Wednesday, 9 March 2011
Keywords :
bencana alam
,
KOSMO
NEW YORK, Amerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.
Sumber: KOSMO, Rabu 9 Mac 2011



hurm.agak2 dekat kawasan mana berlaku tu? mintak dijauhkan. amin
pernah gak dengar pasal nih.. hmmm chuak
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
mintak dijauhi . amin
beza betul jarak tu
Terkini : Helang Terbang Terbalik
@s.y.a.r.q saya pun x tau la kat mana..mintak2 dijauhkan..
@Jiji-Fify berdoa la moga tiada bencana yang datang..
@cik ubi amin..
@suffer8zine memang berbeza..jauh perbezaan tu..
uh..mintak2 la xjadi..hurm..seram tau skrg ni pnye bencana alam..
Assalamualaikum Zalin
moga Allah jauhi kita drp balapetaka yg tak mampu kita pikul
Wassalam