Ada orang kata aku ni tak percayakan kawan. Aku hanya jawab, 'Malang tu tak berbau..'

Tuesday, 17 May 2011
Keywords : , , ,

Assalamualaikum.

Sepanjang tiga tahun aku tinggal di kolej, ada saja dengar kes kecurian. Terutama bila dah akhir-akhir semester. Bila barang penghuni kolej hilang, mula la buat perjumpaan tergempar. Lepas tu ramai-ramai ambil wuduk dan solat hajat bersama. Mohon kepada Allah supaya melembutkan hati si pencuri.

Kes kecurian di kolej ni boleh dibendung sekiranya setiap penghuni sentiasa mengunci pintu bilik sekiranya ingin keluar daripada bilik. Kalau boleh, pasang kunci tambahan agar keselamatan bilik lebih terjamin.

Kadang-kadang bila aku kunci bilik, kawan-kawan cakap aku ni tak percaya pada kawan sendiri. Sebenarnya, bukan aku tidak percaya pada kawan. Aku hanya ingin mengambil langkah berhati-hati agar barang-barang aku selamat di dalam bilik. Aku bukan orang yang senang. Nak beli sesuatu pun kena fikir banyak kali.

So, bagi aku..Biarlah apa pun orang lain nak label diri aku. Janji aku ambil langkah pencegahan. Bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang telah berlaku. Kata orang,

"Malang tu tak berbau"

Comments (7)

betul..sokong sangat

Reply To This Comment

@c-tea yesza..

Reply To This Comment

betul tu zalin malang tak berbau..

Reply To This Comment

betul tu, menyesal kemudian tade gunanya~

Reply To This Comment

malang tak berbau..
kene berhati2..

Reply To This Comment

sokong kao zalin... kekadang kawan2 gak yang koje duk merembat barang kita tanpa d sedari...

Reply To This Comment

benar bro.

bab2 harta ni memang kena jaga betul2

trust nobody

Reply To This Comment