Lirik lagu Black - Dewi Aleeya

5

Tuesday, 31 May 2011
Keywords : , , , ,

Pabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta

Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggupku telan selaut
Bara..

Ku tak menghiraukan
Apa tomahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya kerana ku tahu
Kau Dewi hatiku

Kau
Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu

Kau
Dewi Aleeya
Ku dambakan selalu
penyeri di istanaku

pssst..Lagu ni memang best sangat2..Mantap!
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cantik dari jauh, tapi bila lihat dekat-dekat buruk nak mampus.

8

Monday, 30 May 2011
Keywords : , , , , , ,

Masalah pencemaran alam sekitar ni masih lagi berlaku dalam negara kita ni. Pelbagai usaha dah dilakukan oleh kerajaan namun pencemaran alam sekitar masih lagi berlaku. Sisa-sisa buangan dibuang dikawasan yang tidak sepatutnya.

Bila difikirkan balik, rugi je kerajaan menghabiskan duit untuk memberi kesedaran terhadap rakyat Malaysia ni yang dah memang tak sedarkan diri. Alam sekitar dicemari dengan sampah-sampah. Memang menjijikkan mata bila melihat timbunan sampah sarap ni, kan?

Semalam aku pergi ke pekan. Bila dah nampak lampu isyarat tu berwarna merah, kena la berhentikan kenderaan. Aku lihat, puntung-puntung rokok bertaburan kat sekitar kawasan lampu isyarat tu. Tempat tu dah cantik dihiasi dengan rumput karpet, pokok-pokok bunga yang cantik, tapi tak cantik disebabkan sikap perokok yang suka hati buang puntung rokok kat situ.

Kalau la ada pelancong yang lihat suasana kat situ, tentu nama Malaysia tercemar. Cantik dari jauh. Bila lihat  dekat-dekat, buruk nak mampus. Kasar tak bunyinya? Minta maaf ye. Segala usaha kerajaan akan menjadi sia-sia jika kita sebagai rakyat sedikit pun tidak ada rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Sekian.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Jika ditanya adakah idola aku seorang artis, aku gelengkan kepala.

3

Tuesday, 24 May 2011
Keywords : ,

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi jenguk ke blog ni. Jika ada kelapangan, aku akan jenguk pula ke blog korang semua.

Aku happy sangat sekarang ni sebab dah ramai artis semakin cenderung untuk menggunakan nikmat suara mereka ke jalan yang benar dengan menyanyikan lagu berunsur kerohanian. Bagus. Artis ni kan mudah menjadi ikutan kepada remaja-remaja. Tapi aku sarankan kepada pembaca sekalian, jangan jadikan artis sebagai idola. Ada lagi hamba Allah yang lebih hebat daripada mereka semua ni untuk dijadikan idola. Fikir..fikir.

Aku harap mereka semua akan meneruskan niat baik mereka sampai bila-bila. Hiburan yang tak melalaikan. Itu yang penting, kan?. Aku suka kata-kata salah seorang artis ni. “Allah beri aku nikmat suara ni untuk apa?”

Haa..untuk apa?

Aku harap kita semua akan diberi hidayah dan petunjuk daripada-Nya. Entri ni bukan untuk korang je. Untuk diri aku juga sebab aku pun kadang-kadang lalai.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Ada orang kata aku ni tak percayakan kawan. Aku hanya jawab, 'Malang tu tak berbau..'

7

Tuesday, 17 May 2011
Keywords : , , ,

Assalamualaikum.

Sepanjang tiga tahun aku tinggal di kolej, ada saja dengar kes kecurian. Terutama bila dah akhir-akhir semester. Bila barang penghuni kolej hilang, mula la buat perjumpaan tergempar. Lepas tu ramai-ramai ambil wuduk dan solat hajat bersama. Mohon kepada Allah supaya melembutkan hati si pencuri.

Kes kecurian di kolej ni boleh dibendung sekiranya setiap penghuni sentiasa mengunci pintu bilik sekiranya ingin keluar daripada bilik. Kalau boleh, pasang kunci tambahan agar keselamatan bilik lebih terjamin.

Kadang-kadang bila aku kunci bilik, kawan-kawan cakap aku ni tak percaya pada kawan sendiri. Sebenarnya, bukan aku tidak percaya pada kawan. Aku hanya ingin mengambil langkah berhati-hati agar barang-barang aku selamat di dalam bilik. Aku bukan orang yang senang. Nak beli sesuatu pun kena fikir banyak kali.

So, bagi aku..Biarlah apa pun orang lain nak label diri aku. Janji aku ambil langkah pencegahan. Bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang telah berlaku. Kata orang,

"Malang tu tak berbau"
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Saya ingat lagi cikgu pernah lempang muka saya dulu!

10

Sunday, 15 May 2011
Keywords : , , ,

Cikgu..

Sampai ke hari saya ingat lagi cikgu lempang muka saya dulu. Sakit woo..Cikgu ingat tak sakit ke? Apa entah salah saya waktu tu. Saya blur masa cikgu panggil nama saya dan terus kasi pelempang kat saya. Sampai ke hari ni saya ingat. Kenangan tu takkan saya lupakan.

Dah kena lempang baru saya sedar. Rupanya saya berada dalam perpustakaan waktu tu. dan cikgu nampak saya bergurau senda dengan rakan saya di dalam perpustakaan. Segan gila saya waktu tu sebab pengawas sekolah kena lempang live depan kawan-kawan lain.

Cikgu..

Saya ingat lagi kata-kata cikgu.

"Pelajar ini malas..tak mahu buat latihan yang saya kasi.." sambil cikgu menuding jari ke arah saya.

Cikgu..saya bukan malas..saya tak reti nak buat latihan yang cikgu beri. Saya tak faham Matematik Tambahan ni. Kalau Matematik biasa tu, kacang je bagi saya. Tapi, add math ni saya tak berapa nak faham. Sampaikan saya pernah ponteng kelas gara-gara tak mahu tengok muka cikgu. Nanti confirm kena marah.

Cikgu..oh cikgu..Tapi atas pengalaman dan nasihat itu la saya telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda saya. Saya dah buktikan yang saya juga boleh jadi orang yang berjaya. Kerna pengalaman di sekolah banyak mengajar saya. Terima kasih cikgu. Dan hati ini sedikit pun tak pernah memandang hina akan kerjaya cikgu.

Esok 16 Mei. Tarikh keramat yang dinantikan cikgu.

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang berada di Malaysia! Kerjaya cikgu sangat mulia.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Amboi blogger ni..

11

Keywords : , , ,

"Amboi blogger ni..Ingat..jangan tulis macam-macam..jangan kritik main taram..tengok macam.."

Aku baru je dapat nasihat daripada sahabat aku. Terus buat entri ni. Live daripada UPM. Aku dah digelar blogger dikalangan kawan-kawan aku sebenarnya. Mungkin sebab aku sahaja kot diantara kawan-kawan aku yang blogging. Opps! ada lagi sorang kawan aku yang blogging.

Berbalik kepada kata-kata nasihat yang diberikan kepada aku tu, ada betulnya kan? Kita bebas untuk bersuara. Kita bebas untuk menulis tapi kita juga sebenarnya terikat dengan undang-undang. So, jangan kritik tak tentu pasal tanpa usul periksa. Buruk padahnya nanti.

Mantan Perdana Menteri kita pun menggalakkan blogger memberi pandangan mereka terhadap kerajaan. So, kepada rakan-rakan blogger, berhati-hatilah dengan penulisan korang semua. Jika kawan aku yang tak berblogging pun tahu akibatnya, kenapa kita sebagai blogger tidak mengerti? Ke tak faham bahasa ni...hihi.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sekali cuba, pasti nak lagi..susahnya nak berhenti merokok.

7

Keywords : , , , , ,

Assalamualaikum.

Kerajaan dah lakukan pelbagai perkara untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahaya merokok. Namun sehingga ke hari ini kesannya masih lagi belum nampak. Rakyat Malaysia masih lagi merokok. Malah kanan-kanak pun sudah pandai merokok.

Penyakit-penyakit berbahaya dah ditayangkan di kotak-kotak rokok, tapi perokok tetap juga merokok. Ada yang kata, ilustrasi tu makin menarik minat mereka untuk terus merokok.

Susah nak berhenti merokok ni kan? Sekali cuba pasti nak lagi! Ketagih. Tapi kita boleh berhenti merokok sebenarnya. Kurangkan merokok secara berperingkat. Kalau dulu sehari 5 batang, kurangkan ke 2 batang sehari. Bila dah selesa sebegitu, kurangkan sekali sehari dan seterusnya berhenti daripada merokok. Itu sekadar cadangan aku.

Kepada mereka yang mempunyai suami yang merokok, mereka boleh mengugut suami mereka secara manja camni.

"Abang..sayang tak selesa la bercumbu dengan abang..mulut abang bau rokok..abang berhenti merokok ea...please" sambil mata terkebil-kebil manja.

hahaha..berani cakap macam tu tak? Jika si suami sayang pada isterinya, pasti suaminya cuba untuk berubah.

Ini sekadar cadangan sahaja. Kalau ditemu ramah semua perokok, pasti ada jawapan berlainan mengapa mereka susah ingin berhenti merokok. Tapi apa-apa pun, sekiranya kita nak berubah, kita boleh berubah asalkan kita sabar, yakin pada diri dan kawal nafsu. Seeloknya, berpuasa.

Sekian.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Best! Transformer 3 Dark of the Moon Teaser Trailer (Official HD)! Tak sabar nak tengok!

7

Saturday, 14 May 2011
Keywords : ,

Atas ni trailer yang pertama..Bawah ni ada lagi trailer kalau tak puas nak tengok.

Bawah ni ada lagi..

Macam best citer ni..
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Walaupun kita ada hak sebagai pengguna, tapi bila menegur tu biarlah sopan sedikit..

13

Wednesday, 11 May 2011
Keywords : , , ,

Assalamualaikum. Masuk blog ni mesti kena beremosi sikit.

Tadi aku dan kawan-kawan aku pergi makan di kedai makan area Serdang. Kat Serdang ni, tempat makan yang best dan murah adalah dekat padang. Bukan padang berumput tu. Memang tempat tu dikenali sebagai padang.

Bang, bagi saya barli suam..Nasi goreng kampung satu. Itu yang aku order.

*************

Tak lama lepas tu makanan yang aku order pun sampai. Aleh-aleh nasi goreng kampung yang aku order tu ada telur mata. Kalau mereka yang cerewet, tentu dah marah-marah tukang ambil order tu.

"Saya takde pun order telur mata ni!" Yela..sebagai pelanggan kita boleh je nak pertahankan hak kita. Cara dan bagaimana tu yang membezakan. Ada yang sanggup memalukan orang lain dikhalayak ramai. Ada yang bertindak secara profesional dan ada yang tak ambil kisah benda yang kecil sebegitu.

Kalau aku? Aku pilih yang ketiga. Entri ni terhasil setelah aku melihat sendiri kekecohan yang berlaku antara pembeli / pelanggan dengan penjual.

So, kalau kita nak menegur kesalahan orang lain, tegurla dengan bijaksana. Jangan lupuskan terus sikap ketimuran kita yang penuh dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kabur pandangan mata aku tadi. Jerebu atau aku dah rabun?

6

Keywords : , ,

Assalamualaikum.

Aku kini berada di UPM. Kembali ke sini buat sementara waktu atas beberapa urusan. Nasib baik la Melaka dan Serdang ni ambil masa perjalan 2 jam je. Kalau makan masa 7 atau 8 jam, tak sanggup aku.

Masa merempit ke sini tadi, apa yang aku nampak cuaca di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor seperti di landa jerebu je. Kabur pandangan tatkala aku nak mengamati keindahan alam sewaktu merempit tadi.

So, kalau benar la jerebu, aku nasihatkan supaya jaga kesihatan korang semua ye. Cuaca panas sebegini, cuba hadkan aktiviti luar korang. Banyakkan minum air masak atau air suam untuk mengawal suhu badan.

Ok..itu je kot. Assalamualaikum..
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sedih rasanya..

4

Sunday, 8 May 2011
Keywords : , ,

Teringat tanggal 17 Julai 2008. Segalanya bermula di sini. Sewaktu aku sampai di sini, perasaan ni sedih sangat. Diri rasa meronta-ronta nak keluar dari tempat ni. Aku terasa keseorangan waktu tu. Jasad je di sini, tapi hati aku ada kat tempat lain.

Aku nak keluar je daripada tempat ni suatu ketika dulu. Tapi bila mengenangkan jasa mak ayah aku, aku teruskan jua kehidupan aku ditempat asing bagi aku. Demi masa depan yang lebih baik, aku teruskan jua.

Hari demi hari..Bulan silih berganti.. Tahun demi tahun aku mula belajar hidup berdikari. Banyak pula kenangan yang tercalit dalam hidup ni. Dah bermacam-macam perangai manusia aku jumpa. Tapi syukur alhamdulillah kerna aku dikelilingi wajah dan sikap manusia yang baik.

Kini 8 Mei 2011, perasaan sedih tu datang kembali. Kalau dulu aku sedih bila berada di sini. Tapi sekarang, aku sedih untuk melangkah keluar dari sini. Moga ilmu yang aku pelajari di sini membawa keberkatan dalam diri aku. Terima kasih guru! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih UPM!
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tutorial: Cara hasilkan font menarik menggunakan fungsi Gradient Overlay Adobe Photoshop CS5.

3

Saturday, 7 May 2011
Keywords : ,

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsi sedikit cara untuk hasilkan tulisan menarik dengan menggunakan Adobe Photoshop CS5.

Langkah-langkah:
1.Buka fail baru untuk hasilkan tulisan. File > New > OK. Tapi sebelum klik button OK, set dulu saiz dan resolusi yang korang nak.

2. Klik ikon new layer. Cari seperti ikon di bawah ni.

3. Paparan seperti di bawah ni akan terhasil. Boleh rename layer tu kalau nak.

3. Klik ikon font. Cari ikon seperti bawah ni.

4. Klik pada layer yang korang hasilkan untuk memulakan design font yang korang nak. Taip la apa-apa. Guna la tulisan yang menjadi pilihan korang. Contoh seperti di bawah ni.

5.  Pergi ke layer 2 > right click > blinding options. Sekiranya betul, paparan seperti di bawah ni akan dipaparkan.

6. Tick Gradient Overlay seperti gambar di atas. Klik pada perkataan gradient overlay.

Rujuk gambar di atas:
Pada bahagian Gradient, korang boleh ubah warna tulisan yang korang nak. Untuk tutorial ni, aku gunakan warna hitam dan merah. Korang boleh cuba sendiri dan lihat sendiri hasilnya. Sekiranya dah berpuas hati, klik button OK.

7. Sekiranya berjaya, hasilnya adalah seperti contoh di bawah ni.

8. Jika dah berpuas hati dengan hasilnya, klik save dan simpan sebagai .JPEG / .PNG.

Selamat mencuba!
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Berat hati nak melangkah pergi..

9

Keywords : ,

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.

Hati ni terasa sedih pulak nak melangkah keluar daripada UPM. Banyak kenangan tercipta di sini. Sedih, suka duka semuanya ada di sini. Tapi nak buat macam mana..Kaki ini terpaksa melangkah keluar juga.

Belajar kat sini seronok walaupun aku tak punya ramai kawan. Tapi bersyukur la sebab kawan-kawan yang aku kenal semuanya baik-baik. Argghhh..banyak pulak barang yang kena kemas bawak balik ke kampung. Kalau bukan harta aku, dah lama aku lempau je ke sungai.

Esok, aku akan melangkah keluar tapi satu hari nanti aku akan kembali ke sini. Moga-moga ada lagi kenangan yang aku akan ingat bila berada di sini.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Perempuan dah tentu suka bergosip. Lelaki pun lebih kurang je.

11

Thursday, 5 May 2011
Keywords : , , , ,

Kebanyakan perempuan suka bergosip. Pantang duduk sembang ramai-ramai. Tentu ada je topik yang nak digosipkan. Kalau korang perempuan, tentu faham kan? Aku lelaki, so tak berapa nak faham. haha.

Lelaki pun lebih kurang je sebenarnya. Bila dah duduk bersembang ramai-ramai ada je nak mengutuk orang lain. Bila lepak dengan kawan A ni, mengutuk kawan B. Bila melepak dengan kawan B, mengutuk kawan A. Macam tu la seterusnya.

Paling best bila lelaki dah duduk melepak ramai-ramai, bila nampak awek lalu depan mata, mula la rasa nak cuci mata. Perempuan yang tak reti nak jaga aurat tu, memang la jadi lauk kepada lelaki. Benda free kan?

..Gosok mata sat..

Teringat kata seorang sahabat aku.

Kawan aku: Apa yang ko duk ketawa sorang-sorang tu? Cuba kongsi sikit..
Aku: Tak ada apa-apa la..

Aku cakap dalam hati aku. Lebih baik aku seorang sahaja yang tahu kenapa aku ketawa sorang-sorang daripada aku sebarkan aib orang lain. Memalukan orang je nanti. Takut nanti amalan sebelah kiri lebih berat daripada sebelah kanan.

Kalau ada yang tak bersetuju dengan kata-kata aku, sila berikan pendapat korang diruangan komen entri ni. Berani?
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Manchester United (4) vs FC Schalke 04 (1) full highlights (4/5/2011)

5

Keywords : , , ,

Layan..

Style betul cara permainan mereka semua ni. Lepas ni MU bertemu Barcelona dalam aksi Final. Korang sokong mana?
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Cara ringankan blog. Khas untuk semua blogger.

14

Wednesday, 4 May 2011
Keywords : ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang tercari-cari cara untuk meringankan blog?
Antara tips ringankan blog.

1. Minimumkan penggunaan widget untuk blog korang. Guna widget yang perlu untuk kebaikan pembaca sahaja. Bukan untuk menyusahkan pembaca.

Lihat gambar di atas. Jika lebih banyak widget yang digunakan, maka semakin lambat la blog korang untuk di paparkan secara keseluruhannya. Blogspot akan memanggil widget-widget tersebut daripada tapak asal widget tersebut berada.

Aku cadangkan, tidak perlu gunakan widget cursor mouse, widget jam, widget EPL, link within, auto music dan sebagainya. Widget seperti ini tidak penting untuk pembaca.

2. Paparkan 1 atau 2 sahaja entri di main page / laman utama blog korang. Maksudnya, tidak perlu memaparkan ke semua entri korang dalam satu page. Ini akan menyebabkan blog korang lambat untuk loading.

3. Kurangkan penggunaan photo yang bersaiz besar (bilangan byte photo) dan jangan paparkan terlalu banyak pada sidebar.

4. Paparkan hanya 5 sahaja bilangan blog dalam bloglist. Sekiranya terlalu banyak senarai blog dalam bloglist, tidak perlu memaparkan ikon dalam bloglist.

5. Susun widget yang digunakan mengikut kepantasan widget tersebut untuk load ke blog. Korang dapat rasakan perubahan loading time blog korang apabila korang susun widget tersebut dengan betul. Biar widget tersebut keluar dengan lancar. 

Ingat, paparan akan dipaparkan bermula dibahagian sebelah kiri ke bawah dan seterusnya dari sebelah kanan ke bawah.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Lirik lagu Drama Band - Babak Pertama (OST Juvana)

7

Keywords : , , , , , ,

Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
cuba aku mengerti

Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

oh oh oh
oh oh oh oh

Takkan ku menemui lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Siapa kenal mamat ni?

5

Tuesday, 3 May 2011
Keywords :

Lokasi: Depan kafe Permata Aloi. (Sekarang dah bertukar nama)

Ehh! Kau kalau tak puas hati, tunggu aku depan simpang la! kata mamat tu.

Pandangan mata mamat ni macam tak puas hati je. kan?

Motif: Ada motif tersembunyi yang perlu dirahsiakan. haha.. READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Erk eleh dia ni untuk kau..erk eleh dia ni untuk aku.

3

Keywords : , ,

Aku tertarik dengan part video cerita Nujum Pak Belalang ni. Kalau tak dapat tengok video ni, biar aku tolong ceritakan sedikit part ni.

Situasi: dalam gua.
A: Haa..sekarang sudah sampai. Mari kita bagi wang ini sama-sama.
S: Sama-sama..

A: 1 untuk kau 1 untuk aku.. 2 untuk kau 2 untuk aku.. 3 untuk kau 3 untuk aku.. 4 untuk kau 4 untuk aku.
S: heyy..ini macam kira berapa lama mau habis? pegang! aku kira.

S: 1 untuk kau 1 untuk aku.. 2 untuk kau 2 untuk aku.. 3 untuk kau 3 untuk aku..lepas 3 berapa?
A: hentam saja lah!

S: Hentam saja lah untuk kau, hentam saja lah untuk aku. Lepas hentam saja lah?
A: Bedal lah!

S: Bedal lah untuk kau, bedal lah untuk aku.
A: Heyy..dalam dunia mana ada huruf bedal lah!

Dan seterusnya....hihi..

Apa maksud tersirat disebalik video tu?

Dalam kehidupan kita perlu bersikap adil. Jika tidak berlaku adil, akan wujud pertelingkahan di antara mereka yang terlibat dalam masalah tu. Terutamanya bab harta. Harta jika tidak dibahagikan secara adil dan betul mengikut hukum faraid dalam Islam, akan mewujudkan pertelingkahan sesama ahli keluarga. Hanya kerana berebut harta, manusia boleh memutuskan tali persaudaraan dan lebih dahsyat daripada itu mereka boleh membunuh.

Terdapat motif mengapa seniman agung kita tu berdialog seperti kat atas tu. Jangan sekadar berhibur. Dalam filem Melayu kita sebenarnya banyak mesej yang ingin disampaikan yang berguna untuk kita praktikkan dalam kehidupan. Ambil yang baik je. Ini sekadar pandangan aku.
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kalau panas memang panas sangat..Kalau hujan, memang la lebat..

6

Monday, 2 May 2011
Keywords : , , ,

Assalamualaikum..

Aku tak tahan dengan cuaca sekarang ni. panas sangat la. Rasa nak terbakar je kulit ni. Dulu masa kecik-kecik, kalau setakat berjemur tengah panas, tak ada masalah la. Memang lembat nak gelap. Sekarang ni, pergi la berjemur tengah-tengah panas. Sekejap je gelap kulit yang putih tu.

Global warming...global warming..

Ni aku sertakan sedikit info cuaca sekitar kawasan Kuala Lumpur untuk minggu ni. Sumbernya di sini. Ingat, ni ramalan saja. Jangan la percaya pada ramalan sangat.

Hishhh..best dapat kerja kat Jabatan Meteorologi ni kan? READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Yeyyy..header baru onceitalk.com designed by aku sendiri.

13

Keywords : ,

Kalau bosan, ini la kerja aku. Design header tak sudah-sudah. Dah berpuluh-puluh kali tukar header blog ni. hahaha. Nak design untuk korang, takut tak dapat nak puaskan hati korang nanti.

Hmm..Macam buruk je header ni. ahaha..
READ MORE...

__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Abah aku confirm suka lagu ni

4

Keywords : , ,

Assalamualaikum readers. Sihat? Ahhaaa...best lagu ni.

Best tak? Seriously, aku layan lagu ni. Lagu-lagu lama ni best dengar. Tak jemu. Segar je rasanya. Kalau pakcik-pakcik, makcik-makcik dengar lagu ni sure goyang kaki and tangan. hehehe..

Harap korang happy..