Thursday, 15 December 2011
Keywords :
banjir kilat
,
banjir kilat di Kuala Lumpur
,
punca banjir kilat
Tidak sampai seminggu, Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sebanyak dua kali. Fuhh..Memang menyedihkan. Kelmarin (13 Disember 2011) di Jalan Tun Razak, semalam di Pudu. Akan datang, di mana pula ye? Bila buka akaun facebook, ramai yang mengatakan masalah ni. Ada yang menyalahkan pihak yang bertanggungjawab membuka terowong SMART.
Banjir kilat di Jalan Tun Razak
Apa yang aku lihat, ada beberapa punca mengapa banjir kilat mudah berlaku.
1. Taburan hujan yang melebihi tahap biasa. Semakin banyak kuantiti hujan. (Semakin lebat)
2. Semakin kurang kawasan tadahan hujan.
3. Pembangunan yang terlalu padat di kawasan bandar.
4. Masih banyak lagi sampah sarap di sungai-sungai dan di longkang-longkang sekitar Kuala Lumpur.
Masyarakat Malaysia hanya prihatin persekitaran di darat, lalu mengabaikan persekitaran yang lain seperti contoh di sungai, longkang-longkang ataupun terusan. Setuju atau tidak?





hmmm... sikap prihatin tu perlu disebarkan bukan kepada pihak bertanggungjawab sje, diri sndiri perlu jue untuk implantkan budaya bersih
ni kalau letak artikel dlm berita harian ni best nieh.
@Dyla Qistina
betul tu. terima kasih sudi komen. datang lagi ke sini..
salam singgah pagi bro
@Abu Luqman
Selamat pg..
kl semakin teruk banjirnya..kat negeri pantai timur x de la pulak banjir besar tahun ni tapi x tau la kalau dalam bulan januari tahun depan..
@Mrs.Yie
Kita dah tak dapat nak jangka kawasan mana yang x alami banjir. semua tempat berpotensi untuk banjir.