Perkara yang biasanya diabaikan oleh seorang blogger.

2

Saturday, 18 May 2013
Keywords : , , , , ,

Salam sejahtera.

Dalam penulisan blog, isi kandungan entri adalah yang terpenting sekali untuk dipertengahkan. Isi entri yang berinfo mampu menarik perhatian pembaca untuk terus membaca setiap apa yang terkandung dalam sesebuah blog itu. Tidak mustahil jika kita lihat, blog yang sangat simple dari segi designnya lebih mendapat perhatian kerana isi kandungan setiap entri yang menarik.

Tetapi jangan lupa juga dengan design blog yang ditampilkan. Perkara utama yang pastinya seseorang blogger lakukan sewaktu mula-mula berblogging adalah untuk mencari ataupun mereka bentuk (design) blog secantik yang mungkin. 

Namun begitu, kita jangan lupa beberapa perkara ketika design blog masing-masing. Kita perlu tahu yang pembaca blog ini terdiri daripada pembaca-pembaca yang mempunyai paparan skrin komputer yang berbeza. Ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil. Ketika mereka bentuk blog, jangan abaikan pembaca yang mempunyai paparan skrin yang kecil. 

Oleh itu, sebagai blogger kita perlu bijak mereka bentuk blog dengan mengelak daripada menggunakan widget yang boleh menganggu pembaca untuk membaca entri yang ditulis dalam blog. Jika blogger mengabaikan perkara kecil sebegini, minat seseorang pembaca tersebut akan berkurangan dan mungkin mereka tidak lagi berminat untuk membaca setiap entri yang dihasilkan.

Sebagai kesimpulan, blog yang menarik adalah blog yang mempunyai entri yang bagus selari dengan rupa paras blog yang menyenangkan hati pembaca untuk membaca. Moga entri ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian.
READ MORE...


__________________________________________________________________________________________________
Terima kasih kerana sudi membaca. Saya mengalu-alukan komen dan pandangan daripada korang semua.