Bila Dia Mencuri Hati Ini

13

Sunday, 31 October 2010
Keywords : , ,

Perkenalan sejak dibangku sekolah, mewujudkan rasa cinta dalam diri Shiela kepada Amri. Sememangnya mereka berdua sepadan. Ada rupa dan berpendidikan. Manusia..tentunya tersentuh bila mengenangkan orang yang jauh dimata tetapi dekat dihati..

Awak..
saya sayang awak..saya rindukan awak..
awak rindukan saya x ?
saya tau awak sibuk..banyak kerja awak kena selesaikan.
Saya tau, dalam jadual awak saya benda ke-10 priority untuk awak ambil tahu.
Xpe..walaupun ke-10, sekurang-kurangnya awak tetap nak ambil tahu.

Tapi kita berbeza..dalam hidup saya, awak paling penting..
Alaa..sama dalam filem-filem tu..kalau tengah bercinta kan dia segala-galanya..
Hmm..awak penting untuk saya after Yang Maha Pencipta, Mak dan Ayah saya.

Saya x lalu makan sekarang ni sebab saya fikirkan keadaan awak kat sana.
Awak dah makan ke? Awak janganlah lupa makan sebab awak tu ada sakit. Makan tau!

Awak, kenapa awak selalu wat ati saya sakit? Kenapa awak selalu uji kesetiaan dan kesabaran saya? Awak x sayang saya ke?
Saya setia pada awak. Awak mengerti kan?

Hmm..awak jaga diri baik-baik ye. Saya x tahu nak buat apa lagi ni.
Hanya menanti masanya saja..Dan saya berdoa semoga awak x berubah hati..


Tanpa mu aku lah yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu



Lagu ni sedih..touching my heart.."Awakkkk..saya nangis ni!!!!" T_T  Shiela menangis..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Aku Terkejut Beruk.

10


Keywords : , ,

Minggu ni baru la dapat rest kat bilik bilik aku yang kemas ni. Minggu lepas aku terpaksa berehat dalam bilik kuliah sebab terpaksa g finishing school. Huhh! memang meletihkan betul. Tengahari buta camni dapat dengar radio, best pulak rasanya. Telinga aku ni dah naik berbulu sebab dah lama x dengar radio. kah kah kah..Merepek je..

Hidup aku sekarang ni rasa x sempurna kalau x mengadap laptop aku ni. Berbekal processor i3 dan RAM 3GB, no hal la kalau nak surf internet. Dengan kaki aku ala-ala orang kalah judi, aku terus load ke blog cikai aku. Skodeng nuffnang sekali untuk skodeng status earning yang aku claims hari tu. Terbeliak biji mata berwarna coklat aku bila melhat ini! bawah ni la..


Sambil menghentak-hentak tapak kaki "tet tet tet..", aku fikir sejenak? Sapa la yang g search camtu ha? Macamana la aku dilabelkan sebegitu rupa. Ini satu penghargaan ni. Pergh!!! rasa bangga jap. (mendabik dada)..haha..aku tiada komen untuk ini.

Jadi hacker memang satu kelebihan. Tapi bahaya wo..Aku masih beretika lagi. Hmm..
Pasni search la zalin handsome, zalin macho, zalin baik hati, zalin power hack. Hahaha..Perasan di situ. Harap-harap orang lain.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010 - Kelantan vs N.Sembilan

13

Saturday, 30 October 2010
Keywords : , ,

Kita cerita tentang bola jela hari ni..Segala tanda tanya dah terjawab. Tahniah kepada pasukan Kelantan FC kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia 2010 setelah menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan membenam pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Dah macam pengulas sukan pulak aku ni! Memang mendebarkan perlawanan tadi. Negeri Sembilan membuat jaringan awal pada separuh masa pertama. Atas semangat juang, pasukan Kelantan berjaya mengikat kedudukan seri 1 sama pada separuh masa kedua. Jaringan gol kemenangan pasukan Kelantan memang cantik pada pandangan mata kasar aku.

"Memang sah dah macam pengulas sukan aku nih!"


Errrkk..Pemain dah ok..Cuma penyokong saja yang x ok. Aku x suka dengan sikap penyokong-penyokong yang suka mencemar kesucian perlawanan tu tadi. Malu la kalau orang negara luar nampak tingkah laku orang Malaysia camtu. Kenapa nak baling-baling botol? Korang kalau nak bagi air kat pemain, bagi la dengan cara yang elok.  Ini tidak, korang main lempar je. Kalau la penduduk kat padang jarak padang terkukur nampak air, mau mati berebut air tau x? ni korang dah ada air, g lempar2 pulak. Tak bersyukur langsung! Lagi satu, kenapa nak baling-baling mercun? err..memang kena baling pun kan? kalau x, makan tuan. Kenapa nak bakar mercun? Tak paham betul aku la tengok perangai penyokong-penyokong ni! badan besar, tapi x matang..Sori, aku ter emo.

OK la..tahniah kepada pasukan yang menang! =))
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Bahangnya kian terasa..Penentuan Juara!

17


Keywords : , , ,

Salam readers..Bahang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 kian terasa. Malam ni penentuan juara antara pasukan bola sepak Kelantan dan Negeri Sembilan akan ditentukan. Pasukan mana yang akan menang? Kedua-dua pasukan berpotensi untuk merangkul kejuaraaan dalam Piala Malaysia 2010 ni. Diharap semua pemain dapat menunjukkan permainan yang kemas dan mantap. Hiburkan penonton-penonton ni semua. Jangan ada insiden-insiden yang boleh mencemarkan kesucian Liga Malaysia. 

Piala jadi rebutan - ikhsan google


Kepada penyokong-penyokong fanatik kedua-dua pasukan, tolong kawal emosi kamu semua. Jaga emosi, jaga adab. Kita orang timur. Penuh dengan adab. Kita sesama Islam. Jangan bergaduh hanya kerana sebiji bola. Bola itu bulat. Ingat tu ya..Kalah menang adat permainan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Jangan la ada berita-berita kurang enak dalam paper esok tentang perlawanan ini..


"Seorang penyokong ______ maut apabila dibelasah teruk oleh penyokong pasukan lawan"


"Seorang penyokong ______ mati akibat sesak nafas setelah digeletek secara berterusan"


Sebagai contoh saja tu..haha..jangan la sampai macam tu ya..Kita kena tanam sikap profesional dalam diri kita semua. Semoga kedua-dua pasukan dapat beraksi dengan cemerlang!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

If she said no, so no la..

14

Friday, 29 October 2010
Keywords : ,

Usia ni akan mematangkan sesorang tu..masa kecik, macam-macam kerenah kita ni kan? bila dah besar, nak tergelak pun ada bila kenangkan kenakalan dan kebijaksanaan masa kecik-kecik dulu. Aku masa kecik nakal la jugak..

Mak cakap : Angah! jangan panjat dinding tu..nanti jatuh!

Alaa mak..jatuh ke bawah ler..

Masa mak aku cakap tu, aku dah panjat dah pun..sebelah rumah atuk aku ada rumah sedang dibina (agak skema ayat)..Masa kecik-kecik,peduli apa aku..semua aku ignore! best wo main panjat2 wall climbing dalam rumah..Biasa la..panjat reti, turun x reti..

Aku ambil keputusan untuk lompat ke bawah (memang pun ke bawah..xkan ke atas..ngeng disitu!)..lompat ala-ala stuntman konon..hiyaaaaa!!!

Tiba-tiba mulut ni keluarkan perkataan ni.."Aduiiiiiii!!!!"

Sekali paku terpacak kat tapak kaki daa..(ulang balik dengan nada pak Ajis lak)..Aku selamber je..konon2 kuat la..sikit pun x nangis..best wo..korang nak rasa? paku panjang lak tu..nasib baik kena kat tapak kaki..kalau kat kepala, takut nanti transform benda lain lak..

Beeertukar!!!

Ehh? haha..over lak..tu la..pesan orang tua-tua jangan diabaikan..jangan di lawan..kalau dia say no! so, no la..bukan ignore..jangan buat dono..

psstt..dulu aku berani main panjat2 ni..sekarang, tengok wall climbing pun dah terketar lutut..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Lagak Power

20

Thursday, 28 October 2010
Keywords :

Ini kisah benar..

Situasi : Waktu ni aku nak g ke pekan..nak beli barang sikit time tu..aku g dengan menaiki motor capok aku..suasana kat kampung aku memang best..tenang je..x macam kat bandar..sibuk giler..bising!

sebelum keluar rumah..

Aku : Mak!! angah nak g pekan jap..nak beli barang sikit..

Mak : Ati2! bawak motor pelahan2..jangan laju-laju..


Memang pelahan pun aku bawak motor..bukan mat rempit k..ketika dalam perjalanan..

prengggg!!! prenggg!!! prenggg ngeng ngenggggg!!!

ada sorang mamat ni bawak motor Honda C80 kat depan aku..leh tahan gak laju..enjin dah bikin kot..saje la tu nak test kelajuan motor dia tu..keluar dari bengkel rasanya..berlagak macam bawak motor berkuasa tinggi je mamat tu..hahaha..bunyi x payah cakap la..memang bingit..

2 minit kemudian..







Sekali ekzoz motor dia gugur daaaa..aisemen..(ulang balik dengan gaya suara Pak Sudin)..aku ketawa tebahak2 wei..kah3..ganda 23!! korang dapat bayangkan x? dia siap x perasan ekzoz dia gugur kat tengah jalan tu..saja je dia memecut kehadapan..memang terbaek la..

slow je aku potong dia..dia tersengih beb..gigi rongak..ngeng!!! sweet...=))
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Jom Parking Kat Blog Ben Ashaari

1

Salam readers..

Nampak tajuk kat atas tu? Aku nak cuba parking kat blog Ben Ashaari..harap-harap berjaya la masuk parking lot kat blog beliau..Confirm best kalau once.i.talk tersenarai..hihi..erkk..sebenarnya dah lama jumpa blog Ben Ashaari ni..tapi dulu jadi silent readers je..dan selalu je terlepas peluang untuk cuba masuk ke bloglist dalam blog beliau..ye..ye..saya budak baru belajar..walaupun ada la follower2 yang sudi follow, tapi aku rasa aku still merangkak..korang? korang blogger hebat..


Aku nak grab peluang yang terbuka luas ni..Thanks En.Ben Ashaari sebab selalu promote blogger2..Alangkah bertuahnya kalau OIT tersenarai..hihi..

p/s : Tunggu apa lagi ? Cepat la buat... peluang ni akan ditutup tengah malam kang ...
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Amaran Osama terhadap Perancis susulan haram purdah, pembabitan di Afghan

4


Keywords : ,

DUBAI: Osama Bin Laden, memberi amaran kepada Perancis bahawa rancangan negara itu mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam dan pembabitan mereka dalam peperangan di Afghanistan membolehkan tindakan ganas di ambil ke atas warga negara Perancis.

Perancis menyuarakan kebimbangan dan mendesak keperluan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, sambil menambah, bagaimanapun pihak berkuasa negara itu sedang mengesahkan ketulenan amaran terbabit.

Dalam satu rakaman audio yang disiarkan menerusi televisyen AL-Jazeera, Osama berkata, penculikan bulan lalu terhadap tujuh warga asing, lima daripadanya warga Perancis di Sahara, utara Niger adalah sebagai satu amaran.

Sumber : Berita Harian
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Dulu aku.....opps!

10

Wednesday, 27 October 2010
Keywords : , ,

Salam readers..Sawadikap..kalau korang perempuan, korang kena cakap camni..sawadikaa..aku belajar dengan sorang student berketurunan siam hari tu..hihi..betul ke ejaan tu? ada sapa2 yang arif? betulkan jika salah ye..aku budak baru belajar..tapi memang serius aku x suka mengajar sebab ati ni cepat panas..so,pas graduate nanti xleh la aku jadi tenaga pengajar..kesian kat student2 tu nanti..


Nak share something ni..ada sapa2 orang Johor yang baca entri ni? kalau ada, tolong angkat telinga! Please...haha..ok la..kalau korang nak tau..bila ada majlis kenduri kahwin kat negeri Johor, dieorang ni akan wat joget lambak pada malam harinya..ada sesetengah jela..aku duk area Muar..memang selalu gak la rumah pengantin wat joget lambak ni..yang datang semua remaja-remaja belasan umur..sosial? yup..sosial..tapi kalau x wat hal, xpela kot..excercise malam hari..yela..kat kampung mana ada pub nak g..kan? hmmm..mungkin ni strategi pasangan pengantin kot..

Dulu masa aku pas sekolah menengah, aku selalu gak g joget lambak tu..ye..ye..aku jahat kan? Suka hati la nak cakap ape pun..itu dulu..sekarang dah x..dengar dari jauh je..Masa remaja, semua nak cuba..aku pun sama..korang pun sama..kan? kenangan paling best masa aku dapat perform satu malam tu..hahaha..ala-ala artis! yang peliknya, dieorang x joget pun..dieorang duk terpaku depan band aku masa kiteorang semua perform lagu yang kiteorang tahu..kenapa? aku pun x tahu kenapa? hahaha..Teruja? Insaf? xsangka? maybe x sangka kot..sebab muka aku kan nampak cam ustaz..(ada pensyarah cakap camtu hari tu..segan aku..) segan sebab aku ni insan yang lemah..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Nampak sama tapi sebenarnya berbeza..

5


Keywords : ,

Salam readers..Korang sihat ke x ni? Harap-harap korang semua sihat la ye..Hmm...kembali kepada tajuk kat atas tu.. "Nampak sama tapi sebenarnya berbeza"..Korang tentu ada laptop/komputer peribadi kan? Bentuk sama x dengan kawan korang punya? Sure la sama..lain ke? itu aku x tau la..secara amnya komputer ada skrin, keyboard, mouse, hard disk, RAM and etc. Tapi, x semestinya brand sama kan?

Dalam dunia ni, banyak syarikat pengeluar komputer ternama di dunia. Semuanya berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk yang terbaik. Bak kata pensyarah aku.."Awak kalau nak tunggu peralatan komputer yang terbaik dan murah, awak xkan dapat guna teknologi tersebut kerana setiap hari teknologi baru akan keluar..so, jangan tunggu..beli je..jangan fikir.."

Kembali kepada perenggan pertama..kenapa syarikat pengeluar komputer berlumba-lumba untuk keluarkan produk yang terbaik? Untuk apa? Sure la untuk tarik perhatian pelanggan dan ini adalah salah satu strategi perniagaan mereka..betul x?

OK..katakan laptop kawan korang sama dengan laptop korang..

"ehh! laptop ko sama dengan aku la..sebiji! beli la yang lain..sibuk je nak tiru cam aku! "

kata ayat ni pada kawan korang..

"ermm..memang la sebiji cam laptop ko beb..xkan ko je yang nak guna laptop ni dalam dunia ni..walaupun nampak sama, isi kat dalam laptop ni mengkin x sama..ko mungkin guna software yang 10 tahun lepas..tapi aku guna software yang latest! ko mungkin guna windows 7..tapi aku guna linux! "

Kita x boleh pentingkan diri sendiri. Jangan ingat kita seorang je patut ada benda tu dalam dunia ni. Hilangkan rasa x puas hati tu. Fikiran kena terbuka.Sama la dalam situasi kehidupan yang lain..Terima kasih kerana sudi membaca..peace! no war!

Sekian..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Jeritan Batinku

7

Tuesday, 26 October 2010
Keywords : ,

Serius aku tersentuh! Rasa nak menangis..Sangat-sangat mendalam..jika kaji liriknya, kamu tentu dapat maksud yang sangat jelas..


Aku nantikan nyanyian Azlan & The Typewriter untuk mendendangkan lagu ni sebagai penghargaan kepada Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee..Sememangnya lagu yang menyentuh jiwa..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Pertandingan Header Tercantik!!!

11


Keywords : ,

Salam readers..Hari ni blogwalking ke blog rakan-rakan blogger, terjumpa satu contest..best contest ni..aku teruja nak join..bukan nak menang..saja je nak cuba..menang kalah belakang cerita..contest ni dianjurkan oleh alienelliz..Tajuk contest ni, Pertandingan Header Tercantik!!! ..

So, aku pertaruhkan header blog aku once.i.talk..ada harapan ke nak menang? kalau menang, best juga.. =)

Aku rasa, x perlu nak upload header blog aku dalam entri ni sebab header tu dah ada kat atas tu haa..besar saiz header tu..x sesuai nak upload dlm entri ni..nanti load lama..

Jangan lepaskan peluang untuk join contest ni ye kawan-kawan..aku nak tag

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Hati Seorang Bapa - Part 3

9


Keywords : ,

Tak sampai seminit, abah terus masuk bilik..

Mak : ehh orang tua ni..tadi orang suh rehat dlm bilik x mau..ni orang nak rehat, sibuk je dia nak join sama..

Abah : erk..bia la..kecoh je..

Mereka berdua berbalas senyuman.. Malam yang indah…tentunya.. =)) Kedinginan malam menggamitkan lagi rasa sayang antara pasangan mereka..terasa indah..terasa saat-saat baru bergelar suami isteri..indah sangat..walaupun senyuman diukir dibibir abah, kesakitan yang dialaminya tetap dirasai..Memang hebat kaum hawa..walaupun abah sembunyikan kesakitannya, mak dapat rasakan yang abah sebenarnya tak berapa sihat..

Abah : saya sayang awak..saya x pernah curang pada awak selama kita kenal sehingga ke hari ni..awak isteri saya dunia akhirat..saya bersyukur sebab dipertemukan dengan awak..awak la orang yang paling memahami saya..susah senang awak sentiasa ada bersama saya..

Tiba-tiba abah menitiskan airmata..

Abah : sayang..bila saya takde nanti, awak jaga diri awak baik-baik..jaga anak kita tu baik-baik..belai dan didik dia dengan cara yang betul..jangan abaikan dia..beri kasih sayang yang secukupnya pada dia..saya mahu anak kita jadi anak yang berguna suatu hari nanti..selagi hayat ada, kita didik anak kita tu baik-baik..budak-budak sekarang dah x macam zaman kita dulu, sayang..

Mak : ye abang..abang janganlah menangis..sy janji..selagi hayat ada, selagi itu kita jaga dan didik anak kita tu ye..sama-sama..

Mak mengesat airmata dipipi abah..mereka berbalas senyuman dan berpelukan..sememangnya mereka pasangan yang romantik..

Jam menunjukkan pukul 1 pagi..akhirnya mata mereka terlelap jua..
Pabila subuh menjelma, mak bangun dari tidur..begitu juga dengan abah..mereka solat subuh bersama..

Mak : Adik..bangun..mandi..g siap-siap..hari ni nak g rombongan kan?

Adik : Mak…adik xnak pergi laa…adik xnak pergi..

Mak : laaa..nape xnak pergi ni..? dah2..bangun,mandi..g siap-siap..nanti tertinggal bas pulak..


30 minit kemudian..

Abah : adik, jom abah hantar adik g sekolah..naik boeng 747 abah tu..

Adik : hahaha..jom2..

Adik : Mak!!! Adik g dulu!!!

Mak : adik jaga diri baik-baik ye..jangan merayau sorang-sorang..

Adik : baik mak..

Setelah tiba di sekolah, abah sempat memberi pesanan kepada adik..macam-macam amanat yang disampaikan..adik pelik..abah xpernah bagi nasihat dan amanat seperti tu sebelum ni..

1 jam kemudian, bas bertolak ke Kuala Lumpur..lambaian abah disertai dengan senyuman..mata abah tak berkelip melihat anak tunggalnya itu..abah segera pulang..

Abah : aduh..badan rasa x sedap pulak..

Abah terus pulang..sampai di rumah, terus mencari bantal dan baring..batuknya makin teruk..Dalam menahan kesakitan pada dada, abah terlelap jua..mujurlah hari ni abah x kerja..dapat la dia berehat..Masa bergerak pantas..abah masih tidur walaupun matahari sudah lama membahang di langit. Mak mula mushkil..


Mak : abangg..bangun..dah tengahari ni..makanan tengahari dah saya masakkan tu..jom la makan sama..abangg..bangun la..bangun2..

lama mak kejutkan abah tabi si abah masih x bangun..

Mak : abanggg!!! Bangun la!! Jangan buat saya camni!!..bangun laaa… =((

Sangat-sangat sedih..si abah dah pergi buat selama-lamanya..mak dan adik bersedih atas pemergian abah..Rupanya, malam dan pagi itu adalah yang terakhir buat mereka bersama abah..mereka rindukan abah..mereka rindukan gelak tawa abah..orang yang menceriakan hidup mereka setiap hari..tapi kini, ianya hanya tinggal kenangan..

2 hari kemudian..adik terjumpa satu buku..buku tu nampak usang..dalam bilik abah..adik terjumpa masa sedang asyik mengemas bilik abah..adik baca isi kandungan buku tu..ada catatan harian abah rupanya..adik tekun membaca..airmata adik tiba-tiba mengalir..walaupun masih dalam usia yang muda, sudah cukup matang untuk adik memahami isi dan kata-kata buku tersebut.

"20 April 1997 - aku menimang cahaya mata aku yang sulung..aku sangat gembira kerana diberi anugerah yang tidak ternilai..akanku jaga amanah ini dengan sebaik-baiknya agar dia menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.."

"13 Jun 2008 - Kesihatan aku sekarang semakin terganggu..aku dah x segagah dulu..tapi aku x boleh tunjukkan kesakitan aku pada keluarga aku..aku x nak mereka bersedih..aku nak mereka bahagia selagi hayat aku ada..biar diri aku sakit..asalkan mereka bahagia.."

"25 November 2009 - aku diherdik dan dihina oleh orang-orang yang berpangkat dan berharta daripada aku..dieorang kata aku xlayak untuk duduk bersama mereka..aku malu, aku sedih..aku harap hidup aku akan bertambah baik suatu masa nanti..aku harap permata aku dapat jadi orang besar satu masa nanti..aku nak dia jadi orang besar yang baik hati..aku akan usahakan ke arah itu! aku yakin permata aku akan menjadi orang hebat satu masa nanti.."

"11 October 2010 - Kesihatan aku makin teruk sekarang..entah sampai bila aku dapat bertahan..Ya Allah..aku mohon perlindungan daripada-Mu..Aku rasa bahagia melihat anak aku dan isteri aku gembira setiap hari.mereka tahu ke apa sakit aku sebenarnya? xpe..satu hari nanti mereka akan tahu juga..aku teringin lihat anakku berjaya..Adik...jadi insan yang berguna..abah dah curahkan segala-galanya kat adik..kasih sayang, perhatian, didikan agama, sekolah..abah harap adik belajar bersungguh-sungguh..adik tau x abah sangat-sangat penat setiap hari membanting tulang untuk bahagiakan kita sekeluarga? walaupun penat, abah x tunjuk rasa penat tu..adik jadi la insan berguna..dengar cakap abah dan mak..kami sayangkan adik..hati abah, hati adik....hati abah, hati mak....hati kita bersama..hati seorang bapa yang sangat menyayangi anak dan isterinya.."

Adik : Abahh!!!! kenapa abah tinggalkan adik!!!!!! Adik sayangkan abah!!!! =((


Tamat...
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Apa akan terjadi..

18

Monday, 25 October 2010
Keywords :

Duduk-duduk sambil layan perasaan, tiba-tiba terfikir..if apa-apa terjadi pada aku satu masa nanti, camne ngan blog ni ye? terkubur atau ada yang sudi ambil alih? hmmm..betul2 rasa down sekarang ni..

Aku rasa jawapannya, tentu la terkubur.. READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Hati Seorang Bapa - Part 2

8

Sunday, 24 October 2010
Keywords : ,

Teruk batuk Abah. Mat, nampak risau melihat keadaan sahabatnya tu..

Mat : kau ok x ni?

Abah : jangan risau Mat..aku ok..Terima kasih Mat. Jangan risau..aku x pape..

Abah sembunyikan kesakitannya pada Mat. Sememangnya itu sifat semulajadi abah..x suka ceritakan apa yang dialaminya kepada sesiapa. sangat-sangat berahsia orangnya..

1 jam kemudian

Tersenyum tatkala melihat Mat menghulurkan duit upahnya..Wang yang diperolehi digenggam erat dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Dalam fikirannya.." Alhamdulillah..dapat juga aku cari duit untuk anak aku pergi rombongan tu.."
Tanpa berlengah, abah terus pulang ke rumah dengan menunggang motor kesayangannya. biarpun motor x secantik orang lain, tapi dia tetap bersyukur kerana mempunyai kenderaan untuk dia pergi mencari rezeki. Dalam perjalanan pulang, ada sebuah kereta dipandu laju dari satu simpang. Kereta tu melulu keluar dari simpang tanpa memikirkan kenderaan lain yang berada dijalan raya. Abah jadi mangsa..Abah terbabas dibahu jalan. Mujur abah tidak cedera.

Abah mengeluh..

Abah : Haihh!!! macam ni la sikap pemandu-pemandu Malaysia..bukan nak pandang kiri kanan. Main keluar je..nasib baik aku x pape..


Malam hari..

Abah : Adik..ni duit yang adik minta tu..nah RM100..cukup tak?

Adik : Yeyey!!! yahooo!!! cukup-cukup..terima kasih abah..adik saaaaayyyaaaanggg abah.. =))

walaupun sakit, abah sempat lagi mengukir senyuman buat anak tunggalnya tu..melihat gelagat anak yang masih lagi belum akil baligh tentunya seronok..terubat sedikit rasa sakit abah..

Abah : Adik g kul berapa esok? dah siapkan barang-barang yang adik nak bawa? Nak duit lagi x? Ni abah bagi lagi RM20 untuk buat duit minum ye..

Adik : yeyyyyy..terima kasih abah.. =))


Anak kecil..pantang dihulur duit..dia x kan menolak..


Abah : Adik jaga diri baik-baik ye nanti..Abah risau..Naik bas bahaya gak. Tapi abah harap adik selamat pergi dan selamat pulang ke rumah. Pesan kat cikgu..sebelum jalankan perjalanan, baca la sedikit doa. Mohon pada Allah agar perjalanan rombongan adik tu selamat. lagi satu, kota besar tu bahaya..Ramai manusia kat sana..kita x tahu sama ada mereka baik atau jahat..Adik jangan merayau mana-mana ye..abah x mahu sesuatu yang buruk terjadi kat adik..adik jela permata yang abah ada..abah nak gak permata baru untuk jadi teman adik kat rumah ni..tapi mak asyik tolak je..hihihi..=))

Mak tersenyum..merah mukanya..Sempat lagi abah melawak..walaupun sedang sakit, dia masih lagi mahu buat anaknya tersenyum.. =) faham ke si adik? hihihi..

Mak : Awak ni..suka sangat menyakat saya ye?

Abah : hihi..mana ada..saya gurau je tadi..

Mak : elehhh..

Adik : ^%*&%^$!?

Malam semakin sunyi..

Abah : adik..g tidur ye..esok nak bangun awal kan? Nanti terlepas pulak bas rombongan tu..kang x pasal-pasal abah kena kejar bas tu guna motor capok abah ni..hahaha..

gelak tawa abah disertai dengan batuk..

Mak : awak ni sihat ke x? pergi la berehat jugak..risau saya tengok awak ni..

Abah senyap membisu..mata melirik ke arah mak..hanya senyuman diukir..

Mak : eh orang tua ni..orang suh g rehat kat bilik, dia senyum2 kambing pulak..

Abah tetap hanya mampu bersenyum..memang abah ini orang yang murah senyuman..walaupun sakit, dia sentiasa ingin membahagiakan keluarganya..

Mak : yela..yela..saya nak rehat gak ni..




Nantikan sambungannya..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tips Ringankan Blog Anda..

14


Keywords : , , , ,

Tentunya semua pembaca atau pengunjung menginginkan masa capaian yang pantas untuk load ke blog-blog yang ingin dilawati. Lebih mudah jika kita kata, blog yang ringan. Blog yang baik tidak terlalu bergantung kepada paparan yang cantik atau entri yang menarik saja. Di sini aku ada membuat sedikit penyelidikan terhadap masa yang diambil untuk load ke sesebuah blog tersebut. Sebenarnya, banyak cara untuk kamu semua mengurangkan saiz blog kamu. Seeloknya bawah 100KB. Salah satu cara yang aku nak share ni telah aku cuba untuk blog once.i.talk.


Memang menakjubkan! Kamu semua boleh cuba.

1. Paparkan 2 atau 3 entri sahaja untuk satu page.
2. Jangan paparkan logo blogspot atau logo-logo rasmi blog kamu semua pada ruangan bloglist.

Buktinya : 

Sebelum
bloglist dengan logo blogspot
Saiz blog dengan logo blogspot


Selepas
Tiada logo blogspot
Saiz blog apabila tiada logo blogspot
Kamu semua boleh cuba meringankan blog kamu semua dengan guna cara yang aku cadangkan ni..Semoga berjaya.Sekiranya kamu semua ingin mengukur sejauh mana kebenarannya, kamu semua boleh guna tools Website Speed Test.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Hati Seorang Bapa - Part 1

11

Saturday, 23 October 2010
Keywords : ,

Dalam sebuah rumah yang agak kecil, tinggal 3 orang penghuni sekeluarga..Si adik, Abah dan Mak..Keluarga yang agak sederhana..Tapi mereka cukup bahagia.. Sedang asyik menonton televisyen selepas selesai makan malam bersama..tiba-tiba..

Adik : Abah…adik nak RM100..nak pergi rombongan..kawan-kawan adik semua pergi..boleh adik g sama?


Abah : RM100? Adik nak g rombongan ke mana? Rombongan kawin?

Abah tersenyum..

Abah : adik jangan buat hal pulak..haha..

Adik : xdela..adik nak g rombongan sekolah..nak g KL..

Abah : oohhh..ok, nanti abah bagi adik RM100 tu ye..tapi esok la..

Abah masuk ke biliknya..melihat isi dompetnya..hmm..tinggal RM50 saja..itu pun hanya cukup untuk belanja keperluan harian sekeluarga untuk seminggu..gaji lambat lagi..



Di ladang sawit...

Abah : Mat, ada kerja yang aku leh buat x kat sini? Aku rasa nak cari duit lebih la..anak aku nak g rombongan sekolah..aku xde duit nak bagi kat dia Mat..

Mat : Ada [……]..kalau ko x kisah, ko boleh tolong aku kat ladang ni..tapi keje sini berat..

Abah : boleh Mat..aku xnak tengok anak aku bersedih..dia je satu-satunya anak aku..

Mat : tapi, ko larat ke ni? Ko tu bukannya sihat sangat..

Abah : boleh boleh..aku boleh…uhukk2..boleh Mat..


Akan bersambung…
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

50 Bloggers Diperlukan

13

Salam readers!!!! Aku ada pengumuman!! Dah menjadi tabiat aku, memang tak dapat lari dari blog kesayangan aku ni..Mata aku tertumpu pada satu blog best ni. Kamu semua tentu pernah dengar blog 100penulis kan? Dulu, aku terlepas peluang untuk jadi salah seorang editor blog ni. So, kali ini aku tak nak lepaskan peluang untuk join blogroll 100penulis ni.

Kenapa aku nak join?

Sebenarnya, aku sangat-sangat berminat jika hasil penulisan aku dibaca dan dihargai oleh semua pembaca. 100penulis patut terima link aku ni sebab aku memang selalu update blog ni..hehehe..tak baik berbangga.

Aku rasa, ini masa yang sesuai untuk aku berhubung dengan blogger-blogger hebat diluar sana..kan? So, aku sangat-sangat berminat untuk join pencarian 50 Blogger ni..Harap-harap tersenarai.. =)
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tolong Bawa Bertenang..Ni bukan Pasar Malam

8


Keywords : , ,

Sikap manusia..selagi leh bercakap, macam-macam nak bercakap..memang itu fungsi mulut..tapi cakap la pada masa yang sesuai..Respek beb! Respek!




p/s : Hormat-menghormati antara satu sama lain..please!!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kali ini untuk kali keduanya..

16

Friday, 22 October 2010
Keywords : , ,

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

ehhhh..? silap..silap!! salah tu..


Kali ini untuk kali keduanya
Mereka tanyakan aku soalan yang sama
"Eh kamu di tag lagi untuk terima anugerah"
"Apa kau rasa, apa kau x percaya"

hahaha..aku dapat lagi award..award dari sape? award ni datangnya daripada fyezarahman ..TQ ye tag once.i.talk aka OIT ni..Sebenarnya, ini award kedua kali aku dapat..tapi x pe..orang memberi kita merasa..orang berbudi kita berbahasa..orang dah beri, kita ambil jela..Kena jawab soalan..xpe, aku jawab..


1. Apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?
Bila la assignment ni nak siap? terasa rindu pada orang tersayang..harap dia sihat,ceria dan tabah..

2. Apakah nama samaran anda ?
zalin

3. Senaraikan 3 orang yang anda sayang
Semua orang aku sayang..cuma lain-lain tahap..hihi..

4. panggilan untuk si dia
sape si dia tu? aku tanya lik ni..haha..


5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
Aku xnak impi apa2..ikhlas sudah..


6. Blog mana yang paling anda suka visit ?
Blog yang ada sub-domain blogspot, domain .com,.info dan etc


7 . Tag kepada blogger.

Credit to Fynn Jamal - 150 juta
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Lembaga Rambut Panjang - Kisah Seram

11


Keywords : , , ,

Korang semua pernah jumpa makhluk halus? Camne rupanya? Aku x pernah jumpa..minta dijauhkan la..

MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.

Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki.

Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan.

“Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.

“Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka.

“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.

“Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.

Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

Sumber : Harian Metro


p/s : kejadian camni selalu je terjadi kat asrama-asrama..kalau aktiviti di kem pun ada je berlaku benda camni..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kecewa..Terasa Rugi..Lawak pun ada..

11

Thursday, 21 October 2010
Keywords : , ,

Aku buat lawak hari ni..Bukan main semangat lagi nak g kuliah. Pukul 3.30pm dah get ready untuk ke kuliah. Terbaek la ko zalin! Enjin kapal terbang aku pun dah aku panaskan. haha..hujan plak..Time hujan ni pulak leh pak guard dan mak guard buat sport check kat gate..aduiii..buatla time panas terik..opppsss..jarang pulak tengok dieorang ni buat sport check time panas2..hihi..lumrah..


Situasi : Tombol pintu dibuka dengan penuh berhati-hati..
Sampai kelas, kelas kosong..what! terpinga-pinga aku kat luar kelas..mana g semua orang ni? dah xnak belajar ke? hmmm..aku terus keluarkan jadual waktu aku..cis! kelas dah habis! start kul 2 sampai kul 4 rupanya! huhuhuhu..sejak bila penyakit nyanyok ni datang kat aku?

Situasi : Jalan dengan longlai tak bermaya seakan-akan mahu menitiskan air mata..
"Sedih giler!..aku bukan orang yang suka ponteng kuliah sesaje!.."

Aku terus mesej kawan aku : "ko g kelas tadi bro?"
Kawan aku reply : " g..tapi kelas sampai kul 3 je..nape ko x g?"
Aku reply lik : " aku lupa dowh..ingatkan kul 4"
Kawan aku reply lagi : " cet! dah abis sem dah.."

Memang kecewa!

READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Contoh Anak Tidak Mengenang Budi

25


Keywords : ,

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.
Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengesot.

“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro


p/s : Boleh tak aku kata yang anak Aminah ni semuanya anak yang tak mengenang budi? Boleh tak aku kata yang anak2 dia tu sengal lagi bodoh? Ingat, hari ini kamu sakiti hati ibu kamu, esok lusa kamu terima balasannya..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Minggu ke-13

14

Wednesday, 20 October 2010
Keywords :

Pejam celik pejam celik, nasib baik celik..kalau x celik, xdela aku nak buat benda pelik dalam ruangan ni. Dah minggu ke-13 rupanya untuk semester ni..Semakin diri ni jadi pelajar senior, semakin banyak lak kerja-kerja yang tertangguh..haihhh!!! sangat-sangat memeningkan kepala la camni! Tajuk Final Year Project pun tak dapat-dapat lagi ni. Sejujurnya, aku blur..x tahu nak buat tajuk apa..bila la idea ni nak muncul kan?


" Programming is fun! " hmmm..what ever..

Emosi agak terganggu sekarang ni..xde yang menarik nak aku ceritakan buat masa ni..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

once.i.talk dapat award lagi!!

13

Tuesday, 19 October 2010
Keywords :

Salam readers..korang sihat? x sihat, g klinik..jangan biarkan je sakit tu..faham? yesss..aku dapat award la..dah lama x dapat award..nak bukti? Ni buktinya..



Ni awardnya..blogger harapan! haha..berharap le aku..Terima kasih kepada pemberi award ni lydia miza ..


Kena jawab soalan? ok2..aku jawab k..

kenapa korang suker ceriteracinta balqis?
kerana blognya cantik..

reaksi korang lepas dapat award ini?
terkejut..haha..

Tag 15 kawan@blogger yang lain.
alaa..sapa nak award ni,ambil jela..free2..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Kita Senang Sangat Kena Tipu..

10

Monday, 18 October 2010
Keywords : ,







p/s : saper la yang x nak jadi kaya..hihi..tapi berhati-hati ye..jangan terlalu taksub nak jadi kaya..nanti jiwa merana..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Pemenang FREE Domain anjuran Dahlia dan iHosterz!!

17

Sunday, 17 October 2010
Keywords : ,

Salam readers..Diharap kamu semua sihat sejahtera..2 hari menghilangkan diri, terasa rindu blog cikai ni..Rasa terkejut pun ada ni..terkejut sebab rakan blogger ucap tahniah kat aku..baru ingat..keputusan GA Free domain dah keluar.. =)

Copy dari Dahlia


Dahlia dan iHosterz bergabung tenaga menyediakan Giveaway Special: Domain Percuma untuk blogger. Aku telah join GA ni..sape yang xmau domain free..Alhamdulillah..aku berjaya.!!! yeehaa!!!! .mungkin ini rezeki..kepada semua yang join GA ni, jangan sedih-sedih ya..mungkin rezeki kamu semua akan datang tak lama lagi..

Nama Domain pilihan saya ialah : onceitalk.com

Dah cek nama domain ni kat Demometer..available..=) Lastly, thank you buat Dahlia dan iHosterz!!!! Kepada kawan-kawan, nanti ubah link yang ada kat blog kamu semua ya..peace.. =)
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sayangi Dia..Hormati Dia..

11

Friday, 15 October 2010
Keywords : , ,









p/s : Jangan derhaka kepada ibu kita..jangan kata "ahh!"..khuatir ibu kita akan terluka..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tercengang dan Teruja

12

Thursday, 14 October 2010
Keywords : ,

Salam readers..Wah!!! aku macam xpercaya je otai-otai blogger sudi follow blog cikai aku ni..Teruja siot..yela..tiap-tiap ari kot aku masuk blog ni..memang sempoi..entri x payah cakap la..dalam 1 hari tu, banyak kali otai kita ni post entri baru..sepanjang aku berkecimpung (poyo) dlm dunia blogging ni, xpenah lagi jumpa blogger yang post entri baru sebanyak blogger ni..tabik hormat skali!!

Orang yang aku maksudkan adalah..ni..



Tipu la kalau korang x kenal encik ni..haha..Thanx bro cz sudi jadi follower once.i.talk . Aku suka dengan sikap rendah diri Ben Ashaari..Oleh kerana blog dia xde shoutbox, so aku sampaikan ucapan terima kasih kat sini jela..Terima kasih gak kepada follower-follower hebat yang lain.. =)

ermmmmm..once.i.talk dah genap setahun rupanya..keh3..baru aku ingat..korang semua janganlah jemu untuk datang ke once.i.talk k..pintu sentiasa terbuka. xde password pun untuk korang masuk ke sini..


p/s: aku dah lama follow blog ben ashaari..keh3..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Senyum je dah cukup.

23


Keywords : , ,





p/s: mana yang baik tu ikut ok..mana yang tak baik tu, buang ke tepi.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Imagine Cup 2011 | USA

0

Wednesday, 13 October 2010
Keywords : ,

Imagine cup datang lagi..kali ni USA Imagine Cup 2011..tahun lepas, Poland Imagine Cup 2010..Aku dah register tadi kat fakulti aku..haha..sapa2 student IPTA / IPTS yang nk join, cuba ushar link sini..-->> IMAGINE CUP 2011


logo imagine cup 2011



Mana la tau kot2 ada blogger yang power develop software dan masih lagi student, x salah korang cuba ketengahkan bakat korang tu..Pemenang akan dapat hadiah yang sangat lumayan! Aku?..Aku masih mencari2 idea yang bernas..haha..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

22

Tuesday, 12 October 2010
Keywords : , ,


p/s : berhati-hati di mana jua..sayang menyayangi antara satu sama lain..ubah sikap dan bersabarlah..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Aku Ada Misi - Tercapai ke?

20

Monday, 11 October 2010
Keywords : ,

Korang nak tau pe misi aku tu? skodeng gambar kat bawah ni. Agak2 korang, tercapai ke misi aku ni? 




Even follower macam ramai, tapi uv macam kureng je..huhu..nape korang follow blog aku ni erk? xpe2..aku suka..keh2..biala UV x seramai mana..yang penting korang ikhlas singgah ke blog aku ni. Thank You!! Aku ada misi ni..ntah tercapai ke tidak..hahaha..x kot..ehh? tercapai kot..pape jela..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Sempit vs Luas

2

Sunday, 10 October 2010
Keywords : ,

Dunia oh Dunia!!! Makin lama, makin kuat godaan dunia..



p/s: Renung-renungkanlah wahai sahabatku..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Artis Pelik dalam Dunia

9


Keywords : , ,

Pelik giler artis international perempuan yang ni..Serius, aku x suka sangat dengan dia ni. Walaupun suara dia leh tahan sedap daripada suara aku, penampilan dan perangai atas stage dia buatkan aku rasa meluat..korang? aku x tau la..Macam mana la artis2 camni leh masuk kat Malaysia? (lagunya)..Malas nak cakap la..budaya-budaya negatif ni senang je masuk..so x hairan la kalau bangsa aku sekarang ni dah berani   bercumbuan depan public. Malu aku tengok..sengal! Berbalik cerita asal, aku rasa artis ni memang sangat2 pelik..pakaian pelik, yang ni pun pelik..jom baca..




LOS ANGELES: Meskipun ramai yang mengaku Lady Gaga memiliki suara yang baik, penyanyi itu sering menjadi tajuk akhbar kerana pakaiannya yang aneh.

Menurut laporan, Gaga seringkali meminta tong oksigen ditempatkan di dalam bilik persalinannya, madu disimpan di kawasan belakang pentas, makanan yang dihidangkannya tidak berulang dan makanan berbeza disajikan setiap hari sepanjang seminggu.


Penyanyi itu berkata, baik oksigen mahupun madu perlu sentiasa disediakan ketika dia mengadakan persembahan konsert.

Gaga mengarahkan setiap penganjur menyajikan makan malamnya pada jam 5 petang. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penganjur didakwa melanggar kontrak.

Mengenai jenis makanan, Gaga dikatakan memilih berbeku untuk malam Ahad, masakan Asia atau Mexico pada Selasa dan Rabu.

Pada Khamis pula, penyanyi itu mahukan masakan asli Amerika dan daging dikhususkan pada Jumaat.

Gaga memilih pasta dan ayam belanda panggang untuk Sabtu. Dia juga mengarahkan penganjur menyajikan minuman tanpa ais setengah jam sebelum membuat persembahan.

Untuk memuaskan kehendak hatinya, Gaga turut mengarahkan penganjur berhenti menyajikan ais sama sekali pada waktu itu.

Sumber : Harian Metro 


p/s : Dah macam bomoh dalam cerita-cerita drama Melayu..mintak pengeras.Macam-macam..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Alienware M17x - Giler gempaq

13

Saturday, 9 October 2010
Keywords : , , ,

Online Price : RM 8,199

Dah lama nak share tentang laptop ni..Jom tengok spesifikasi laptop ni..Mana tau korang berkenan nak beli satu.. 


Specification

Processor (CPU)
Intel® Core™ i7-740QM Processor (1.73GHz, 4Core/8Threads, turbo boost up to 2.93Ghz, 6M cache)

Operating System
Genuine Windows® 7 Home Premium 64bit (English)

HD display
17.0" UltraSharp™ WUXGA (1920x1200) RGBLED Display with TrueLife™

Video Card
CrossFireX™ Dual 1GB GDDR5 ATI Mobility Radeon™ HD 5870

Memory (RAM)
6GB (1 x 2GB + 1 x 4GB) 1333MHz DDR3 SDRAM

Hard Drive
1TB 7200RPM SATA Hard Drive (500GBx2)(Raid 0)

Optical Drive
8X DVD + /-RW Drive with DVD + R double layer write capability

Security Software
McAfee® Security Center (Multi-Language) 15 Months Version

Wireless Network Card
Dell™ Wireless 1520 802.11n Half Mini-Card



p/s : Laptop ni memang best giler untuk mereka yang kaki gamers..memang terasa kepuasan bila main game dalam laptop ni. Processor memang tip top..Grafik? x payah cakap la..memang lawa giler..kalau tengok citer 3D, confirm best! Sound? Surrond tu..yang bestnye, keyboard bercahaya..boleh tukar2 warna tu..

Demonstrator aku dah ada satu..jeles wei! huhu..x mampu lagi..mungkin 1 hari nanti aku dapat 1..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Manifestasi Cinta

5

Friday, 8 October 2010
Keywords : , ,


Aku memang peminat fiq..haha..dia lain dari yang lain..ada style..nampak yakin bila nyanyi lagu rock! Suka style dia yang terbaru..nampak fresh rocker..video klip ni pun nmpak matang..tapi still x leh beat video artis barat..layanz..Rock on! keh3..


Fiq - Manifestasi Cinta

Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Tahniah kepada Semua Graduan IPTA

2


Keywords : , , ,



Entri simple.. Tahniah kepada semua graduan yang bakal berkonvo dalam waktu yang terdekat ni. Semoga kalian semua berjaya mendapat kerjaya idaman korang pula pasni..keh3..Sama-sama majukan negara kita yang tercinta ni..
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

zalin once.i.talk di tag! - hehe..

6

Thursday, 7 October 2010
Keywords :

Kata orang, hidup kena bermasyarakat. Saper la orang tu..Memang betul kata-kata tu. Hidup kalau sombong meninggi diri, orang tak suka. Dunia blogger ni pun sama. Tak boleh nak sombong-sombong, tak boleh nak bangga diri. So, atas dasar persahabatan, aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang hebat kerana sudi tag aku untuk menerima award. Aku dah dapat award ni. Tapi tak mengapa..Kamu dah bersusah payah tag aku, so aku sangat-sangat hargai.

Itu bermakna,ada juga sahabat blogger yang ingat kat aku. Ok la..aku xnak membebel banyak sangat. Ni dia awardnya..

Award from Azwandy

Award from budakkecik


Terima kasih kepada kamu berdua kerana sudi tag aku ye..Aku sangat-sangat hargai jasa baik kamu.
Peace!!

Kepada sesiapa yang masih belum dapat award-award ni, sila ambil. aku bagi free!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

Misteri Bau Busuk Terurai!

8


Keywords : , , , ,

MELAKA: Pencarian punca bau busuk yang disangka bangkai tikus oleh seorang penduduk di Kampung Batu 4, Solok Pantai, Batu Berendam, dekat sini, semalam membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas dalam keadaan dibungkus dengan plastik sampah.

ANGKAT...mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.

Penduduk, Mohd Azahari Mohd Zin, 13, berkata dia terkejut dengan penemuan mayat lelaki warga emas berkenaan, tetapi mendakwa ada melihat seseorang meletakkan plastik sampah terbabit di kawasan itu tanpa mengesyaki sesuatu.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan mendengar bunyi orang berjalan di belakang rumah.

“Saya dengar bunyi orang berjalan di belakang rumah dan mengintai dari belakang pintu. Saya nampak seorang perempuan sedang mengheret satu bungkusan plastik hitam dan meletakkannya di pangkal pokok pisang di tepi longkang.

“Berikutan itu, saya menegurnya dan orang itu hanya jawab dia mahu buang sampah sebelum beredar,” katanya.

Menurutnya, disebabkan rasa ingin tahu, selepas hujan lebat keesokan harinya dia pergi melihat ke tempat wanita itu membuang sampah berkenaan dan melihat ada satu bungkusan plastik hitam ditutupi dengan pelepah kelapa.

“Pagi Ahad lalu saya pergi ke tempat itu dan melihat terdapat satu bungkusan hitam. Saya tidak syak apa-apa ataupun mengusik plastik berkenaan yang kelihatan seperti sampah biasa.

“Pagi tadi (semalam), saya dan datuk (Hamzah Baba, 60) tercium bau yang amat busuk. Datuk arahkan saya mencari sama ada bangkai tikus atau haiwan mati. Saya beritahu datuk bau busuk itu mungkin datang dari bungkusan sampah itu.

“Datuk memeriksa bungkusan plastik itu sebelum mengoyak sebahagiannya menggunakan sabit sebelum dia terperanjat melihat benda seperti kepala manusia,” katanya.

Katanya, datuknya kemudian memberitahu penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung sebelum memeriksa dan mendapati ada mayat manusia di dalam plastik terbabit sebelum seorang jiran menghubungi polis.

Lebih mengejutkan, mayat mangsa, Abdul Halim Manan, 70, yang juga seorang pembantu kedai makan di Taman Melaka Baru itu, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di kawasan pokok pisang di tepi longkang yang ditutup dengan pelepah kelapa dipercayai diletakkan di situ sejak malam Sabtu lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata, beberapa hari sebelum ini dia tidak perasan perkara pelik ataupun terhidu bau busuk mayat mangsa yang dipercayai sudah mati.

“Pagi tadi (semalam) masa keluar rumah kira-kira jam 7.15 pagi untuk menghantar cucu ke sekolah, saya tercium bau amat busuk dan menyangkakan bangkai tikus tetapi tidak sempat mencarinya.

“Sebaik pulang, saya menyuruh cucu pergi mencari dari mana datangnya bau busuk itu sebelum memeriksa bungkusan plastik sampah di kawasan kebun di belakang rumah saya dan mendapati ada mayat di dalamnya,” katanya.

Sementara itu, suasana di kampung terbabit gempar dengan berita penemuan mayat lelaki itu yang tersebar menyebabkan kawasan tempat kejadian dipenuhi orang ramai.

Beberapa jiran mangsa termasuk pemilik rumah sewa nyata terkejut dengan penemuan mayat lelaki itu.

Peniaga kedai runcit, Norlin Alias, 31, berkata tiga hari sebelum penemuan mayat itu, isteri mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelihatan pelik apabila dilihat mundar-mandir di kawasan tempat kejadian.

Sumber : Harian Metro 7/10/2010

p/s: Copy paste..korang bukan baca paper pun..hmmm..manusia ni semakin kejam la..dah x de rasa kasih sayang dalam diri tu agaknya. xsuke benda camni berlaku kat negeri asal aku! Melaka aman! Melaka indah! (promote sikit)
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.

DB2 9.7 Academic Workshop - Finally Done!

4

Wednesday, 6 October 2010
Keywords : , ,

Salam readers..penat sungguh hari ni..baru sempat aku mencoret kat blog yang serba selekeh ni. & ternyata traffic blog ni merudum jatuh sebab x sempat nak menarik perhatian korang semua ke sini..kah3..blog aku ni sape pulak yang heran. Bukan ada apa-apa yang menarik pun..kan? =) Aku baru je balik dari fakulti aku ni..Baru je selesai menyertai DB2 9.7 Academic Workshop anjuran fakulti aku yang diberi oleh pihak IBM. Korang tau kan IBM tu apa? Kalau korang alert tentang teknologi, tentu korang akan tahu.


Aku sebagai salah seorang peserta mengucapkan banyak2 terima kasih kepada FSKTM UPM dan pihak IBM kerana berjaya mengadakan academic workshop camni. Banyak ilmu baru yang aku dapat selama 3 hari aku sertai academic workshop ni. Syntax2 DB2 lebih kurang dengan syntax untuk Oracle. Cuma syntax DB2 panjang sikit je. Aku gembira sangat sebab dapat belajar benda baru. Semua peserta workshop ni juga perlu duduki online exam IBM. Nak tau bape harga exam tu x? $200.00USD ko! mahal giler. Aku sendiri x mampu nak bayar wei..So,benefit kat sini aku dapat free sebab aku salah seorang peserta. Hahaha..Exam dia leh tahan ler mengelirukan kepala otak aku ni..Semua soalan memang berkaitan dengan Database..kena hafal syntax2 tu dalam masa 3 hari..pecah pale aku..nasib baik dah de basic..
IBM Malaysia
Hope ilmu aku ni dapat dikembangkan lagi and hope dapat apply untuk final project sem depan. Haha..dah final year rupanya aku ni..xsedar!
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.