Situasi: Di tepi jalan. Sedang melepak.
Kawan aku: Bro, malam ni kita g joget jom (kugiran)!
Aku: katne bro? band mane main? Jom! Aku set je..
Tepat 9.00 malam, semua yang dirancang bermula. Dengan berbaju hitam dan berseluar jeans serta berkasut, aku dan kawan-kawan aku pergi ke lokasi yang dirancang. Setelah sampai di rumah tuan rumah yang buat kugiran / joget lambak tu, aku tercari-cari port untuk melepak.
Band yang dipertanggungjawab oleh tuan rumah mula menendangkan lagu buat orang ramai yang datang. Aku lihat pakcik-pakcik, makcik-makcik duduk dan pandang dari jauh je aksi anak-anak yang sedang seronok menari.
Kawan aku: Bro, jom ar joget!!!
Aku: Tak ape ar bro..ko joget ar dulu!
“Gwa mat metal beb. Mana layan goyang pinggang, badan dan kaki camtu. Gwa layan headbang je bro! “ kata hati aku.
Dari jauh aku lihat. Mereka yang sedang menari meneguk sebotol arak. Gadis-gadis yang berani menari mula didekati oleh lelaki-lelaki yang sibuk mencari keseronokan. Ada juga nyah-nyah yang perasan jadi perempuan tulen sedang menari sesama mereka. Ada kalanya golongan ini sering diganggu oleh lelaki-lekaki perkasa kat situ.
Kawan aku: bro, jap lagi band ni berhenti rehat. Masa diaorang tengah rest, jom kita bagi satu dua lagu nak?
Aku: Aku set je.
Masa yang ditunggu dah tiba. Aku melangkah ke depan dan bersiap sedia untuk menendangkan lagu yang rata-rata mereka ni tak pernah dengar.
"Ohooooooohoi!!!" ahaha..bukan lagu tu ye. Test mikrofon tu..
Saat aku dan kawan-kawan aku mulakan persembahan, masing-masing kaku melihat kami semua.
“hahaha..kenapa korang tak menari ni? Korang teruja ke apa tengok band aku perform ni? Rasakan penangan lagu Heavy Metal daripada aku..”
Masing-masing tercengang sampai la band aku habis perform. Aku berkata dalam hati.
“Walaupun lagu aku keras, sekurang-kurangnya dapat gak aku hentikan tarian-tarian korang semua tu.”
Itu cerita 5 tahun lepas.
Kelmarin, ayah aku tegur aku. “Angah, ko tak pergi joget ke kat rumah tu?”
Dengan ringkas aku kata pada ayah aku. “Angah malas laa..”
Korang mungkin dah tahu kenapa aku jawab sebegitu. Kalau tak tahu, baca balik daripada awal.
Psst..Kalau kat bandar lagi kerap buat majlis sebegini kan? Tiap-tiap hari ada. Lagi dahsyat tu..
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.