Banyak betul kena jawab!

Salam readers. Aku teruja bila ada yang sudi tag aku dalam entri blogger-blogger dalam Malaysia ataupun yang berada diperantauan. Nasib baik di tag untuk tujuan yang baik. Harap-harap tak di tag ke arah keburukan. Keh keh keh.. Aku di tag oleh black forest. Terima kasih kerana sudi tag aku.

Rules and Regulations :
Once you've been tagged,
u r supposed to write a note with 25 random things, facts,
habits or goal about u.
At the end, choose 25 people to be tagged.

"Banyaknya!! Sampai 25..Takpe2..Kerja senang je tu nak..Pakcik jawab ye"

1.   Aku seorang yang suka kelihatan kemas. Tak kira la dalam apa-apa hal pun. Semuanya aku nak nampak
      kemas.
2.   Ramai orang cakap tulisan aku cantik. Mak, Abah, GF, Adik, Cikgu, Pensyarah, Kawan-kawan semua
      cakap benda yang sama. Itu yang selalu aku dengar.
3.   Aku seorang yang agak pendiam. Tapi kalau ada yang tegur, aku berbual gak. Kalau dah kenal, baru la
      nampak kegilaan aku tu.
4.   Aku ni memang gian main...takraw!
5.   Sejak kebelakangan ni memang dah jadi blogger tegar.
6.   Baru je abis sem 5 di salah sebuah IPTA dalam negara.
7.   Tak suka orang yang cakap besar. Rasa nak lempang-lempang je muka orang camtu. Pastu serkup
      kepala dia dengan tong sampah. haha..Don't try this at home.
8.   Aku tak memilih bab makan ni. Asalkan halal, aku telan je. Sedap tak sedap tu belakang cerita. Yang
      penting perut aku berisi makanan. Jangan la memilih sangat. Kalau kat negara Afrika tu, dah bunuh
      membunuh sebab nak sesuap makanan. Tahu?
9.   Aku pelik dengan persepsi masyarakat yang memandang lelaki berjanggut itu seoarang ustaz. Terasa
      malu bila dilabelkan begitu kerna aku tak layak dilabel begitu. Lemah sangat2.
10. Aku nak jadi seorang blogger yang berjaya dalam Malaysia. Perghh!! Tinggi betul angan-angan aku.
      Haha..vote aku.
11. Aku tak suka orang mungkir janji.
12. Memang tak suka tido petang.
13. Aku tak suka mengajar orang. Sebab tu aku tak nak jadi cikgu..
14. Aku dah dimiliki oleh seseorang.
15. Aku dah lama tak jamming. Ada la dalam 5 tahun. Jamming lagu Metal. Yeahhh!!!
16. Pernah kecewa masa SPM dulu sebab dapat keputusan yang tak berapa cemerlang. Tapi akhirnya
      terubat bila dapat sambung degree di IPTA. "Usaha tangga kejayaan dik..Jangan AMARIKA sangat
      masa remaja ni.."
17. Dah fobia beli handphone mahal-mahal tapi akhirnya rosak. Nak beralih kepada penggunaan public
      phone je lepas ni. haha..
18. Aku ni penyabar orangnya. Tapi kalau dah naik angin, abisla mangsa tu..
19. Aku memiliki nama panggilan yang sangat banyak. hahaha..
20. Aku x suka bawa motor yang kotor. So, that y motor aku still cantik walaupun dah 4 tahun aku guna.
21. Aku kuat makan tapi tak gemuk2. Pelik aku dibuatnya.
22. Lepas tamat belajar ni, aku harap aku dapat kerja yang bergaji lumayan. haha...
23. Kalau aku ngadap laptop, kebarangkalian untuk aku buat kerja lain tu adalah 30%.
24. Hujung sem confirm poket aku kering. Lumrah..
25. Nak jadi superman. boleh terbang! "Dah gila budak ni.." ON TAMPOI sekarang ke 99099!!

Aku terus terang malas nak tag sesiapa. haha. Kadang-kadang kena langgar peraturan. peace..
Tapi, kalau ada yang berminat untuk jawab tag ni, sila la jawab dengan sendirinya ye.

Comments (15)

wah.tulisan cantik eyk?
jarang jumpe lelaki tulisan cantik ;))

Reply To This Comment

tulisan aku pun cantik gak. kalah tulisan perempuan tau. ahaha

Reply To This Comment

bajet lar nak jadi superman tahun bila,kompom ko jadi ultraman.

Reply To This Comment

lelaki bertulisan cantik?
wahh...aku sangat kagum kalau jumpa lelaki bertulisan cantik.amat jarangkan =)

Reply To This Comment

sy suke lelaki tulisan cantik

Reply To This Comment

bnyaknya soalan dan jawapan. haha

Reply To This Comment

haha..dah jadik pak cik...

Reply To This Comment

hehe..bnyak..apik pon x wat lg..

Reply To This Comment

@Puteri Iqa Izyan Entah la..itu la yg slalu sy dgr..

Reply To This Comment

@zikeryhassan haha..teruskan bro..

Reply To This Comment

@biskut haha..

Reply To This Comment

@beautiful_rose jumpa la nnt tu..

Reply To This Comment

@merahitujambu sy pun suka..

Reply To This Comment

@puteri maya haha..pakcik? sape la makcik tu kan?

Reply To This Comment

@apik pehe buat bro..

Reply To This Comment