Jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Hujan masih lagi tak berhenti. Aku risau juga ni. Macam mana nak mulakan perjalanan dalam hujan2 camni? basah kuyup la aku camni..
"Angah bawak motor hati-hati k. Jangan bawak laju2.." pesan mak aku. Aku ye kan je. Memang tak laju pun aku bawa motor tu.
"Dah sampai sana nanti telefon.." abah aku pesan pulak.
Aku gagahkan diri aku meredah hujan yang sepoi-sepoi bahasa je sebenarnya. Jarak perjalanan jauh. Walaupun tak lebat, sure basah kuyup aku nanti. Nak tak nak, terpaksa gerak time tu. Ada exam menanti aku. Sebab tu terpaksa balik ke kolej. Terasa sedih dalam hati bila melambai-lambai tangan buat keluarga tercinta. hua3..Nak buat camne. Kena la berkorban demi masa depan.
Laluan dari highway Tangkak memang jadi tempat laluan aku berulang-alik ke Serdang. Dekat sikit dengan rumah. Kalau lalu dari Jasin, terasa jauh lak. Kelajuan maksimum kenderaan di atas lebuh raya adalah setakat 110km/j. Tapi aku tak de la bawa laju sangat. Ada la dalam 105km/j. Haha..
Aku pandu dengan berhemah. Jantung masa tu memang la berdegup kencang. Mana tak nye. Penunggang motorsikal ni sering terdedah kepada bahaya. So, kena la berhati-hati. Sampai je Pedas/Linggi, aku dah rasa lain macam..
"Pehal motor ni macam dah slow je ni? Ciss! dah agak dah!" aku bercakap dalam hati.
Tayar pancit! Memang menguji kesabaran masa tu. Mujur la datang 2 orang pemuda yang aku tak kenali menyapa aku.
"Kenapa bro? " tanya seorang daripada mereka.
"Tayar pancit la bang.." aku explain kat dia.
"Camni la..kiteorang jalan dulu,tanya orang kat hentian depan tu..mana tau kot2 ada yang boleh membantu.." Dia cuba redakan keresahan aku yang masa tu memang dah blur.
Aku bawa motor perlahan-lahan. Ada la dalam 5km aku lenjan je motor tu. Sampai bawah jambatan, pemuda yang baik hati tu datang melambai aku. Aku berhenti kat situ. Aleh-aleh ada seorang lagi pemuda kacak ingin menghulurkan bantuan. Pergghhhhhh..riang hati aku. Dia ada tiub motor lebih!
Alhamdulillah...
Aku terus betulkan tayar motor aku tu sendiri. Barang-barang nak betulkan tayar aku memang dah ada. Cuma tiub motor je yang aku tak ada. Ape la aku ni kan? Lepas ni kena sedia awal2.
15 minit pastu, tayar aku dah siap dibaiki..Syukur alhamdulillah..Tapi duit aku melayang RM20. Nasib baik RM20..Kalau brader tu minta RM80 apa macam? Mau makan maggi je aku kat kolej nanti. Lepas selesai masalah tu, aku mulakan kembali perjalanan aku ke UPM. Walaupun dah betulkan tayar tu, aku still risau. Takut kalau-kalau pancit buat kali kedua dalam masa sehari.
Syukur alhamdulillah..aku tak ada masalah sehingga aku sampai ke kolej. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam telah jadi 3 jam. Family aku siap telefon aku tanya aku dah sampai ke tak. Aku jawab baru sampai je..Takn nak cerita lebih-lebih. Nanti diaorang risau. Hmm..perjalanan yang penuh tragis. Dah la basah kuyup..Tayar pancit..Duit melayang RM20..hua3..Harap-harap lepas ni perkara camtu tak akan berulang kembali.
READ MORE...
__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.