Bloglist 2011 onceitalk.com

42

Friday, 31 December 2010
Keywords : ,

Salam readers. Hari ini hari terakhir untuk tahun 2010. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada korang semua. Diharap tahun baru ni semua azam korang semua tercapai. Hari ini aku nak umumkan yang aku ingin merombak bloglist blog aku. Sesiapa yang sudi ini caranya ya.



1. Buat satu entri bertajuk Bloglist 2011 onceitalk.com
2. Follow blog onceitalk.com
3. Letakkan banner di atas ke dalam entri korang dan link ke entri ni.
4. Tinggalkan link entri korang ke ruangan komen entri ni.
5. Tiada paksaan untuk tag sesiapa.

Aku mencari 50 orang blogger sahaja buat masa ni. Sekiranya ada pertambahan, aku akan umumkan kemudian. Sekiranya sudi, lakukan segera ya. Jom kita meriahkan dunia blogging untuk tahun 2011!

Akan tamat pada : 7 Januari 2011 11:59 PM

Update: Dah ditutup!! READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Bila menang ataupun kalah, minda biar bersih.

9

Tuesday, 28 December 2010
Keywords : ,

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menewaskan pasukan bola sepak Indonesia dalam Perlawanan Akhir pertama Piala AFF 2010! Teruskan prestasi cemerlang dalam perlawanan yang akan datang. Jangan hiraukan sangat tomahan orang di seberang sana. Hahaha. Biasa la tu...


Bagaimana kita nak maju kalau minda kita masih mundur.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Peniaga yang menjatuhkan imej peniaga-peniaga sedunia.

6

Sunday, 26 December 2010
Keywords : , , , ,

Situasi : Gerai makan di tepi sungai.

"Makcik, makan apa ada kat sini?" aku bertanya dengan sopan.
"Semua ada nak.." Makcik tu explain kat aku.
"ABC ada tak?" GF aku tanya makcik tu.
"Ermm..bagi saya ABC dua ye cik.." aku pesan order.
"Tak payah dua..kang tak abis..satu cukup.." Makcik tu explain lagi kat aku.

Hairan. Ada ke peniaga yang menolak bila pelanggan memesan order lebih? Aku lihat dari jauh. ABC tu dijual digerai makan yang lain.

"Bagi saya nasi goreng ayam satu, fresh oren satu.." GF aku punya order.
"OK la cik..ABC satu, mee bandung satu.." kata aku.

Dah lama tak makan mee bandung.

5 minit kemudian makanan yang aku order tu pun sampai. Cepat kan? Sedap la juga makanan kat situ. Sedang khusyuk makan, ABC yang aku order pun sampai.


Situasi : Aku pandang wajah GF aku..GF aku pandang wajah aku. Masing-masing tertanya-tanya bila ABC yang di pesan tadi sudah tersedia di depan mata.


"Ehh..kenapa ABC dia ni macam kotor je bie? " GF aku tanya aku. Aku terus perhatikan ABC tu dengan teliti.
"A'ah la..kotor..macam lumpur kat ais ni..yeerkkkkk.." serius aku loya.

Setelah kami selesai makan, kami terus bayar dan beredar dari situ. Ketika itu la aku baru perasan dengan kata-kata makcik tu.

"Tak payah dua..kang tak abis..satu cukup.."

Bila difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata makcik tu. Kalau aku order dua ABC, tentu aku rugi kerana ABC yang satu tu pun aku tak sentuh langsung. Biarlah orang yang buat ABC tu makan sendiri ABC bercampur lumpur yang lazat tu.

Jaga kebersihan tempat berniaga dan jangan aniaya pelanggan sendiri.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Jadual PC Fair 2011

4

Friday, 24 December 2010
Keywords : , ,

PIKOM PC Fair 2011 bakal berlangsung tidak lama lagi. Di sini saya kongsi bersama jadual PC Fair yang akan diadakan di kawasan anda semua.


 25-27 February 2011
Melaka International Trade Centre (MITC), MELAKA


 4-6 March 2011
Level 1, Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU

Exhibition Hall 1, Sultan Ahmad Shah (SAS) Convention Centre, The Zenith Hotel, KUANTAN

Dewan Jubli Intan, MUAR


 10-12 March 2011
Kompleks Balai Islam, KOTA BHARU

Terengganu Trade Centre, KUALA TERENGGANU


 11-13 March 2011
LG Carpark Exhibition Hall, 1Borneo, KOTA KINABALU

Dewan Tunku, KOMTAR, PENANG


 15-17 April 2011
KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
Batu Pahat Mall, BATU PAHAT
Village Mall, SUNGAI PETANI

Permata Car Park, KUCHING

Dewan Masyarakat, TAWAU


 22-24 April 2011
Dewan Masyarakt, SANDAKAN

Miri Indoor Stadium, MIRI

Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU

Dewan Merdeka, SERI MANJUN


 6-8 May 2011
Penang International Sports Arena (PISA), PENANG


 19-21 May 2011
Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU


 20-22 May 2011
Stadium Indera Mulia, IPOH



Jom beramai-ramai memeriahkan PIKOM PC FAIR 2011!

Sumber: pikom.org.my READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Manusia punya pelbagai perasaan. Bagaimana aku kawal perasaan marah?

11

Thursday, 23 December 2010
Keywords : , ,

Alahai..Isteri siapa yang suka buat hal tu? Sabar ye. Jika ada masalah dalam keluarga, cuba selesaikan dengan cara yang baik. Duduk berbincang, bersua muka. Jangan cakap belakang-belakang. Takut nanti mesej yang ingin disampaikan jadi lain pula.

"Ko belum kahwin lagi zalin! tak payah banyak cakap!"
"Ok..Aku cakap sikit tu je..tak nak memandai.." 

Hmm..Baik la. Semua orang ada hati dan perasaan. Ada perasaan sayang, cinta, benci, marah dan sebagainya.

"Aku tak ada hati dengan dia.." Jangan keliru dengan ayat seperti ni.
"Aku tak ada hati..hatiku telah dicuri oleh si dia..hihi.." Ayat sebegini pun jangan disalah faham ye.

Aku tak suka bila aku sedang marah. Bila marah, semua kerja tak menjadi. Fikiran asyik nak marah je. Orang yang tak bersalah pun akan aku marahi.

"zalin, apa kau buat untuk hilangkan marah kau tu?" satu persoalan untuk aku.
"Aku ambil wuduk..beristigfar banyak-banyak..kalau aku malas nak angkat wuduk, aku baring kerana baring boleh buat aku tenang. Oksigen akan sampai di kepala. Kalau tak percaya, cuba la. Selain itu, cuba lepaskan nafas kuat-kuat..FUHH!!!! cuba la.." jawapan ikhlas daripada aku.
"Kalau cara tu tak berkesan?" persoalan kedua
"Kau guna plan yang ni..Pergi tumbuk dinding kuat-kuat sampai tangan kau patah..Nanti perasaan marah akan bertukar kepada perasaan sakit menderita." jawapan gila daripada aku.

Jangan biarkan perasaan marah menguasai diri. Kawal perasaan marah tersebut.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Biasa la tu..Manusia memang macam ni..

19

Wednesday, 22 December 2010
Keywords : , ,

Situasi Pertama.

“Jah..ko nak tau Jah..rumah kat hujung kampung tu kena masuk toyol..!! habis semua duit kena kebas..”

“Ehh!! Ye ke Senah? Habis semua duit?”

“A’ah Jahhhhhh…”

“Ehh..tak boleh jadi ni..Kita kena berjaga-jaga ni. Kita kena sorok semua barang kemas kalau macam ni..”

Senah dan Jah menghebahkan berita yang tiada kesahihannya kepada semua penduduk kampung..


Situasi Kedua.

“Hello..Ni rumah Mat bin Deris?”

“Ye..ni rumah Mat bin Deris..kenapa encik?”

“Saya daripada Balai Polis Pekan Lalat Semangkuk nak melaporkan yang anak makcik kini dalam tahanan pihak polis kerana ditangkap mencuri..”

“Hah? Betul ke ni? Mak cik tak percaya la..Anak mak cik tu baik orangnya..Hormat orang tua, rajin bekerja..”

“Betul Makcik..”

Setibanya di Balai Polis Pekan Lalat Semangkuk..

“Mat!!!! Ko mencuri ke Mat? Selama ni ko jadi pencuri? Mak tak percaya ko buat semua ni Mat…Mak tak percaya!!!”

“Allah..”

Mak kepada Mat bin Deris pengsan gara-gara tidak percaya anaknya bekerjaya sebagai pencuri berjaya.


Ramai orang lebih percaya kepada benda yang belum ternyata kebenarannya daripada percaya benda yang dah terbukti kebenarannya.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Segalanya berubah..

28

Tuesday, 21 December 2010
Keywords : , ,

Jam 11 malam

“Yey..Aku terpilih!!! Alhamdulillah…” Kamu gembira tatkala mengetahui kamu berjaya menyambung pelajaranmu.

Jam 11:10 malam pada hari yang sama

“Keindahan pelangi adalah keindahan wajahmu sayang..yang sering bermain di mata hatiku ini..” nada dering mesejku berbunyi.
Aku terus membaca mesej darimu. “U, I dapat sambung belajar di menara gading..epinya..”
“U..tahniah ye..i bangga dengan u..belajar sungguh-sungguh..nanti jangan lupakan I ye..” Aku terus membalas.
“Ok u..jangan risau ye..” kamu membalas.


Jam 1 pagi keesokan harinya

Dinginnya malam ni. Sukarnya mata aku nak dilelapkan. Saat ini, tentu kamu gembira bila berjaya sambung pelajaran di menara gading,kan? Tapi aku risau..takut kehilanganmu. Aku tak kan halang kamu sambung pelajaran demi mengejar cita-citamu.


Setahun berlalu..

Kamu dah jarang menghubungi diriku. Mungkin kamu dah mula melupakan aku di sini. Yela..siapa la aku. Aku tak setanding dengan kamu. Aku mula rasai perubahan sikapmu setelah kmau berjaya ke puncak menara gading. Aku terasa ada jurang antara kita berdua.

Sedih bila terkenangkan kenangan manis kita dulu. Dulu, aku la segala-galanya untukmu. Dulu aku la jambatan untuk kamu ke seberang. Kini, segalanya berubah hanya kerana kau berjaya ke menara gading.

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Mulut dah terbiasa..

15

Monday, 20 December 2010
Keywords : , , ,

Kata-kata secara spontan mungkin diucapkan tatkala kita terpandang sesuatu. Aku tak terkecuali mengeluarkan kata-kata spontan. Dah cakap baru perasan yang sebenarnya apa yang aku cakapkan tu salah.

“Adik dah tak muat pakai baju ni la ngah..baju ni dak kecik..” kata-kata daripada adik aku.

Secara spontan aku bercakap..

"Baju tu dah kecik ea?..aahahaha.."


Tengok gambar kat atas tu..yang mana satu ye? Aku gelak besar bila dengar dia cakap macam tu. Kalau fikir logik, memang tak logik apa yang dia cakapkan tu. hahaha..

Yang sebenarnya, "badan dah besar..sebab tu baju ni tak muat dipakai.."

Aku selalu juga cakap macam tu bila cuba baju tapi tak muat. Memang ajaib la kalau baju boleh jadi kecil. Korang semua selalu cakap spontan yang mana satu? Jujur..jujur..haha..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Nasib baik aku tak tahu..kalau tak..

12

Sunday, 19 December 2010
Keywords : ,

Perasaan aku bila dapat tau berita ni? Of course la aku tersenyum sipu. Hahaha.. Memang gila la. Mujur aku dapat tau hari ni. Kalau dapat tau 13hb 12 2010 hari tu, confirm aku takut nak bawa motor tu. Mujur dalam perjalanan tu tak ada road block kat highway. Kalau tak, dengan motor-motor kena angkut pergi ke balai untuk berurusan dengan Pak Polisi. Tak dapat aku bayangkan jika perkara sebegitu berlaku. Oleh yang demikian, janganlah kamu tiru aksi seperti ini. Bahaya!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kadang-kadang niat baik tetapi ada unsur yang tidak baik diselitkan bersama

8

Saturday, 18 December 2010
Keywords : ,

Niat kita baik. Kita nak sebarkan maklumat kepada orang ramai tentang sesuatu gejala negative, tapi pernah tak kita berfikir bahawa tindakan murni kita sebenarnya menambahkan lagi penyebaran pengaruh-pengaruh negatif yang semakin menular dikalangan rakyat negara ni?. Kenapa rakyat? Ini kerana, gejala negative yang berlaku sekarang ni bukannya tertumpu kepada golongan remaja, malah kepada semua lapisan masyarakat.

Sebagai contoh, kita nak sampaikan mesej bahawa kita tidak menyokong dan tidak suka dengan tingkahlaku remaja yang melakukan aktiviti tidak bermoral, tapi dalam masa yang sama kita paparkan video tersebut kepada tatapan umum. Memang betul kita sampaikan maklumat bahawa gejala negatif semakin menular. Kalau difikirkan betul-betul, tindakan kita tu sebenarnya akan menambahkan lagi permasalahan tersebut. Pembaca mungkin akan menonton video tersebut berulangkali dan mungkin akan tersebar kepada orang lain.

Kita kena hati-hati dalam apa jua yang kita lakukan. Betul tak? Takut nanti niat yang baik bertukar kepada permasalahan yang lebih besar. Harap-harap korang semua faham apa yang cuba aku sampaikan.

Aku hanya memberi pandangan dari pemerhatian dan pemikiran aku je. Kalau korang semua rasa apa yang aku cakapkan ni ada betulnya, angkat tangan ye. Peace..no war!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Banting tulang empat kerat

12

Thursday, 16 December 2010
Keywords : ,

Saat aku terpandang susah payah lelaki tu bekerja untuk mencari rezeki, saat itu la terdetik di fikiran aku..

"Payahnya nak cari duit kalau tiada kelulusan yang tinggi.."

Bila mata aku terarah melihat lelaki tu, semangat aku terus membuak untuk mendapatkan segulung ijazah sebagai bekalan sebelum menghadapi alam pekerjaan nanti.

"Alaaa..buat apa nak belajar hanya segulung sijil/diploma/ijazah?" kata-kata yang mungkin lahir daripada insan yang tinggi akal fikirannya.

"Segulung ijazah itu la yang boleh mengubah aku dalam kehidupan nanti. Payahnya nak cari rezeki kalau tiada kelulusan tinggi.." kata-kata membina daripada aku.

"Terima kasih abah & mak sebab selalu beri kaunseling pada angah sewaktu angah kecil dulu." aku cakap dalam hati je.

Hmm..Semalam aku dah merasai sedikit rasa susah payah nak cari rezeki.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Once.I.Talk tersenarai Top 5 Anugerah Blog Mesra Pengguna 2010!

15

Tuesday, 14 December 2010
Keywords : ,

Salam readers. Hari ni baru ada kelapangan untuk aku blogging. Minggu lepas aku tak dapat surf internet sebab aku pergi majlis kahwin sepupu aku. Meriah juga majlis persandingan dia. Aku doakan semoga mereka berdua berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Hari ni aku dapat berita gembira yang mengatakan aku tersenarai sebagai Top 5 Anugerah Blog Mesra Pengguna 2010. Terkejut aku bila dapat komen daripada blogger Zetchi Henry. Aku tak mahu bercakap panjang-panjang. So, jom kita tengok apa sebenarnya yang aku maksudkan ni.


Nak tahu lebih lanjut, klik sini ye.



Secara peribadi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong aku dalam dunia blogging ni. Penghargaan sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat aku untuk terus berblogging dan secara tidak langsung dapat aku mempertingkatkan mutu blog kesayangan aku ni.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Percubaan Pertama?

14

Saturday, 11 December 2010
Keywords :

Salam readers. Apa khabar semua? Hari ni aku hanya nak berkongsi hasil design aku.


OK tak design yang aku buat ni. Saja je buat untuk seseorang. Kalau maklum balas yang diterima baik, aku nak design header dan banner pula lepas ni. Hihi. Mungkinkah?
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Ramai search benda ni? oh tidak..

7

Friday, 10 December 2010
Keywords : ,

Wahh!! Meriah la..


Saja je. Maklum la..Saya ni newbie lagi. Hihi..Nasib baik semuanya baik-baik saja.

Hayati bait-bait ayat di bawah ni dengan penuh khusyuk dan terima la dengan hati yang terbuka. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan untuk dipraktikkan bersama.

"Lu taip cantik-cantik sikit. Nanti wa senang nak searching blog lu" SEO kata kat aku. Jangan marah.. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kebetulan ke semua ni?

7


Keywords : ,

Perkara ni perkara biasa bagi seorang pelajar. Masa dapat mesej daripada kawan-kawan la yang aku paling menyampah untuk ambil tahu. Rasa nak gugur jantung bila dapat mesej macam ni.

"Result dah kuar! ko dapat apa?"

Kalau aku balas macam ni boleh tak? "Aku dapat khabar je.." Yela..orang bagi maklumat, aku dapat khabar berita jela. Betul?

Sejara jujurnya aku memang malas nak tengok result.

Kelmarin mimpi dapat result semester 5. Kenapa la mimpi ni muncul dalam tidur aku? Kalau dapat mimpi......best juga. Aku tak berharap pun untuk dapat mimpi tu. Satu satu result untuk subjek yang aku ambil keluar dalam mimpi aku.

Bangun pagi, hati dah semakin risau.

Semalam jenguk blog dan facebook aku ni. Ada pula kawan-kawan yang cakap result dah keluar. Aduh..boleh tak beritahu benda lain pada aku? Kalau korang semua nak tahu, result yang aku dapat sama seperti apa yang aku mimpikan kelmarin? Percaya atau tidak?

Kata orang, mimpi tu mainan tidur.

Kata-kata ni aku khususkan untuk aku..

"Mimpi ni bukan mainan tidur. Mimpi wa ni jadi mimpi ngeri dalam hidup wa."
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Terbeliak biji mata aku.

21

Thursday, 9 December 2010
Keywords :

Tajuk macam mengerikan je kan? Terperanjat bila aku dapat tahu yang harga hardware komputer seperti RAM, hardisk sudah semakin murah. Lama juga aku tak survey harga hardware komputer ni. Rasa nak upgrade komputer dan laptop aku pulak la. Sekarang ni aku guna RAM 2GB + 1GB DDR3. Nak tukar RAM 1GB kepada 2GB lepas ni. Haha..Baru la efisyen nak buat kerja, kan? Leceh la guna komputer / laptop yang slow ni. Benda lain aku boleh bersabar, tapi kalau nak tunggu komputer/laptop yang lembap, aku tak boleh bersabar. Bukan apa..Buang masa aku je nanti.



Teknologi semakin berkembang dari masa ke semasa. Setiap hari akan ada teknologi baru yang muncul. Harga semua perkakasan komputer juga tak menentu. Ada pasang surutnya. Tapi aku berpegang pada kata-kata ni..

"Lu kalau tunggu harga perkakasan komputer tu murah, sampai bila pun lu tak akan dapat guna barang tu sebab teknologi ni sentiasa berubah dan jangan menyesal kalau hari ni lu beli, esok dah keluar teknologi baru." READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

CONTEST TERJAH DAN GELEDAH

13

Wednesday, 8 December 2010
Keywords :

Salam readers. Aku nak join contest hari ni. Gila contest la. Haha..Contest yang diberi tajuk seperti di atas tu. "CONTEST TERJAH DAN GELEDAH"..


Aku nak tanya..Siapa yang tak kenal blogger ni? Aku yakin ramai yang mengenali blogger yang dikenali sebagai Mak ni. Aku mengenali dia ni sejak awal aku mula berblogging lagi. Blog lagendamahsuri.com sudah tak asing lagi dalam dunia blogger. Sejak aku mengikuti perkembangan blog ni, banyak juga perubahan yang telah dilakukan dari segi header, cara susunan widget yang digunakan pada sidebar. Perubahan yang terkini yang telah dibuat oleh Mak adalah lebih baik daripada sebelum ini. Header terbaru blog ni nampak lebih cantik dan sinonim dengan blog lagendamahsuri yang banyak berkongsi kehidupan mereka sekeluarga.

Pada pandangan aku, blog Mak ni memang kemas, ceria (seceria orangnya) dan mantap. Masa yang diambil untuk load blog ni pun laju. Ini bermakna, blog ni memang ringan. Berkaitan dengan penggunaan warna blog ni, secara jujurnya aku menyukai cara penggunaan warna yang diguna oleh Mak untuk blognya kerana warna yang digunakan sangat ceria,tenang dan sesuai untuk jiwa wanita-wanita. Bahagian SEO aku tak reti nak komen sebab aku kurang arif dalam bidang ni tetapi aku percaya blog Mak ni mempunyai traffic harian yang tinggi.

Antara entri Mak yang aku pilih adalah:

Aku nak wish kalau aku menang aku nak RM 50 hingit tu untuk aku beli tiub motor sebagai persediaan aku untuk mengharungi perjalanan di lebuhraya yang penuh dengan paku-paku di tepi jalan. Eh, kenapa gelak? Haha..Aku serius ni.

Last sekali tiga nama aku nak tag ialah:

Akhir kata daripada aku, pilihlah aku sebagai pemenang ye mak. haha..Happy blogging to you.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Nasib baik aku ni penyabar.

15

Tuesday, 7 December 2010
Keywords : ,

Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sikap penyabar yang tinggi dalam diri ini. Aku yakin, bila aku ada rasa sikap seperti ni, aku tak akan buat sesuatu secara melulu. Kalau melulu dan dapat impak yang baik tak mengapa, Cuma aku risau kalau dapat impak yang tak baik bila bertindak secara melulu.

Satu hari tu, aku ada hadiri satu bengkel. Seperti biasa, peserta kena tandatangan kedatangan masing-masing.

“alamak..kertas kedatangan tu terkena air la..” aku bercakap dalam hati.

Aku terus la beritahu makcik yang bertanggungjawab jaga senarai kehadiran peserta bengkel tu. Aleh-aleh, aku kena marah dengan makcik tu.

“Alaa..kenapa minum air kat sini..basah dah kertas ni..minum la tempat lain..makcik nak buat kerja pun susah..” kata makcik tu.

Kertas tu diletakkan cantik disebelah makanan dan minuman peserta bengkel tu. Aku nak saja cakap kat makcik tu kenapa buat kerja dia kat tempat peserta nak ambil minuman dan makanan. Mujurlah aku ni penyabar dan ada lagi rasa respek terhadap orang yang lebih tua.

Aku tak sempat nak beritahu makcik tu yang bukan aku yang tumpahkan air tu. Aku sekadar nak beritahu dia saja. Terkilan dengan sikap makcik tu. Tapi tak mengapa, tak kisah pun.

Kalau makcik tu baca blog aku ni, aku nak makcik tu tahu yang aku tak bersalah. Aku tak sempat nak beritahu perkara sebenar. Maklum la..Kaum Hawa kalau dah membebel..hihi..

Kena terajang aku ni karang.

“Makcik!!!! Saya tak salah!!!!” Ini saja la yang sempat aku cakap. Itu pun dalam blog. Hua3..

Yang berlalu biarkan berlalu. Semoga sikap penyabar aku ni akan terus berkekalan. Aku sarankan kepada kamu semua supaya tanamkan sikap bersabar dalam diri. Semoga hidup kamu semua akan lebih tenang, ceria dan cekal menghadapi dugaan-Nya. Tak rugi kita bersabar.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Blog Larian Best!

3


Keywords :

Salam readers. Entri kali ni aku nak buat tentang blog larian. Peluang baik ni. Siapa yang suka berblogwalking, jom la join blog larian. Sekarang!


Saya suka berblogwalking kerana saya dapat mengetahui info terbaru, ilmu baru dan secara tidak langsung dapat mempromosikan blog saya.

Aku nak tag 3 orang rakan blogger di sini.
Umar yang cute
Erza
fendidahada

Untuk maklumat lanjut, sila klik sini READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Antonim Ibu Guru

6

Monday, 6 December 2010
Keywords : , ,

Situasi : Dalam sebuah kelas yang dipenuhi oleh anak-anak yang bijak pandai..

Ibu guru : Selamat pagi anak-anak..
Anak-anak: Selamat pagi ibu guru..

Ibu guru : jangan ribut ya..hari ni ibu akan mengajarkan antonim..mengerti?
Anak-anak: ya bu guru..

Ibu guru : kalau ibu bilang satu kata,kalian harus jawab dengan lawan katanya,mengerti? kita mula in.

Ibu guru : pandai
Anak-anak: bodoh

Ibu guru : tinggi
Anak-anak: rendah

Ibu guru : jauh
Anak-anak: dekat

Ibu guru : berjaya
Anak-anak: menang

Ibu guru : ehh! salah itu
Anak-anak: ehh! betul ini

Ibu guru : bodoh!
Anak-anak: pandai!

Ibu guru : bukan!
Anak-anak: iya!

Ibu guru : dengar ini
Anak-anak: bicara itu

Ibu guru : diam!
Anak-anak: ribut!

Ibu guru : itu bukan pertanyaannya bodoh!
Anak-anak: ini adalah jawapannya pandai..

Ibu guru : aduh..mati aku..
Anak-anak: hidup kami!

Ibu guru : saya rotan baru tahu rasa nanti
Anak-anak: kita akar lama tak tahu rasa

Ibu guru : malas ibu mengajar kalian
Anak-anak: rajin kami belajar ibu guru

Ibu guru : kalian gila semua
Anak-anak: kami waras sebahagian

Ibu guru : cukup! cukup!
Anak-anak: kurang! kurang!

Ibu guru : sudah! sudah!
Anak-anak: belum! belum!

Ibu guru : oh! melawan ya?
Anak-anak: oh! membalas tidak..

Ibu guru : berdiri semua
Anak-anak: duduk!

Ibu guru : begok kalian ini
Anak-anak: cerdik kan itu

Ibu guru : kamu semua ditahan siang ini
Anak-anak: dilepas ditengah malam itu

Ibu guru : mampussss!!!


psstt..tiada kena mengena dengan sesiapa ya. Don't try this at home. hihi..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Banner Contest

12


Keywords :

Salam readers. Dah lama aku tak join contest. Hari ini aku nak join contest yang dianjurkan oleh blogger fatin iaitu pemilik sah blog laksamberlipat. Terlebih dahulu aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada krole kerana sudi tag aku untuk join contest ni.

"Ini peluang baik!!" kata hatiku bila dapat tahu aku di tag oleh krole. hihi..


Contest ni adalah contest berkenaan banner @ header. Banner atau header siapa paling menarik dan blog layout yang paling cantik, paling kemas akan menang. Peluang seperti ni tak akan aku lepaskan. So, korang semua rebutlah peluang ni juga. Jom kita ramai-ramai memeriahkan contest ni.

Ini merupakan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :

Tempat pertama : top-up RM30 (mana-mana line telefon bimbit)
Tempat kedua : top-up RM10 (mana-mana line telefon bimbit)
Tempat ketiga : top-up RM5 (mana-mana line telefon bimbit)

Lumayan kan? So apa tunggu lagi! Sesiapa yang nak join contest ni, sila klik sini.

Aku nak tag,

pssstt..harap-harap aku menang. hihi..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kerana tangan, diri terseksa

13


Keywords : ,

“Kerana mulut badan binasa”. Bahaya tu kan?

Bukan mulut je, tangan pun sama. Aku ubah sikit ye.

“Kerana tangan, diri terseksa”. Bahaya juga kan?

Memang la ni blog kita, suka kita la kita nak tulis apa. Tapi ingat, kita di Malaysia ni ada undang-undang. Mana-mana pihak yang tak berpuas hati boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Bukankah bagus kalau dunia siber ni kita gunakan untuk ke arah kebaikan bersama dan bukannya untuk ke arah keburukan?

Sebagai pengajaran, jaga la percakapan dan tingkah laku agar apa yang ditutur dan dilaung-laungkan tu tak menyinggung mana-mana pihak. Pesanan ini aku tujukan untuk diri aku dan juga teman-teman blogger semua.

Siapa sokong angat tangan!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Shortcut key yang berguna untuk dipelajari!

15

Saturday, 4 December 2010
Keywords : ,

Penggunaan pintasan keyboard (shortcut key) akan lebih memudahkan pengguna untuk melakukan sesuatu task pada sistem pengoperasian. Di sini aku kongsi bersama berkaitan dengan penggunaan shortcuts key ni. Semoga kita dapat manfaat bersama.

Aku lebih selesa guna Bahasa Inggeris untuk bercakap tentang term berkaitan komputer ni sebab lebih mudah faham daripada dialih bahasa kepada Bahasa Melayu. Ini antara shortcut key yang boleh kita guna.

Windows key + R = Run menu
ALT + Tab = Switch between windows
ALT, Space, X = Maximize window
CTRL + Shift + Esc = Task Manager
Windows key + Break = System properties
Windows key + F = Search
Windows key + D = Hide/Display all windows
CTRL + C = copy
CTRL + V = paste
CTRL + A = select all
CTRL + X = cut
CTRL + Z = undo
[Ctrl] and [Esc] = Open Program Menu
[Ctrl] and [F4] = Close active document or group windows (does not work with some applications)
[Alt] and [Esc] = Switch between running applications
[Alt] and letter = Select menu item by underlined letter
[Alt] and [F4] = Quit active application or close current window
[Alt] and [-] = Open Control menu for active document
[F1] = Open Help for active application

Yang ini tentu jarang kita gunakan.

Windows + M = Minimize all open windows
Shift + Windows + M = Undo minimize all open windows
Windows + F1 = Open Windows Help
Windows + Tab = Cycle through the Taskbar buttons
Windows + Break = Open the System Properties dialog box
Left ALT +left SHIFT +PRINT SCREEN = Switch High Contrast on and off.
Left ALT +left SHIFT +NUM LOCK = Switch MouseKeys on and off.
SHIFT five times = Switch StickyKeys on and off.
NUM LOCK for five seconds = Switch ToggleKeys on and off.
Right SHIFT for eight seconds = Switch FilterKeys on and off.

Banyak lagi shortcut key yang boleh digunakan. Aku rasa ini dah cukup untuk info kita bersama.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa yang patut dikategorikan kawan sebegini?

22

Friday, 3 December 2010
Keywords : ,

Petang tu..

"Cantik jam ko zalin..jual kat aku la..boleh?" kawan aku suka sangat dengan jam aku ni..
"Ehh..aku tak nak jual la..aku sayang jam ni..jam ni smart.." aku cuba elak daripada jam ni dicuri.
"Alaa..boleh la..aku beli dengan ko RM50..nak?" Dia cuba ushar lagi..
"Siut je..aku beli mahal-mahal, kau nak beli RM50 je?" Aku pertahankan maruah jam aku ni.
"Tak payah guna jam la..kita back to the future ok..guna matahari!" Kawan aku lagi sorang tetiba menyampuk.

Semua orang gelak sakan masa tu.

"Tak payah guna jam-jam ni..haa..sekarang ni dah pukul 1 petang.." siap tunjuk bukti guna sebatang pensel. Cahaya bayang-bayang tu jadi jawapan dia.
"Pandai la kau bro..sekarang dah pukul 2 petang la!" aku saja sindir dia.

"Erkk..kalau hujan macam mana nak tahu bro? nak tanya sapa kalau semua orang tak pakai jam?" kawan aku yang nak usha jam aku tu bertanya kepada kawan aku tu.
"Senang je..kita tanya katak ok..tanya dia kenapa turun hujan.." selamber je dia bagi jawapan spontan.

Semua orang gelak sakan lagi.

"Hahaha..bro, ko ni baik masuk raja lawak je bro..ada je akal ko nak kenakan orang.." aku bagi cadangan berguna pada dia.

psssttt..nasib baik dunia dah maju. Ada jam, ada telefon bimbit. Kalau tak, payah la asyik kena tanya katak bila hujan. Kalau panas, boleh la juga back to the future. hahaha..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Satu hari tu..

24

Thursday, 2 December 2010
Keywords : ,

Satu hari tu..

“Pakcik, makcik..Saya nak bawa Siti keluar jap..boleh?” Shafiq meminta izin daripada ayah tunangnya.
“Boleh Syafiq..Tapi ingat..”

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah Sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

“Baik pakcik..” Shafiq tersenyum..


Setibanya di sebuah taman..

“Abang..bunga ni dah layu la..” kata Siti kepada tunangnya..
“Yela siti..dah layu..kalau mekar tentu cantik kan?” kata Shafiq
“A’ah abang..” Siti mengiyakan.
“Tapi, abang harap cinta dan sayang kita tak kan layu seperti bunga ni yang dulunya mekar..” kata syafiq lagi kepada tunangnya..
“InsyaAllah abang..” Siti tersenyum..
“Wah..Romantiknya tunang aku ni..” kata Siti dalam hatinya..


Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya

Kau umpama bintang
menyinari hidupku
Ku harap kau
terus bersinar

Di ketika kau
Perlukan aku
Sentiasa aku
Ada di sisimu
Di ketika
Rindu padamu
Terasa cinta
Semakin dalam

Sayang
Kasihku abadi
Cintamu mekar
Di hati ini

Kau dalam ingatan
Di sepanjang hayatku
Demi teguhnya cinta
Selama-lamanya

“Abang ni kelakar la..dah macam dalam filem Hindustan pulak nyanyi-nyanyi kat taman” Siti tersenyum.

Pertemuan Shafiq dan Siti yang mulanya bermula dengan kegembiraan dan akhirnya berakhir juga dengan kegembiraan. Aku harap kita semua pun akan merasai kegembiraan dan kebahagiaan pada akhirnya. Mendalam tu. Cuba fikirkan ye.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sudah aku katakan dulu..

7


Keywords : , ,

Akhirnya apa yang aku katakan dulu benar-benar terbukti. Kenapa aku cakap seperti ni? Hari ini dalam metro ada terpapar satu artikel, “Guru diaib lapor polis”.

Antara teks dalam artikel tersebut,

“IPOH: Berang selepas akaun laman sosial Facebook miliknya diceroboh, seorang guru tampil membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bagi membolehkan satu siasatan dibuat untuk mengesan penceroboh terbabit.

Lebih mengaibkan,penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemarkan maruahnya.

..Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya, katanya ketika ditemui di sini semalam”

Sumber: Harian Metro (Edisi Johor) 2 Disember 2010

Kita kadang-kadang leka dan selalu ambil mudah. Ingin aku nasihatkan di sini, berwaspada la apabila hendak melayari sesebuah laman sosial ataupun laman web yang memerlukan pengguna untuk mengisi username dan password. Sebelum ni aku ada beritahu cara untuk atasi benda ini daripada berlaku. Korang semua boleh tengok sendiri di sini.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Masihkah ada nilai murni seperti ni nanti?

8

Wednesday, 1 December 2010
Keywords : , ,

Bila aku imbau zaman aku bergelar kanak-kanak dulu, jauh beza dengan suasana kanak-kanak zaman sekarang. Begitu juga kalau abah aku yang duduk imbau kenangan zaman kanak-kanak dia. Tentu dia akan cakap macam ni..

"Abah dulu lagi susah..g sekolah jalan kaki..5KM..hujan ribut abah tetap gi sekolah.."

Betul la tu..zaman dah berubah..dah semakin maju. Walaupun zaman dah semakin maju, nilai kemanusiaan dan peradaban manusia kian pudar.

"Aku sedih.."

Kalau dulu anak-anak diajar, bonggkokkan sedikit badan sambil hulurkan tangan ke bawah semasa berjalan depan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat. Tahu kan?

Sekarang ni aku perhatikan, kanak-kanak yang sudah mengenal dunia ataupun remaja dah tak lakukan seperti tu lagi. Selamber je lalu depan orang tua. Langsung tak hormat. Mana peradaban kita? Kita orang Timur atau orang Barat?

Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa dah semakin hilang dalam masyarakat kita sekarang ni. Sambil-sambil tu, dapat juga aku muhasabah diri sendiri.

Jangan AMARIKA sangat nak..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Itu Janji

5


Keywords : , ,

Sinar cinta ku hanya satu
Untuk dirimu oh sayangku
Demi kesetiaan cintamu kepada ku

Tiada dua dalam cinta
Tiada dusta yang tercipta
Hanya dirimu yang ku rindu
Oh… sayangku

Ku telah berjanji
Ku takkan mengkhianati
Cinta yang bersemi
Hingga akhir hayat ini
Itu janji

Wajah mengukir rahsia hati
Senyumanmu manis berseri
Indah cahaya sang rambulan
Cinta suci mu kau dendangkan

Keagungan cintamu
Ku lemas dalam rindu
Keteguhan cintamu
Ku pasti kau milik ku
Sayang ku…

Ooooo…

Lirik Lagu Amuk - Itu Janji

psstt..aku suka dengar lagu ni. Lirik lagu ni khas untuk si dia..hihi. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.