Sekali cuba, pasti nak lagi..susahnya nak berhenti merokok.

Sunday, 15 May 2011
Keywords : , , , , ,

Assalamualaikum.

Kerajaan dah lakukan pelbagai perkara untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahaya merokok. Namun sehingga ke hari ini kesannya masih lagi belum nampak. Rakyat Malaysia masih lagi merokok. Malah kanan-kanak pun sudah pandai merokok.

Penyakit-penyakit berbahaya dah ditayangkan di kotak-kotak rokok, tapi perokok tetap juga merokok. Ada yang kata, ilustrasi tu makin menarik minat mereka untuk terus merokok.

Susah nak berhenti merokok ni kan? Sekali cuba pasti nak lagi! Ketagih. Tapi kita boleh berhenti merokok sebenarnya. Kurangkan merokok secara berperingkat. Kalau dulu sehari 5 batang, kurangkan ke 2 batang sehari. Bila dah selesa sebegitu, kurangkan sekali sehari dan seterusnya berhenti daripada merokok. Itu sekadar cadangan aku.

Kepada mereka yang mempunyai suami yang merokok, mereka boleh mengugut suami mereka secara manja camni.

"Abang..sayang tak selesa la bercumbu dengan abang..mulut abang bau rokok..abang berhenti merokok ea...please" sambil mata terkebil-kebil manja.

hahaha..berani cakap macam tu tak? Jika si suami sayang pada isterinya, pasti suaminya cuba untuk berubah.

Ini sekadar cadangan sahaja. Kalau ditemu ramah semua perokok, pasti ada jawapan berlainan mengapa mereka susah ingin berhenti merokok. Tapi apa-apa pun, sekiranya kita nak berubah, kita boleh berubah asalkan kita sabar, yakin pada diri dan kawal nafsu. Seeloknya, berpuasa.

Sekian.

Comments (7)

hihi. goda kena baekk punya..baru suami cayaq. hehe

Reply To This Comment

ish..tak sakit tekak ke telan asap ek?

Reply To This Comment

rokok dah jadi mcm makanan dah =P

Reply To This Comment

perokok=naga....

Reply To This Comment

@nub

betui..

Reply To This Comment

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

xtau ler kak..xpenah try...hi2..

Reply To This Comment