni masih lagi tak memuaskan hati aku. Dari segi keselamatan pengangkutan awam itu sendiri, tiada masalah. Dah ok dah. Cuma keselesaan tu tiada. Servis yang diberi pada pelanggan pun kurang memuaskan hati aku terutama bila nak naik bas ekspres.
Pada tiket yang dibeli sudah tertera perjalanan bermula pada pukul 9.00 pagi tapi atas dasar untuk mengaut keuntungan semata-mata, perjalanan terpaksa ditunda sehingga pukul 10.pagi semata-mata untuk memenuhkan bas tersebut. Bazir masa aku je!
Sewaktu aku guna LRT semalam, ada perubahan yang aku dah nampak. Makin baik servis yang diberi kepada pelanggan. Train pun dah makin kerap beroperasi. Jimat sikit masa aku. Tapi yang menyedihkan bila naik KTM Komuter, punya la ramai manusia berasak-asak nak masuk train. Berhimpit-himpit. Kalau boleh la, harap ada polis bantuan ke yang tolong jaga masa penumpang nak masuk ke dalam gerabak tu. So, tiada la nampak kelam kabut sangat.
Selain itu,gerabak khas untuk wanita telah disediakan tapi masih ada yang tak mahu guna. Nanti kena raba padan muka. Dah macam sardin pulak dalam KTM komuter tu dengan bau ketiak semua penumpang. Keselesaan tu dah tiada. Harap pihak berwajib ambil tindakan agar Malaysia ni nampak maju dari segi pembangunan. Mentaliti rakyat juga kena sama-sama membangun.
Sekian.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Bagaimana cara untuk buat curve (lengkung) pada bahagian bucu menu bar? Aku akan tunjukkan caranya. Contoh menu bar yang telah di curve adalah seperti di bawah ni.
Langkah-langkah untuk pengguna blogspot buat menu bar jadi curve di bahagian bucu adalah seperti bawah ni.
Langkah-langkah
Perhatian: Buat backup coding menu bar yang asal terlebih dahulu.
1. Korang boleh cuba CSS border radius untuk generate lengkung yang diingini. Perisian ini akan generate coding curve tersebut.
2. Copy code tersebut.
3. Login akaun blog korang.
4. Setelah login, klik Design -> Edit HTML. Selepas tu, tekan Ctrl + F dan cari coding menu bar korang.
5. Paste coding tersebut pada ruangan coding menu bar korang. Contoh seperti gambar di bawah.
Gambar di atas adalah contoh coding menu bar. Lain template, mungkin lain codingnya. Ianya akan menjadi mudah jika korang semua tahu konsep CSS (Cascading Style Sheet).
6. Setelah selesai, klik Save Template.
7. Selesai. Lihat perubahan menu bar blog korang.
Untuk pengetahuan korang, bukan setakat menu bar sahaja yang boleh di curve, malah bahagian lain juga boleh di curve mengikut kreativiti korang semua.
Selamat mencuba!
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Suasana dalam pejabat aku hari ni gempar sejam. Seorang pelanggan telah bertindak berani mencuri smart phone Samsung Galaxy S2 dalam pejabat. Tingkah laku pelanggan tersebut tu mudah dihidu kerana pejabat ni diawasi oleh sejumlah CCTV.
Melihat kepada kejadian tersebut, aku berkata dalam hati.
"Apa ke bangangnya dia ni. Tak nampak CCTV terpasang cantik di dinding tu ke? "
Mangsa kejadian dah menyumpah-nyumpah je tadi. Terang-terang smart phonenya dicuri. Aksi pelanggan tersebut disaksikan sendiri oleh rakannya yang baru saja datang ke pejabat aku untuk membeli barangan komputer.
Seraya rakannya berkata.
"This is s*** man.. I am ashamed. This man is a bad person."
Itu la yang kedengaran sebenarnya. Kekecohan mula bermula. Masing-masing berlumba-lumba untuk berkata-kata dan menyumpah seranah dalam bahasa masing-masing.
Dari mangsa kepada rakan pencuri.
"Tell him. If he does not return my handphone , i will call the police!"
Dari rakan pencuri kepada mangsa.
"Take it easy man..
Dari mangsa kepada rakan pencuri.
"Take my phone is easy, but if i call the police, it is not easy anymore. I will give him 30 minutes to send back my handphone!"
Ugutan membina daripada mangsa berjaya membuatkan hati pencuri untuk memulangkan kembali smart phone tersebut. Namun, pencuri tersebut tak berani tunjukkan batang hidung sebaliknya abangnya yang pulangkan dengan rasa malu.
Situasi di atas membuatkan aku terus memandang serong terhadap bangsa asing. Walaupun negara ni aman, tapi jangan disangka anda semua bebas untuk melakukan jenayah. Jenayah membawa padah!
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
"Nuffnang ni betul ke bayar duit pada blogger?" Itu persoalan yang wujud dalam benak fikiran aku sewaktu baru nak blogging dulu. Sekarang tidak lagi.
Perkara biasa la ni. Kalau tak blogging, tak dapat la merasa macam ni. Selalu duk dengar dengan blogging boleh buat duit. Secara jujurnya, memang boleh pun. Kena bijak mengambil peluang. Hari ni buffered earning masuk 4 sekaligus! Thank you nuffnang. Tak sia-sia setia pada nuffnang!
Harap-harap rezeki lepas ni akan lebih murah. Amin..
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Imbau kembali era 90-an. Ini antara anime yang menjadi kegilaan kanak-kanak waktu tu. Tentu korang pernah lalui kenangan ni kan? Ingat lagi watak Goku, Bezita, Gohan, Piko, Bulma atau Majinboo? Dari anime sehingga la ke komik. Memang top la Dragon Ball Z ni. Ada sesiapa yang tak tengok lagi?
Aku still ingat anime ni selalu disiarkan dalam TV3 setiap Ahad jam 10 pagi. Layankan sikit..
Aku tak jumpa video versi Melayu. Nostalgia ni..Kame Ha Me Ha!!
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Tak payah tunggu Hari Ibu untuk wish "I Love you mum!!" . Sebaliknya, sayangilah ibu sepanjang masa. Ucapkan kata sayang padanya setiap hari. Tiap-tiap hari ibu senyum, makin muda jadinya.
Tak payah tunggu Hari Kemerdekaan untuk membangkitkan semangat kebangsaan yang meluap-luap. Sebaliknya, tanamkan semangat kebangsaan tu sepanjang masa agar kehidupan kita semua bertambah harmoni.
Tak payah tunggu Hari Kekasih. Semua tu karut belaka.
Kalau nak ditaip, mungkin entri ini akan jadi panjang berjela. Akhir sekali, tak payah tunggu di garisan penamat untuk berikan sorakan kepada mereka yang berusaha memajukan diri setapak ke hadapan. ^ ^
Selamat Maju Jaya!
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Citer semalam. Masa keluar makan dengan member aku kat Sup Berapi Sungai Besi, aku ditanya satu soalan oleh kawan aku.
"Li, kau kalau tengok perempuan, kau akan tengok mana dulu?"
Aku hanya jawab.."Kalau kau, kau tengok mana dulu?"
Lantas dia menjawab. "Kalau aku, aku tengok dada dia dulu."
Aku senyum jela. Rasanya, kebanyakan lelaki akan tengok dada perempuan dulu baru tengok benda lain. So, faham-faham jela. Cara pemakaian semua ditangan anda semua. Lelaki suka melihat yang indah-indah pada diri seorang perempuan. Alangkah indahnya jika kecantikan itu dilihatkan pada yang berhak melihatnya. Faham dak? ^^
Tak percaya? Perhatikan...
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Teringat pula zaman kanak-kanak dulu. Ini antara anime yang top masa dulu-dulu. Dash Yonkuro! Siapa yang tak tengok? Tak tengok confirm rugi. Jom layan sikit anime ni.
Dari anime, sehingga la kereta mainan. Semuanya menjadi kegilaan kanak-kanak waktu tu. Jenama seperti TAMIYA , AULDEY mesti diingatan ketika tu.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Permainan hot kanak-kanak pada zaman 90-an. Aku masih ingat digimon pertama yang aku miliki masa aku darjah 4. Waktu tu tahun 1997. Kalau tak silap aku la. Memang famous permainan ni dulu. Siapa ada simpan lagi digimon? Jom battle! Ada bran?
Video lain..
Agumon! Macam-macam binatang boleh bela! Masing-masing ada kuasa sendiri. Best woo..
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Suasana UPM sekarang ni dah makin meriah. Tak macam 3 bulan lepas. Haha. Selamat kembali ke UPM buat pelajar lama dan selamat datang kepada pelajar baharu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin! Yang penting, jujur pada ilmu dan ingat, belajar bukan sekadar untuk lepas exam.
Kepada pelajar –pelajar di IPTA yang lain, selamat belajar. Impian aku masa kecik-kecik dulu dah tercapai. Tunggu masa je nak ditabalkan. Alhamdulillah.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motorsikal.
Setiap kali perayaan, akan ada kenyataan yang menyatakan bahawa penunggang motosikal adalah golongan yang paling tinggi terbabit dalam kemalangan jalan raya. Itu kenyataannya. Aku pun dah naik bosan bila setiap kali tengok berita, itu la isunya. Kempen demi kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Ini menunjukkan pihak kerajaan begitu proaktif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan. Lorong motorsikal pun dah dibina. Namun, benda yang sama tetap juga berlaku.
Ada yang kata, "Haramkan pengguna motorsikal dijalan raya!"
Kalau benda ni jadi, confirm tak ada kemalangan yang melibatkan pengguna motorsikal. Tapi aku tak setuju. Susah bagi orang yang hanya ada motor sebagai kenderaan. Takkan nak guna basikal pulak. Nanti timbul pula isu, kes kecurian basikal semakin berleluasa!. Pengangkutan awam yang lain pun ada tapi tak seronok pula nak guna. Faham-faham jela macam mana suasana dan keadaan pengangkutan awam yang ada ni kan.
Ok, nantikan entri masalah yang tak pernah nak selesai di lain masa. Sekian.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Tergamam sat aku dipagi hari. Citer pagi tadi la ni. Nak dijadikan cerita, aku pergi ke kedai makan berhampiran dengan training centre aku. Follow big boss. Bila kaki melangkah masuk, terasa macam aura seram datang ke arah tubuh badan aku. Semua pelanggan dalam kedai makan tu tengok aku.
"Pehal pulak dorang ni tengok aku? Zip seluar aku tak di zip ke? " kata aku dalam hati.
Bila dah duduk cantik kat kerusi, datang la sorang perempuan nak mintak order. Big boss aku duk tunjuk-tunjuk menu tanpa berkata apa-apa. Bertambah la pelik dibuatnya.
Tak lama lepas tu baru la aku tahu yang pekerja kedai makan tu semuanya tidak boleh bertutur. Mereka semua berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. First time aku lalui pengalaman sebegitu. Apa yang buat aku suka adalah bila ada golongan yang prihatin dengan golongan sebegini. Sekurang-kurangnya mereka boleh berdikari dalam menempuh cabaran hidup di kota besar walaupun mereka berkelainan upaya. Tak gitu? Kita yang cukup sifat dan nikmat ni patut bersyukur.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Dah lebih kurang 8 jam berlalu (berdasarkan entri terakhir). Akhirnya muncul juga follower ke 2000 blog aku. Mintak-mintak la jangan susut lagi lepas ni.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Antara perangai aku masa baru mula-mula blogging kira-kira 2 tahun yang lepas. 2 tahun dah berlalu. Tipu kalau aku cakap aku tak mengharapkan bilangan follower. Ada la sikit rasa tu sebab bila orang follow, secara tak langsung bila depa semua tengok dekat depa punya dashboard, ada juga entri latest aku. Nak baca atau tak, peduli apa. kan?
Saper yang nak follow blog aku, klik button join this site tu cepat sikit. haha.
Ada sebab kenapa widget ni diwujudkan tapi yang baru blogging tu, jangan merayu kat blogger untuk follow blog korang sebab blogger lama tak suka. Nanti korang kena marah. haha.