Thursday, 30 June 2011
Keywords :
blog
,
once i talk
Aku bangga menjadi seorang blogger kerana dengan adanya blog, aku dapat memberi pandangan dan pendapat peribadi aku untuk sesuatu topik yang aku cuba bincangkan. Pandangan dan pendapat ni secara tidak langsung dapat dikongsikan secara terbuka kepada semua pembaca blog aku.
Ada orang kata blogger ni suka buang masa kerana asyik menulis cerita entah apa-apa. Aku tersenyum tatkala mendengar kata-kata seperti tu. Mungkin mereka tidak membaca dan mengkaji isi sesuatu entri yang dihasilkan oleh blogger. Ada blogger yang menulis entri secara santai tetapi mempunyai isi yang penuh dengan nasihat, pengajaran dan idea-idea bernas.
Blogger juga boleh dapat pendapatan sampingan dengan hanya menulis blog. Aku rasa tiada sebab mengapa ada yang kata blogger ni buang masa.
Perkara paling menyentap jiwa raga adalah bila ada yang kata,
"Aku tak layan blog entah apa-apa ni. Aku kalau nak buat blog, aku nak buat blog tutorial ataupun blog berkaitan komputer je.."
Itu terpulang kepada setiap individu. Blogger adalah penulis bebas. Bebas untuk menulis apa-apa asalkan tidak menyalahi undang-undang. Jangan ingat blog santai ataupun blog yang bersajaha tidak mendapat tempat dihati pembaca. Anda salah! Kebanyakan blog santai mendapat tempat dihati pembaca. Ini kenyataan! Jangan ingat bila kita buat blog tutorial , orang akan sentiasa datang ke blog kita. Itu belum tentu.Sekiranya nak buat blog tutorial, pastikan ianya hasil kerja sendiri dan bukan copy paste tutorial orang dan mengaku itu tutorial sendiri.
Kebanyakan blog santai sekarang dapat buat pendapatan sampingan melalui blog. Itu yang sedang berlaku sekarang dan aku bangga menjadi seorang blogger kerana,
1. Aku dapat berkongsi maklumat dengan semua orang.
2. Dapat mengetahui info terkini dengan pantas.
3. Dapat belajar coding.
4. Dapat belajar design.
5. Dapat buat pendapatan sampingan.
6. Dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
7. Dapat kenalan.
Proud to be blogger. Sekian.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.