Sunday, 7 November 2010
Keywords :
lalu lintas
,
Lawak
,
Luahan
,
pengangkutan awam
Pengangkutan awam sememangnya banyak kebaikannya kepada pengguna. Selain dapat mengurangkan pencemaran udara, pengangkutan awam juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya terutamanya di bandar-bandar. Walaupun pengangkutan awam ni banyak membantu memudahkan pengguna, tapi aku tidak pula berminat menggunakan kemudahan yang ada sebab aku lebih selesa guna kenderaan sendiri. Kalau semua penduduk dalam negara ni berfikiran seperti aku, sure Malaysia akan bertambah sesak.
Aku ada alasan kenapa aku lebih selesa guna kenderaan sendiri. Salah satu sebabnya, aku bengang masa naik LRT dulu. Faham-faham jela macam mana pengguna kenderaan awam dalam Malaysia ni. Bukannya nak bagi pengguna yang ada dalam LRT keluar dulu. Diaorang yang sedang tunggu nak masuk ke LRT lak yang berpusu-pusu nak masuk dalam LRT. Apa kejadahnya ni? Kalau ye pun tak mahu tertinggal transit, beri la ruang untuk pengguna lain keluar dahulu. Pernah satu ketika tu, aku marah orang yang berebut-rebut nak masuk ke LRT tu.
"Bagi la orang keluar dulu! " tengking aku dari dalam dengan muka natural aku yang sejak azali nampak garang.
Dah jadi lumrah. Walaupun kita cakap begitu, mereka akan cakap seperti ni pulak "Ada aku kisah? " So, aku tak boleh nak buat apa-apa. Sejak dari hari kejadian, hati aku dah tawar untuk guna kemudahan pengangkutan awam tu.
Ada lagi alasan aku kenapa aku tak suka guna pengangkutan awam. Sebabnya, masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu tempat yang dituju akan jadi lebih lama walhal tempatnya dekat je. Membazir masa. Aku bukannya suka tunggu lama-lama. Sesiapa yang penyabar, jangan tiru cara aku.
Aku pun dah malas nak naik bas ekspres bila nak balik ke kampung. Selalu sangat berlaku kemalangan. Aku rasa dah tak selamat pulak. Bagaimana nak kurangkan tahap kemalasan tu ya? hihi. Yang buatkan aku lebih bengang bila ulat-ulat tiket tu tanya camni..
"Abang nak g mana bang? " ulat tiket tu berkata dengan penuh sopan santun.
"Aa..nak balik Muar." Aku beritahu dengan dia.
"Mari sini ikut saya. Beli tiket kat sini." Dia try usha aku.
"Xpela..saya boleh beli sendiri." Aku beritahu dengan dia lagi.
"Meh la sini. Beli dengan saya.." Dia nak usha lagi. Saja je uji keimanan aku.
Aku diam membisu je tapi buat body language yang aku tak mahu.
"Hmm..sombong!" Kata Mamat tu lagi dengan pandangan mata ala-ala tak puas hati dengan aku.
Itu juga salah satu faktor penyebab aku malas nak guna pengangkutan awam sebab malas nak buat dosa kalau tak layan kerenah penjual-penjual tiket camtu. Tak pasal-pasal pengangkutan awam dipangkah oleh insan seperti aku.
Aku tak cakap pengangkutan awam tu tak baik. Ingat tu. Jangan salah faham ye. Aku lebih suka menunggang motorsikal buat masa sekarang ni sebab lebih pantas. Tak ada istilah kesesakan lalu lintas untuk penunggang motorsikal seperti aku kerana boleh main cilok-cilok. Tapi tu la, bila cilok mencilok depan pengguna jalan raya yang sedang beratur menunggu kesesakan lalu lintas, nanti diaorang cakap seperti ni pulak..
"Nak mati agaknya MAT REMPIT ni! Cilok mencilok pulak!"
Adakah semua penunggang motorsikal yang cilok mencilok dan menunggang motorsikal dengan laju tu adalah Mat Rempit? Bagaimana pula dengan pemandu kereta yang memandu dilorong kecemasan dan membawa kenderaan melebihi had laju? Cuba jawab? haha. Adakah mereka juga akan dilabelkan senegatif mat rempit?
psst..Dalam pukul 5.00 petang, lalu lintas dalam UPM akan sesak. Ada satu ketika tu aku dan kawan aku nak melintas jalan tapi motor dan kereta semua pemandu tu laju-laju belaka walhal dalam kawasan UPM.
"Punya laju kereta tu! " kata kawan aku.
"A'ah..dieorang nak kejar traffic jam kat depan tu haa.." aku kata dengan nada sepontan.
Mereka ketawa terbahak-bahak. haha har!



Assalamualaikum Zalin
saya pun dah lama tak naik kenderaan awam..
baru2 ni saya terkejut, tak sampai 2km, tapi tambang teksi RM5..rupa2nya buka pintu jer dah RM3..malu....
Wassalam
oleh kerana aku takde kenderaan sendiri jadi aku terpaksa juga untuk naik kenderaan awam.
hehe, aku kat kl ni malas nk bawak moto, biase naik train ngn bus je,
Terkini : Enter
huhuu, Lisa tak selalu gunakan pengangkutan awam nehhh.
sumer perkara melecehkan bila saje kita perlukan sesuatu dlm waktu2 tertentu..
bestnye klo ade LRT satu mesia.. eh tiba2..hehe