Kenapa blog mereka cantik blog aku tidak?

Friday, 16 December 2011
Keywords : , , ,

Siapa pernah rasa blog mereka tak cantik seperti blog orang lain? Hari ni aku kongsikan sedikit tips untuk mengupas permasalahan yang dialami oleh segelintir blogger. Serius, bila kita ada sebuah blog, kita akan teruja dan ghairah untuk mencantikkan blog.

Seperti perkongsian ilmu daripada rakan-rakan blogger yang lain, pemilihan template, pemilihan widget dan susunannya memang penting dalam sesebuah blog. Bayangkan rumah kita ada pelbagai perabot cantik tapi jika kita tidak pandai menyusun atur semua perabot tersebut, rumah kita tetap akan nampak serabut dan tidak selesa. Sama juga seperti blog. Tapi itu perkara biasa yang blogger perlu tahu.

Ada satu lagi faktor yang boleh digunakan oleh blogger untuk mencantikkan blog sendiri iaitu kita kena bijak memilih warna untuk digunakan ke dalam template blog kita. Pemilihan warna yang sesuai akan menyerlahkan lagi blog kita walaupun blog kita hanya sebuah blog yang simple. Jangan terlalu banyak memilih warna untuk digunakan dalam sesuatu blog dan pilihlah warna yang boleh merehatkan mata dan minda pembaca di saat mereka membaca entri blog kita.

Rasanya, cukup perkongsian ilmu untuk kali ini. Jika ada sebarang masalah, jangan segan-segan tanya ye. Kalau nak tanya zalin pun boleh.

Comments (18)

nak tanya, camne nk buat tab menu tu? keh3

Reply To This Comment

@Syat0za Zai
tricky gak bro kalau nak buat tab camni..aku ada fikir nak buat tutorial tentang ni..tapi takut payah pulak nak faham nanti..

Reply To This Comment

@zalin onceitalk buat aje, confirm ada yg faham :D try and error la :D

Reply To This Comment

@Syat0za Zai
InsyaAllah bro..nnt kalau ada masa aku akan buat..

Reply To This Comment

ehem, kadang2 terLaLu cantik and power pon menyakitkan otak orang yang datang bLog gak kan ?? simpLe itu paLing ohshem =)

Reply To This Comment

ad yg nk buat blog unik dan cantik sgt...smpai complicated org paham bila dtg blog dia.. selalu jupe blog yg xtau mne nak tekan untuk komen, sb da buat cantik sgt

Reply To This Comment

blog cantik, tapi penuh dengan widget,lepastu berat, lepastu buat hang komputer, tu ciri2 blog yg sakit hati saya nk masuk. :))

Reply To This Comment

bagi aku, biar la blog tu simple je. tak yah terlalu berat untuk loading. tak perlu banyak widget yang serabut. yang penting aku benci pop up window ntah pape.

Reply To This Comment

@CiK GorGeouS !
blog ni simple x?

Reply To This Comment

@s.y.a.r.q
sama la..tp harap blog ni x macam tu..

Reply To This Comment

@zikeryhassan
popup window camne tu?

Reply To This Comment

@zalin onceitalk

simpLe dah ohshem !! awwuumm~

Reply To This Comment

simple but nice..
tu agi bagus dari serabut..
hahaha..

Reply To This Comment

@zalin onceitalk oritee~ terima kasih :)

Reply To This Comment

wah.. pandai lukis

Reply To This Comment

@Syakila
Thanks Syakila..

Reply To This Comment

suka yang simple :)

Reply To This Comment

@cik buku
sama la..TQ komen..

Reply To This Comment