Friday, 5 November 2010
Keywords :
Luahan
,
Makan
,
Sungai Besi
Nak dijadikan cerita, semalam aku dan kawan-kawan aku keluar pergi makan area Sungai Besi. Aku cuma ajak diaorang pergi makan kat kafe kolej dia je. Aleh2, dia ajak makan kat luar. Apa lagi, jom! sahut aku tanda setuju. haha..Bukan selalu makan kat luar. Sungai Besi, ada gak tempat makan yang best. Yela, walaupun tempatnya tidak la seperti hotel ataupun restoran 3 bintang, tapi makanan dia sedap beb. Semalam kawan aku bawa kiteorang semua pergi makan kat kedai makan yang menyediakan sup sebagai menu utama. Senang cerita, bila masuk kedai makan tu, sup la akan jadi pilihan pelanggan. Aku x pernah rasa sup macam tu sebelum ni. Memang sedap la. Kedai makan tu berdekatan dengan Kem Sungai Besi. Tepi jalan je. Ramai pelanggan kat situ. Memang puas la. Dapat juga aku jumpa satu port makan sup. Lepas ni boleh la datang lagi ke sana.
Kalau korang nak cuba, pergi la ke sana. haha. Kalau x tahu jalan, search google maps. Teknologi kan dah semakin canggih sekarang ni. Kalau korang tanya orang tepi jalan, takut kena tipu. Lebih baik search google maps. Aku dah macam host Jalan-jalan Cari Makan lak. Hanya ingin berkongsi kepada pembaca semua. Mana la tau kot-kot ada yang teringin nak makan sup.
pssttt..Arwah atuk aku suka makan sup bila dia demam. Kalau rasa demam tu, makan sup best. Sori la x ada gambar. Aku guna handset cikai je.



haaa kau dah lebh blanje aku dah ni bro
Terkini : Pengsan 100 kali sehari
lebh = *boleh
macammm menarekkk je. huahuahua
special sangat ke bro??
kalau dengan sup urat keting bangi dengan sup sungai besi mane lebih best heh??
boleh pekena balik kerja nnti
@EzzEddin Sup kat Bangi aku xpernah rasa lagi la bro. Tapi x salah kalau nak cuba kat Sg.Besi tu..hihi..
@Lisa memang menarik cik..
@suffer8zine haha..jom.
bawak g sana.. huhu
mesti ramai budak army makan kat situ kan..
kedai makan mmg banyak tapi nak cari yg sedap tu yg susah
Bolah try makan kat sana ni...Buat masa ni tempat makan sup tersedap yang akak jumpa buat masa ni, kat Kmapung Melayu Sri Kundang....kat tasik biru tu....sup kambing dia memang power..makanan-makanan lain pun sedap gak.
ape lak nama tempat tu..sungai besi dekat je dgn aku
@░♥si lampu neon♥░ sori..xde plak nama kedai makan tu..bukan restoran besar..
kau patot letak gmbr kedai tu. bru senang nak crik. hehe
@zikeryhassan xde kamera bro..handset pun oldskool..
pastikan blogger sentiasa bawa kamera yer.. :)
oleh kerana tiada cakera, apa kata sop cadangkan bro lukis jer.. huhuhu
ada port tuk lepak x
cemano nk gugel map, namo kodai eh apo? :P
@misSbLurRy mesti la ade..
@Melati Qistyna's Mummy haha..kedai area Kem sungai besi je..akak google jela kem sg besi..
hmm..
nampaknya boleh la aku lepak sana pasni..