“cantiknya dia..nampak baik..” ujar Shah dalam hatinya.
milik siapakah gadis ini
wajah lembut bagaikan sutera
ingin hatinya kumiliki
apakan terdaya
adakah kan terdaya
Terkeluar lirik lagu Allahyarham Sudirman – Milik Siapakah Gadis Ini daripada mulut manis Shah. Matahari sudah ingin menghilangkan diri untuk memberi laluan kepada sang rembulan menyinari malam hari. Cahaya yang terang benderang kini kian suram. Awan sudah kemerah-merahan .
15 minit kemudian.
“Wei, wei..awek tadi tu..” tegur Amir kepada Shah.
Cepat respon Shah. Dia terus kawal kekacakannya di saat gadis tadi lalu sekali lagi dihadapannya. Sambil senyuman terukir diwajahnya. Gadis tadi memberi lambaian mesra kepada mereka.
“Pergh..sedihnya..dia pandang Amir je? Tak pandang aku pun..” kata Shah dalam hatinya sambil mata tidak melepaskan pandangan ke arah gadis yang baru saja lalu tadi.
Amir pun menunjukkan respon seolah-olah telah jatuh hati kepada gadis tu.
“Wei..jom la balik..” kata Amir.
“Ermm..jom..ko malam ni kopek kelapa tak? Kalau tak, aku nak datang lepak kat rumah ko malam ni..” kata Shah.
“Tak tahu lagi..nanti apa-apa hal, mesej je aku..” balas Amir.
Sebelum mendapat ceramah percuma daripada kedua-dua ibu bapa, enjin motor Yamaha SS110 masing-masing dihidupkan dan mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Sesampainya di rumah, Shah terus melakukan rutin hariannya iaitu mandi, Solat, makan bersama keluarga dan menonton tv. Semasa sedang asyik menonton tv, Shah dapat satu mesej pesanan ringkas daripada Amir.
“Wei..datang rumah abg mat skrg..aku kopek kelapa ni..bdk2 ni pun ada kat sini..gitar pun ada ni..”
Shah tak mengendahkan mesej yang dibacanya tadi. Dia terus menonton tv3. Pukul 8 malam, memang tv3 la yang menjadi pilihan Shah untuk ditonton kerana waktu tu dia akan dapat pelbagai maklumat dan perkembangan terkini apa yang berlaku di Malaysia dan dunia.
15 minit kemudian..
Tet tet..tet tet..
Shah dapat satu lagi mesej pesanan ringkas.
“laa..mesej si Amir ni lagi..” ujar Shah dalam hatinya..
“Wei..datang la cepat..awek petang tadi tu ada kat sini ni..” itu yang tertulis dalam pesanan ringkas yang diterima oleh Shah.
Seperti nampak lipan lalu didepan mata, Shah bingkas bangun dan terus masuk ke bilik untuk bersiap-siap pergi ke rumah abang Mat, tempat yang Amir berada ketika tu. Baju hitam, seluar jeans hitam dan topi memang antara style Shah.Kalau naj jadi Mat Metal perlu la menunjukkan imej seperti Mat Metal. Kata-kata yang selalu diucapkan Shah kepada adiknya. Pada kebiasaannya, dia mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk bersiap-siap keluar malam tapi pada malam tu, hampir 15 minit dia mengambil masa untuk bersiap.
“Adik..handsome tak abang?” tegur Shah kepada adiknya.
“Handsome!!” bodek adiknya.
“Adik nak coklat..” kata adiknya lagi.
“Hmm..aku dah agak dah..ni mesti puji tak ikhlas ni..” kata Shah dalam hatinya sambil menjelirkan lidah kepada adiknya.
“Yela..kang abang beli..” balas Shah.
Enjin motor Yamaha SS110 kepunyaan Shah dihidupkan dan dia terus memecut ke rumah abang Mat. Hati mula berdegup kencang. Fikiran sudah mula terbayang wajah gadis yang dilihatnya petang tadi. Saat Shah menunggang motorsikalnya senyuman kadangkala terukir di wajahnya. Mesej pesanan ringkas dikirimkan kepada Amir walaupun sedang menunggang motosikal.
“Wei..awek tadi ada lagi tak?”
Balas Amir..”Ada..datang la..”
Degupan jantung Shah kian kencang. Macam-macam perasaan sudah mula hadir dalam dirinya.
Bersambung..
kopek - /kopék/; mengopek 1 membuang kulit buah-buahan; mengupas; mengopak (utk mengambil isinya): ~ kelapa. 2 mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. terkopek tertanggal atau terkupas (bkn kulit, cat dll). pengopek 1 alat atau mesin utk mengopek kelapa dsb. 2 orang yg (kerjanya) mengopek kelapa dsb./kopék/; mengopek 1 membuang kulit buah-buahan; mengupas; mengopak (utk mengambil isinya): ~ kelapa. 2 mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. terkopek tertanggal atau terkupas (bkn kulit, cat dll). pengopek 1 alat atau mesin utk mengopek kelapa dsb. 2 orang yg (kerjanya) mengopek kelapa dsb.
Nak tau apa jadi seterusnya? tunggu..
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.