Wednesday, 19 January 2011
Keywords :
Harian Metro
SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.
![]() |
| Gambar daripada Harian Metro. |
Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.
Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.
Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.
“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.
“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.
Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.
pssst..Ini merupakan adaptasi daripada filem Setem. hahaha..mana tak sesak lebuhraya kalau pengguna berperangai macam ni. Hmmmm..Kawasan lebuhraya PLUS area Pedas tu memang selalu la berlaku kemalangan. Bahaya..
Sumber: Harian Metro




mmg xde iman lah spe yg buat cmtu..
dlu kt area umah aku lori beras terbalik,rmai org pi kutip kampit2 beras tu..
driver tu hlg,siap mkn penampar lagi..sian betol!
huhuu.. tu lah pasal, macam nyawa dah tak berharga bila nampak duit kan.. emm..memang geram kalau jam, nasib baik 5 minit je,
hadoi..kesian giler kat owner duit tu..tgk org mencuri dpn mata.
manusia.. orang susah pon ambek kesempatan...
kalau kutip niat nak tolong tak pa la jugak..... nie nak tolong lesapkan. cheittt!!!
duit siling jer pown, agaknyer nyawa dorg lg murah dr duit siling kot :P
ntah2 ada org yg sengaja langgat 4 wheel tu sbb tau ada duit dalm tu kan..hehehehehehehhe....
duit kan..walaupun syiling tapi tetap dipanggil duit..dah dikumpul bnyk2 bnyk pulak jadinya,...tu yg menbawa kepada kegilaan manusia...