Tips mudah untuk elakkan penceroboh menceroboh laman web sosial ataupun laman web yang anda daftar.

Saturday, 5 March 2011
Keywords :

Apa perasaan korang apabila maklumat peribadi korang dicuri? Apa perasaan korang apabila akaun facebook dan akaun-akaun korang di hack? Tentu rasa geram, nak maki hamun, mengeluh, sakit hati, bengang..kan? Ada tak yang sanggup hentak-hentak kepala kat dinding.

Semalam ada kawan aku tanya aku macam mana nak buka balik akaun facebook yang telah diceroboh oleh orang lain. Uhh..aku tak la hebat sangat nak hack ni. Ada cara nak hack akaun facebook ni. Cuba search kat google ataupun youtube. Pasti ada!

Aku cuma nak kongsi beberapa tips untuk mengelakkan akaun laman web sosial korang daripada diceroboh oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

1. Jangan sesekali remember password jika komputer yang korang guna tu akan digunakan oleh orang lain.
2. Selepas guna, tolong logout akaun tu dan clear recent history.
3. Tolong ingat e-mail dan password yang korang gunakan untuk membuka akaun laman web sosial korang tu. Jika korang tidak ingat password laman web sosial korang, korang boleh klik forgot password dan korang akan dapat password sementara melalui email yang korang guna untuk membuka akaun laman web sosial tu.

Rasanya, cukup la tips yang aku kongsikan tu. Itu tips basic yang korang perlu tahu dan sila ambil peduli jika tidak ingin akaun peribadi korang diceroboh.

Comments (6)

Assalamualaikum Zalin

saya tak pernah buat clear recent history tu..lepas ni kena buat la, terima kasih

Wassalam

Reply To This Comment

tq 4 the tips. :)

Reply To This Comment

clear history tu jarang buat.. heeeee

Reply To This Comment

pw mesti mantap...haha..pastue daku tak ingat password aper yg digunakan...hehe..

Reply To This Comment

hehe..informasi yg berguna bro..

Reply To This Comment

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita cuai, selalu kalau kat uni berkongsi laptop selalu je kena dengan kawan buat status pelik-pelik.

Reply To This Comment