Satu lagi lukisan yang aku lukis guna Adobe Photoshop. Ok x? Jenuh nak melukis guna Photoshop. Bergigil tangan.
Kenapa aku pilih gambar ni? Sebenarnya, teringin nak memiliki kereta hebat macam ni. Tapi, tak kahwin la kalau muda-muda nak guna kereta ni. Gaji pun cukup makan je. Hahaha. Downgrade ke kereta tempatan la nampaknya.
Nak tengok lukisan yang lain tak? Klik sini ataupun sini .
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Kalau diperhatikan dalam drama Melayu, part ni mesti tak boleh miss. Confirm ada la dalam drama tu. Kalau korang semua perasan la, drama Melayu mesti ada scene di meja makan. Confirm la ada scene makan-makan ni.
Cerita Mat Salleh
Yang ni mungkin semua dah tahu kot. Kalau tak ada adegan ni, bukan cerita Mat Salleh la. Adegan cium-cium mulut. Kalau tak cium mulut, tak sah depa ni semua. Sebab tu ramai yang suka tengok cerita depa. Sekarang ni pun, senang-senang je adegan seperti ni ditayangkan dalam Malaysia.
Ok, itu jela kot. Cerita drama / filem bangsa lain aku tak tengok sebab tak faham. hahaha.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Tutorial ni sangat simple untuk difahami. Ada yang tak tahu lagi cara nak tambah font baru dalam komputer untuk digunakan dalam Microsoft Word, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator? Ni cara yang paling mudah.
Apa yang perlu dibuat?
1. Download font yang diingini daripada mana-mana website yang ada font percuma.
2. Sesudah download, copy font tersebut. Contoh font yang perlu dicopy (ANAGRAM.TTF).
3. Klik My computer -> klik drive C -> Windows -> Fonts (C:\Windows\Fonts)
4. Paste font yang di copy tu ke dalam folder Fonts
Sekarang, korang boleh guna font tersebut dalam semua aplikasi komputer seperti aplikasi di atas tadi tu. Cara ni boleh digunakan dalam WindowsXP, Windows Vista, Windows7.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Apa perasaan korang semua bila nikmat yang dipinjamkan sementara oleh Allah ditarik balik serta merta? Adakah korang semua boleh terima? Kalau itu terjadi pada aku, tentu sukar aku nak terima kenyataan.
Semalam hati tergerak untuk hantar sms kepada seoranag sahabat lama aku. Dah lama sangat tak contact dia. Agak terkejut aku bila dia reply sms aku seperti ni "wasalam..Aku baru lepas operate mata aku."
Aku tak tunggu lama. Terus rajin reply lik sms dia. "Hah? nape ngan mate ko?"
"Buta sebelah kanan, tapi da ok. Tapi kene rehat lama la." dia reply. Perbualan pun berlanjutan lepas tu.
Dulu masa sekolah rendah, cikgu ada ajar tentang kesan jika kita hanya mampu melihat sesuatu objek dengan menggunakan sebelah mata saja. Sure kita susah nak anggar jarak sebenar objek yang kita lihat tu. Aku rasa simpati terhadap sahabat aku tu.
Kita yang hidup normal ni patut rasa bersyukur pada-Nya kerana hilang satu nikmat ni mungkin akan menjejaskan kehidupan seharian kita. Dalam bulan baik ni, marilah kita sama-sama tambah dan perbaiki segala amalan kita.
Hari ni kita sihat tapi esok belum tentu lagi. Jadi, gunakan masa hari ini sebaik mungkin.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Merokok membahayakan kesihatan. Itu amaran yang selalu disebut-sebut oleh pihak-pihak berkaitan. Pada kotak rokok pun dah tertulis bukan main besar lagi amaran seperti tu. Tapi ianya seperti tak berhasil untuk menyuntik kesedaran dalam diri setiap perokok. Dah ramai kawan aku masuk hospital gara-gara sesak nafas dek gian sangat hisap rokok. Tapi bila diberitahu, masih tak berkesan untuk sedarkan perokok.
Di bandar-bandar besar, ada je aku nampak gadis-gadis muda dengan selamber menghisap rokok. Nak menunjuk ke mereka ni semua? Apa pandangan korang tentang perempuan yang merokok? Adakah ianya dianggap normal? Apa yang mendorong perempuan menghisap rokok? Secara peribadi, aku tak suka perempuan hisap rokok. Nampak seperti terlalu sosial. Maaf ye.
Adakah mereka hisap sebab nak gugurkan janin? Jeng jeng jeng..Kenapa aku cakap camtu? Sebab baru je curi kotak rokok member dan tengok label amaran kotak rokok tu. "Merokok boleh membunuh janin". Macam tu la bunyinya.
Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat. Jauhi diri daripada rokok.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Setiap sesuatu yang dimiliki
Semuanya tak kekal lama di sini
Setiap kali ku ingin menyayangi
Terpaksa ku fikir berulang kali
Tak rela aku bakal ditinggalkan
Terseksa kekecewaan
Ku mengharungi setiap liku kehidupan
Dengan rasa waspada
Yang ku bimbangi
Diriku tergelinciran dan menyesal seusia
Andai kau fahami
Sabar menanti
Kan ku isi dirimu
Ruang di hatiku
Moga kau mengerti
Takdir-Nya ini
Hanya ketenangan
Menjadi harapan READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Nampak coding CSS kat atas tu? Dalam setiap blog pasti ada coding seperti ni? Nak tau apa maksud coding-coding tu? Aku terangkan sikit ye. Kalau ada sesiapa yang dah tahu, anggap la ni revision untuk korang. Ok?
# yang berwarna merah tu bermaksud id. . yang berwarna merah tu bermaksud class.
Kalau korang perasan masa edit template blog masing-masing, ada section seperti bawah ni. Bergantung pada template masing-masing ye.
<div id='body'>
<div class='sidebar_widgets'>
So nampak tak perkataan id kat situ? Dalam coding CSS, id tu mewakili simbol #
Manakala perkataan class mewakili simbol . seperti coding CSS kat atas tu.
Harap lepas ni korang akan faham la sikit kat mana tempat sesuai untuk korang ubah coding template korang. Rasanya cukup sampai sini dulu. Nanti panjang-panjang pening pulak korang nak faham.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Pada suatu hari,kelihatan seorang ibu terbongkok2 mengangkat bakul yang berisi pakaian yang baru saja dibasuh untuk dijemur di ampaian. Perbualan di antara dia dan anaknya bermula..
Ibu: Adik, tolong mak kemas rumah ye..
Adik: Ahh! tak nak!
@
Adik: Alaaahhh! asyik adik je..suh la anak mak yang lain tuh!
@
Adik: Malas la! tak payah kemas!
Terguris hati ibu tersebut. Tak semena-mena, keluar titisan air matanya.
Hmm..Sutera di hulur, kain buruk kau kasi. Bila terguris hati seorang ibu tanpa kita sedari, tak bau syurga la nanti. Oleh itu, sayangi dan hormati la ibu. Dia yang melahirkan kita. Ingat senang nak lahirkan kita semua? Berpeluh2! Nyawa mereka dihujung tanduk!
Pesanan ini dituju khas kepada semua termasuk la saya...
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Rezeki tu tak datang bergolek-golek mahupun jatuh selepuk kat depan mata. Kita kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Jangan hanya berdoa tetapi diri sendiri tidak berusaha.
Baru aku sedar sekarang. Bukan senang nak dapatkan pekerjaan. Setiap tahun, berpuluh ribu graduan yang dilahirkan. Satu company tawarkan 1 atau 2 kekosongan saja. Nak bersaing dengan orang-orang lain. Serius susah. Aku sarankan kepada mereka yang masih lagi tercari-cari pekerjaan, jangan terlalu memilih kerja. Seeloknya, cuba hilangkan diri daripada berstatus penganggur.
Aku dengar khabar angin, graduan yang menganggur lebih daripada 6 bulan akan susah nak dapatkan pekerjaan. Betul atau tidak, aku tak tahu. Tapi kalau aku penemuduga, aku pun akan fikir lebih dua kali untuk panggil graduan yang menganggur lebih daripada 6 bulan ni. Macam-macam persoalan boleh ditimbulkan.
Tapi apa yang pasti, pointer (CGPA) bukan lagi perkara terpenting untuk mendapatkan pekerjaan. Ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mereka yang mendapat CGPA 2.5 ke atas masih lagi berpeluang mendapatkan pekerjaan asalkan ada soft skill!
Rezeki datang daripada Allah. Kita jangan berputus-asa.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Memang tak dapat aku lupakan kenangan berbuka puasa di hentian RnR. Niat hati nak berbuka sama family kat kampung. Niat tu terpaksa la aku lupakan sebab perjalanan dari Serdang ke Melaka terasa sangat jauh bila cuaca hujan. Serius sedih tak dapat berbuka dengan family.
Masa dalam perjalanan pulang ke kampung, macam-macam yang dapat aku lihat. Ada yang motornya pancit, ada kereta terbalik masuk dalam longkang. Sori, aku lalu macam tu je sebab dah ramai orang yang membantu. Entah apa nasib pemandu kereta tu. Cuaca hujan waktu tu. Lebat sangat-sangat.
Akhirnya, terpaksa aku berbuka di RnR Senawang. Buka kuih karipap dan air kopi free. Dalam kebasahan. Rasa nak menangis waktu tu. Nasib baik muka dah basah. So, tak payah nak membazir air mata. Bayangkanlah dengan guruh sabung menyabung, hujan lebat disertakan dengan angin kencang, suasana jalan raya yang licin dan jarak penglihatan yang sangat terhad. Rasa nyawa dihujung tanduk ketika tu.
Alhamdulillah aku selamat. Memang tak mau lik malam-malam dah. Seram heh..
Aku rasa sedih berbuka dalam kebasahan sendirian dengan juadah yang hanya cukup untuk mengalas perut. Tapi aku sedar, ada ramai lagi yang tak dapat mencari sesuap makanan untuk dimakan tatkala kita dihidangkan dengan pelbagai makanan yang menyelerakan.
Bersyukurlah...
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Aku nak cerita sikit ni. Mula-mula nak buat blog dulu, aku sendiri tertanya-tanya pada diri sendiri. Apa bagusnya buat blog ni? Apa yang aku dapat dengan menulis dalam blog? Berbaloi ke aku habiskan masa dengan blogging? Dan yang paling menjadi persoalan masa aku masih bodoh dalam dunia blogging adalah 'adakah dengan blogging aku dapat duit?'
Sikit demi sikit aku gagahkan diri untuk terus menulis dalam blog ni. Kadang-kadang rajin, kadang-kadang terasa malas nak menulis. Dulu, ramai yang perlekeh bila seseorang tu ada blog peribadi.
"Blog entah apa-apa.."
Kini dah hampir dua tahun aku berblogging. Macam-macam yang aku dapat. Ilmu, berita terkini, isu semasa, duit. Dan yang paling best, kawan-kawan aku pun dah mula berjinak-jinak dengan blog. Mungkin dieorang baru nampak kelebihan bila ada blog rasanya.
Jika apa yang kita ingin lakukan itu betul, teruskan dan biarkan mulut yang menghina tu melafazkan kata-kata yang memanaskan telinga.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Main nombor ekor sama la bermain judi. Bermain nombor ekor adalah haram bagi semua umat Islam. Tak kira la dalam bulan apa sekali pun. Walaupun dalam bulan, jangan bermain nombor ekor. Huh! Hasil pendapatan yang haram, berdosa untuk di makan. Bermain nombor ekor dan berjudi akan melemahkan ekonomi umat Islam. Ingat tu.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Blog ni dah semakin terabai oleh pemilik sebenar! Itu la kenyataannya. Ada antara rakan-rakan blogger yang tegur.
"Lama x nampak.."
Aku akui semua tu. Aku dah melangkah ke alam baru sekarang ni. Alam pekerjaan. Dah ada kotmitmen lain. Tumpuan kini terarah kepada kerja. Betul la kata orang yang dah bekerja. Masa study la paling seronok jika nak dibandingkan dengan alam pekerjaan. Haha.
Tapi apa-apa pun, aku akan cuba update blog yang tak seberapa ni dan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog ni.
Bila diamanahkan sesuatu benda kepada diri kita, jalankan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin. Tunjukkan kotmitmen.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
Bulan puasa ni pintu rezeki untuk peniaga-peniaga. Dapat la mereka jana pendapatan lebih kan? Keuntungan pasti berlipat kali ganda. Banyak juadah yang dijual di bazar-bazar Ramadhan. Antara bazar Ramadhan yang aku suka pergi adalah bazar Ramadhan kat Shah Alam. Banyak tu makanan. Yang bestnye ada ikan bakar. Murah lak tu.
Tapi, apa pula juadah berbuka puasa pilihan korang dalam bulan puasa ni? Aku, nasi ayam berempah, nasi kerabu dan air mangga blended. hihi. Korang? Kongsi la sikit.
p/s: jangan ikutkan nafsu sangat.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.
1. Umat Islam menahan diri daripada makan dan minum di siang hari.
Dapat juga la organ dalaman badan berehat seketika daripada melakukan tugas-tugas harian. Kalau motor setahun tak servis, jahanam motor. Badan kita pun sama. Puasa dapat servis badan kita.
2. Umat Islam sanggup bangun makan di pagi hari.
Bulan-bulan lain jarang kan umat Islam bangun daripada tidur semata-mata untuk makan? Bangun untuk bersahur. Alas perut untuk berpuasa di siang hari.
3. Umat Islam yang merokok, berjaya berhenti merokok selama sebulan.
Sekurang-kurangnya, dapat juga la kurangkan pencemaran udara kan? hihi..Mereka yang tak suka pada bau asap rokok, tentu suka bila perokok berhenti merokok sebulan.
Cukup la tu ye. hihi..