Tuesday, 29 March 2011
Keywords :
kata-kata nasihat
,
Luahan
,
onceitalk
Satu hari tu, sedang aku berjalan dikaki lima sebuah pasaraya, aku nampak seorang pakcik sedang tekun menjahit kasut pelanggannya. Aku terfikir, berapa sangat la pelanggan pakcik ni dalam sehari ye? Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya dia mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga. Ataupun dia kerja part time sebagai penjahit kasut? Siapa tahu kan?
Aku berlalu daripada pandangan pakcik tu sambil mengukir senyuman padanya. Moga-moga, sejuk sikit hati dia bila ada orang senyum padanya.
Aku teruskan langkah aku. Aku tinggalkan tapak kaki. Ayat biasa yang diperdengar. Selang beberapa minit, aku ternampak seorang buta sedang memetik gitar sambil menyanyi lagu.
Merdu suaranya. Aku seluk poket aku lantas aku keluarkan sedikit wang buat pakcik hebat tadi. Tersentuh hati bila melihat kegigihan dia mencari rezeki. Aku bersyukur kerana diberi nikmat yang tak ternilai. Syukur alhamdulillah..
Aku perlahankan langkah aku. Aku capai akhbar yang aku beli seawal perjalanan aku tadi. Sehelai demi sehelai aku selak akhbar tu dan baca tajuk artikel yang ada.
"Astagfirullalazim.."
Aku selak lagi sehelai akhbar tu..
"Astagfirullahalazim.."
dan terus menyelak..
"Demm.." aku cakap dalam hati.
Tajuk artikel yang berbunyi: Seorang penganggur tikam ibunya kerana enggan beri duit.
Dalam hati, aku berkata..
"Hanya kerana wang, manusia tergamak membuat perkara yang ditegah agama. Contohi la pakcik yang menjahit kasut dan pakcik yang cacat penglihatan tu. Walaupun kerjanya tidak seberapa tapi dia berusaha mencari rezeki yang halal dan bukannya meminta-minta.."



tu la kan... ngeri je kes2 bunuh sekarang. mcm nak balik ke zaman jahiliah je. na'uzubillah..
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?
full respect untuk mereka yang sanggup mengotorkan dua tangannya utk bekerja dari mereka yang sanggup "mengotorkan" tangan mereka dengan jenayah!
huk3..ak pon rajin gak (^_^)
@Jiji-Fify tau xpe..
@nitestalker setuju dgn ko bro..
@Syukri Kamaruddin ko rajin ape?
Assalamualaikum Zalin
kat tempat saya, rakyat drp seberang
lumayan pendapatannya
Wassalam
hm..
(T_T) sedihnye.. duit punya pasal, ibu kena tikam..
yep, carik kerjalah anak2 muda oi.. pakcik2 yang xbape sihat pun ley kerja..
ni pulak hampa..
ih3.